CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1041|Reply: 4

[Jenayah] terkena bos sendiri, macai suruh Zamihan senyap

[Copy link]
Post time 13-11-2017 09:49 AM | Show all posts |Read mode


Kementerian Dalam Negeri (KDN) kecewa dengan sikap pendakwah kontroversi Zamihan Mat Zin yang dilihat terus-terusan memperlekehkan amaran dan nasihat yang diberikan oleh pelbagai pihak terhadap kenyataan-kenyataan yang dikeluarkannya.

Timbalan menterinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kenyataan yang dikeluarkan Zamihan yang dilihat menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini - berkaitan pembinaan bangunan kekal Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) - tidak wajar diutarakan oleh seorang yang dikatakan sebagai 'aset' penting kerajaan.

"Kita kecewa kerana sebelum ini dia (Zamihan) telah mencabar institusi diraja, keagamaan dan baru-baru ini perdana menteri pula jadi sasarannya.

"Kita memang tidak mempertikaikan kewibawaan beliau dalam menjalankan tugas di KDN tetapi sebagai seorang pegawai kerajaan, beliau tidak boleh bertindak secara peribadi.

"Walaupun Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi pengiktirafan kepada kebolehan beliau, saya tetap mahu dia tutup mulut, berfikir sebelum mengeluarkan kenyataan dan kalau memang dia tidak boleh menerima dasar kerajaan, dia boleh keluar," katanya ketika ditemui pemberita di Johor Bahru hari ini.

Nur Jazlan berkata demikian ketika mengulas video berdurasi 2 minit 27 saat Zamihan yang tular baru-baru ini .

Dalam video itu dia menyifatkan tindakan perdana menteri membenarkan pembinaan KSCIP sebagai satu tindakan yang "kurang cerdik".

Bercanggah dasar kerajaan

Menurut Nur Jazlan, sebagai pegawai KDN Zamihan juga perlu berhati-hati dengan kenyataan yang dikeluarkan terutama dalam hal-hal berkaitan keganasan dan tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan semula peranan Zamihan di KDN.

"Setiap perkataan yang beliau keluarkan kepada awam itu menggambarkan imej dan integriti KDN. Saya juga minta beliau untuk tidak mensensasikan keadaan keganasan yang agak tegang yang sedang berlaku di Timur Tengah.

"Segala pertuturan beliau dipantau dan boleh menimbulkan masalah, jadi saya minta beliau untuk senyap.

"Sekiranya beliau masih juga berdegil dan masih memberikan kesulitan kepada KDN, kita mungkin akan nilai kembali peranan dia kepada kementerian dalam mendamaikan tahanan pengganas," katanya.

Menurut Nur Jazlan lagi, tindakan mempersoalkan pembinaan KSCIP di atas tanah seluas 16 hektar di Putrajaya juga dilihat bertentangan dengan dasar kerajaan yang telah menjalin kerjasama yang baik dengan Kerajan Arab Saudi lebih-lebih lagi KSCIP merupakan ilham peribadi Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

"Kenapa dia (Zamihan) perlu mempersoalkan pembinaan KSCIP, sedangkan kos pembinaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Arab Saudi dan pembinaan bangunan tersebut juga boleh membantu kepada pembangunan agama Islam dalam negara.

"Dia sebagai seorang anggota kerajaan tidak boleh memberikan pandangan peribadi, itu melanggar dasar yang dibuat oleh kerajaan, kalau dia tak suka dia kena berhentilah," tegasnya.

Zamihan merupakan seorang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang dipinjamkan kepada KDN dan kini ditempatkan di Jabatan Penjara Malaysia sebagai pegawai pemulihan pengganas dan penjenayah ekstremis.
Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) dan merupakan Penolong Setiausaha Kanan Bahagian, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN.

Zamihan sebelum ini ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana kenyataannya yang didakwa mengkritik Sultan Johor berhubung titah mengenai kedai dobi layan diri untuk Muslim saja.

- Bernama



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2017 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Arab Saudi yg jadi cif terrorist Arab dibagi tanah utk halang terrorism
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 10:04 AM | Show all posts
itu yg sana cakap...di malaysia ini ramai org pandai pandai...tapi majority tak cerdik....di mana silap sistem pembelajaran kita???
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 10:14 AM | Show all posts
macammana orang yang ada pendapat extreme macam Zamihan ditempatkan di pusat pemulihan pengganas?   Nanti semua keluar ikut acuan Zamihan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 11:16 AM | Show all posts
aurorae replied at 13-11-2017 10:14 AM
macammana orang yang ada pendapat extreme macam Zamihan ditempatkan di pusat pemulihan pengganas?    ...

only woman knows women
only teror knows terrorist
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.067155 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list