CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3185|Reply: 21

[Jenayah] Wanita Berpakaian Baju Kurung Merah Jambu Diburu Kerana Mencuri

[Copy link]
Post time 10-11-2017 08:07 AM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 11-11-2017 12:03 AM



WANITA berpakaian baju kurung merah jambu yang diburu kerana mencuri di restoran turut mencuri di kedai emas dalam sebuah kompleks beli belah di Jalan Kolam Air,Alor Setar, di sini, semalam membabitkan kerugian lebih RM4,000.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, melalui siasatan wanita terbabit adalah individu sama dan pihaknya sudah mengenal pasti suspek.

Menurutnya, laporan kecurian kedua juga sudah dibuat oleh mangsa.

"Kes masih dalam siasatan dan setakat ini kita sudah mengenal pasti suspek yang disyaki terbabit dalam kes itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu, suspek dikatakan sempat memasukkan rantai tangan yang diambil dalam rak cermin ketika pekerja premis itu berpaling belakang dalam tempoh beberapa saat 3 petang semalam.

Wanita itu dikatakan berpura-pura mencuba rantai tangan emas itu sebelum melakukan kegiatan mencuri itu.

Difahamkan, pekerja premis itu hanya menyedari kehilangan rantai tangan emas itu selepas mengesyaki sesuatudan sebaik melihat rakaman CCTV barulah mereka perasan ia dicuri suspek.

Berikutan itu, pemilik premis kedai emas itu kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk melaporkan kejadian itu.

Suspek sama sebelum itu turut mencuri di sebuah kedai makan hari sama sebelah paginya.

Portal Berita Harian Metro semalam melaporkan peniaga kedai makan berhampiran Kompleks Peruda, Alor Setar kerugian RM6,000 selepas wang jualan yang disimpan di dalam beg pinggangnya dicuri pelanggan wanita.

Lelaki berusia 57 tahun itu hanya menyedari kehilangan wang tunai itu pada 10 pagi selepas tidak menemui begnya yang disimpan di dalam laci meja membungkus makanan dan tempat pembayaran.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2017 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Baju pink, tudung pink.. mmg uniform dia kot
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow terorr babi ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 08:43 AM | Show all posts
Awat lah polis ni lambat sangat tangkap ini pencuri  yang membungkos auratnya itu?

Kalau mangsa report kat Persatuan Pengguna Isle Malaya dah lama pegawai PPIM besarban tangkap  pencuri itu dan memutuskan dia bersalah dan  mmeerintahkan dia membayar pampasan beserta kos kepada pengadu itu.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 08:47 AM | Show all posts
ni yg video viral semalam kt kedai makan tu..dh laa regular customer mmg seme pekerja kenal minah ni..cuma aku x paham kt kedia makan tu awat laa p simpan cash lam drawer yg facing tempat org lalu lalang??bukan biasa org simpan cash dalam drawer yg facing ke dalam cashier ke?nampak sgt tokey kedai pun cuai..minah tu sure dah lama duk perati..kalau x mana dia nak tau org simpan cash kt situ..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Nekad sgt mencuri hari yg sama... mcm dah biasa je. Tak cuak pon.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2017 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
ell768 replied at 10-11-2017 08:47 AM
ni yg video viral semalam kt kedai makan tu..dh laa regular customer mmg seme pekerja kenal minah ni ...

Klu regular customer mmg bodoh la minah ni.kn tgkap dh sah2 masuk penjara...ngoknya la hai.mdlm ms sama kemain mencuri ni pehal...baik ko jual puki jela...deal hendak sama hendak...sama dosa je pun.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 09:05 AM | Show all posts
depa ni saja ja kot dok biaq minah ni balun cukup2..sebab depa kata depa kenai minah jinggo nih...
dok tunggu apa lagi..
pakat dok takat balun cukup2 la..

tapi depa sabaq...dok biaq..x tau tunggu padia..  apa namaa..apa namaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2017 09:08 AM | Show all posts
Apa ke terkutuk sangat sheols ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 11:21 AM | Show all posts
cupu replied at 10-11-2017 09:04 AM
Klu regular customer mmg bodoh la minah ni.kn tgkap dh sah2 masuk penjara...ngoknya la hai.mdlm ms ...

haa gitu laa katanya..regular customer..mmg dah kenal..sengal sgt kan..siap ada yg kenal minah ni lg tau umah kt mana keje kat mana bagai..jenuh laaa...mana mau lari
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 11:23 AM | Show all posts
syok mencuri sekli dapat riban2..ko tunggula kena cekup nti..baru ada akai
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 11:26 AM | Show all posts
video tak dak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 12:05 PM | Show all posts
Tunggu masa je nak kena cekup tu sikit lagi viral ler dah kena tangkap pula.  Kadang dia orang saja nak bagi peluang supaya pelaku serah diri sendiri ke balai.  Kalau pihak berkuasa gi tangkap kat rumah karang mau malu dia satu taman,
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 12:31 PM | Show all posts
yahudi ke sheols??
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin laki dia lidah biawak eh biawak hidup?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2017 12:58 PM | Show all posts
@bioessence
muslim curi muslim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2017 01:01 PM | Show all posts
tak dapat tangkap lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 01:05 PM | Show all posts
pekerjaan tetap sebagai pencuri ke kak? macam dah biasa mencuri je
ke akak dok bela biawak hidup kat rumah yang kerjanya kangkang 24jam pastu takde duit, mintak ajaaa...?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 01:18 PM | Show all posts
mesti sedari kanak2 dah mencuri,cekap dia buat keje..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 09:40 PM | Show all posts
Semoga gadis pencuri yang sudah pon  membungkos uratnya ini bertaubat dan menjadi muslimah sejati ........
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.196032 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list