CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1184|Reply: 8

[Jenayah] Nyawa Sabahan x bernilai: Bila banjir di Kota Belud, saya tak perlu menangis min

[Copy link]
Post time 9-11-2017 08:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by dizzzzek at 9-11-2017 08:35 AM

Awak ni kenapa, Rahman Dahlan?

Menteri yang pernah mengesahkan siapa sebenarnya Malaysian Official 1 (MO1), Datuk Abdul Rahman Dahlan nampaknya semakin degil dalam politiknya.

Tatkala semua pihak masih berdukacita dan simpati dengan tragedi banjir terburuk yang menimpa rakyat Pulau Pinang, Abdul Rahman sempat menulis di akaun Twitternya menempelak individu tertentu.

Abdul Rahman menulis di Twitternya pada 5 November:

"Bila banjir di Kota Belud baru-baru ini, saya tak perlu menangis-nangis untuk minta bantuan tentera. Mereka sentiasa berkhidmat untuk rakyat."


Sindiran tersebut dipercayai merujuk kepada klip video Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang sebak dan menyatakan pihaknya telah meminta bantuan angkatan tentera untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Antara Kota Belud - P Pinang

Abdul Rahman cuba untuk membandingkan pertolongan anggota tentera di Kota Belud dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang.

Tidakkah beliau nampak perbezaan antara kedua-dua tragedi dengan bilangan mangsa yang terlibat adalah jauh lebih besar di Pulau Pinang berbanding apa yang berlaku di Kota Belud, kawasan parlimen yang diwakilinya.

Tidak beliau juga merasa simpati atau seharusnya menampakkan rasa simpati beliau kepada rakyat Pulau Pinang kerana selaku menteri di peringkat persekutuan, Abdul Rahman seharusnya menjadi 'hero' kepada semua rakyat, tak kisah di negara mana sekalipun.

kota belud

pulau pinang


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2017 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat penulis artikel,

Apa beda banjir di Kota Belud dan Pineng? Sama disastrous jah aku tengok dari gambar? Sebab takda orang mati di KB ko nak mengata la ummah sana hepi2 takda hapa rilek2 ja menghadap banjir, gitu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2017 08:39 AM | Show all posts
chazey replied at 9-11-2017 08:37 AM
Buat penulis artikel,

Apa beda banjir di Kota Belud dan Pineng? Sama disastrous jah aku tengok d ...

dalan ni sindir guan eng


"Bila banjir di Kota Belud baru-baru ini, saya tak perlu menangis-nangis untuk minta bantuan tentera. Mereka sentiasa berkhidmat untuk rakyat."


Sindiran tersebut dipercayai merujuk kepada klip video Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang sebak dan menyatakan pihaknya telah meminta bantuan angkatan tentera untuk membantu mangsa-mangsa banjir.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2017 08:43 AM | Show all posts
tajuk kalau tak mengarut tak sah... konon bagusla tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2017 08:43 AM | Show all posts
dia nak cakap yang dia bn so dia dapat bantuan tentera? apo ni meols keliru aku keliru
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2017 09:13 AM | Show all posts
meolls pun keliru.. dahlan buat apa dalam menyelesaikan masalah banjir kat kota belud? kota belud tu rasanya tetiap tahun banjir.. pulau pinang pula baru kali ne kan banjir...

dahlan ne bagi subtle hint dia songlap duit gomen utk bantu kota belud ke acahne...

meolls keliru
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2017 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia nak bagi tau, bila kau tak menyokong dia, kau kesusahan depan mata dia pun dia tak nak membantu.

Itu yang I faham.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2017 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia juga nak bagi tau,

Selagi aku selamat, peduli apa aku kau kesusahan.

Sebab itu dia tak perlu ada rasa simpati, sedih atau rasa sebak bila melihat rakyat dalam kesusahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2017 10:32 AM | Show all posts
Baca berita macam paham
Bila baca tak tajuk, xpaham

Baca berita balik, paham balik
Baca tajuk balik, pening pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.057421 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list