View: 2229|Reply: 5
|
Melecur Kena Minyak Panas? Guna Putih Telur Pun Boleh Rawat!
[Copy link]
|
|
Oww, sakitnya apabila terkena benda panas! Ia adalah perkara biasa apabila terkena percikan minyak panas ketika memasak di dapur.
Apa nak buat ya jika anda mengalami kecederaan ringan akibat melecur kerana tersentuh benda panas?
Foto: RecipeTin Eats
Kebiasaanya, jika berlaku kecederaan seperti ini, kita akan cepat-cepat melalukan anggota yang tercedera di bawah air sejuk atau air paip. Tak kurang juga yang menyapu ubat gigi pada bahagian melecur tadi, kan?
Mungkin anda tak tahu, putih telur juga dapat melegakan dan menyembuhkan kecederaan ini. Selain murah, telur sangat mudah didapati.
Foto: boldsky.com
Caranya, asingkan putih telur dan sapu pada bahagian yang melecur tadi. Biarkan selama sejam atau sehingga ia mengeras. Kemudian, bilas dengan air biasa.
Jika masih sakit, ulang cara tadi sampai sembuh. Mudah sekali, bukan? Selain putih telur, kentang pun boleh digunakan untuk merawat kecederaan akibat melecur.
Caranya, kupas kulit kentang dan cuci sehingga bersih. Kemudian, potong kepada beberapa bahagian, lalu disapu pada bahagian melecur tadi sebelum dicuci hingga bersih.
Foto: LEAFtv
Bagaimana, mudah saja kan? Namun, jika kecederaan dialami agak serius, lebih baik dapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor. Semoga info ini bermanfaat untuk anda. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
wah telur pun boleh eh... good one |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau sesikit bole ler ikut petua tu tapi kalau banyak lebih baik gi jumpa Dr untuk dapatkan rawatan sewajarnya |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru je nak share pasal ni.time tu aku tengah goreng menggoreng..terpecik minyak panas..time tu plak tengah pecahkan telur..belen putih telur kt kulit telur terus aku sapu kt tangan kena minyak panas..terus elok takde kesan langsung.
maka disokong100% tips ini. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau takde telur, atau rasa leceh nak pi amik telur dlm fridge ke, pastu nak kena pecahkan pulak ke, alirkan je air paip tu kat tempat yg melecur...
aku aritu setompok besar minyak jatuh kat kaki, cepat2 angkat kaki masuk sinki pastu buka air paip..takde kesan/parut langsung |
|
|
|
|
|
|
| |
|