View: 3465|Reply: 21
|
Hazama bertatu bukan sekadar suka-suka, untuk menghayati lagu katanya!!!
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA 31 Okt. - Penyanyi Hazama Azmi, 33, menyifatkan netizen di negara ini terlalu mudah memberikan hukuman sebelum memahami sesuatu isu yang ditimbulkan secara lebih mendalam.

Tampil dengan imej bertatu ala Bob Marley dalam klip video lagu nyanyiannya, Aku Bukan Dewa, pendekatan tersebut memang disengajakan demi menyampaikan mesej tersirat di sebalik tatu tersebut.

“Konsep itu adalah pilihan saya sendiri kerana dengan cara tersebut, mudah untuk menarik perhatian umum. Lukisan di badan seumpama tatu itu simbolik kepada dosa-dosa yang telah dilakukan.

“Sebagai manusia biasa, tiada siapa yang terlepas daripada melakukan kesilapan. Jadi, jejaka bertatu itu menjadi subjek utama menceritakan keseluruhan jalan cerita video berkenaan,” katanya memberi penjelasan.

Mengulas lanjut, lagu ciptaan Taja manakala lirik tulisan Ad Samad itu menggambarkan dirinya sebagai seorang artis yang telah bertapak lebih sedekad di dalam industri.

“Lagu ini sangat dekat dengan diri saya kerana mengisahkan tentang semangat juang saya dalam industri muzik ini. Dari hari pertama saya bertapak dalam industri, pelbagai rintangan terpaksa ditempuhi sebelum saya menjadi seperti hari ini,” tambahnya.

Malah menurut Hazama, album yang bakal dikeluarkan kelak kebanyakannya memuatkan lagu-lagu berkisar tentang hidupnya termasuk lagu hit Aku Yang Sebenar.

Katanya, projek pembikinan album tersebut telah tertangguh selama dua tahun dan tiba masa untuk mempercepatkan penghasilannya.

“Album itu memuatkan sebanyak sembilan buah lagu dan dijangka akan dilancarkan pada awal 2018. Kali terakhir saya mengeluarkan album adalah pada 2013 iaitu Penglipur Lara,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/hiburan/hazama-bertatu-bukan-sekadar-suka-suka-1.545467#ixzz4x4Iva4Ww
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh tgk kt youtube lagu dia nih
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh je ambil pelakon bertatu khuenn?? |
|
|
|
|
|
|
|
evlinne replied at 31-10-2017 05:11 PM
Boleh je ambil pelakon bertatu khuenn??
Tapi tatu tu temporary je uolls. Dlm video klip tu heols terjun masuk laut lepas tu keluar suci murni. Hihi |
|
|
|
|
|
|
|
aammyy replied at 31-10-2017 05:39 PM
Tapi tatu tu temporary je uolls. Dlm video klip tu heols terjun masuk laut lepas tu keluar suci mu ...
Laaa memang tatu tu digunakan sebagai bahasa perlambangan la dah incorporate dengan jalan cerita bagai. Bodo punya netizens. KEMBALIKAN ERA ARENA POP HIBURAN TANAHAIR ZERO SETAZ SETAZAH JADIAN DJAMAN 70-90AN DEDULU! |
|
|
|
|
|
|
|
chazey replied at 31-10-2017 05:52 PM
Laaa memang tatu tu digunakan sebagai bahasa perlambangan la dah incorporate dengan jalan cerita b ...
Apahal ko marah aku doh? Haha |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan dah ada ke benang ni momod?? |
|
|
|
|
|
|
|
Tattoo betul ke?takkan la.. |
|
|
|
|
|
|
|
hazama ni makin lama makin nampak busuk, mcm berkarat je muka nya, Black tu gelap jgk idok pulak berkarat |
|
|
|
|
|
|
|
Takkanla permanent hazama? Ke lukisan je? Bagila clear sikit kalau ye pong utusangg |
|
|
|
|
|
|
|
Konahhh replied at 31-10-2017 10:26 PM
Takkanla permanent hazama? Ke lukisan je? Bagila clear sikit kalau ye pong utusangg
Kat benang satu tu kata tatu temporary je, sedia dihencap sampai kubur ke hazama if tatu permanent |
|
|
|
|
|
|
|
katibism replied at 31-10-2017 06:01 PM
Bukan dah ada ke benang ni momod??
Ha'ah dah ada pon, lately gosip hazama ni asyik2 pasal tatu je, bosann |
|
|
|
|
|
|
|
cite dah basi. Hazama dah kena hencap dgn acik2 forum aritu.
of courselah bukan permanent tattoo.
kalau yg permanent, sebelum netizen hencap..awal2 bapak dia dah kejar dgn parang agaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
berapa kali cite tatu hazama ni? dah basilah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Betollah sgt you. I pon nampak gitu. Black elok jah. Muka rempit sangat dia ni.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|