WASHINGTON DC – Penelitian ilmiah terkini mendedahkan wanita Malaysia memiliki ukuran buah dada kedua paling kecil di dunia selepas Filipina malah saiz payudara kaum Hawa di Malaysia di bawah Bangladesh.Berdasarkan kajian saintifik terbaharu yang diterbitkan oleh Journal of Female Health Sciences, majalah bulanan wanita terkenal berpusat di New York, golongan perempuan kulit putih Amerika Syarikat (AS) didapati memiliki ukuran payudara yang paling besar di dunia.
Uniknya, penyelidik antarabangsa memperoleh penemuan menarik tersebut bukan berlandaskan kepada ukuran bra. Ini kerana secara umum, ukuran coli di beberapa negara di dunia adalah berbeza. Sebagai contoh saiz cup D di AS membawa maksudcup F di benua Eropah.
Para saintis sebaliknya melakukan kajian berkenaan dengan mengukur secara langsung volume tisu payudara seramai 11,682 responden wanita daripada usia buah dada saiz ideal kaum Hawa iaitu 28 tahun sehingga 30 tahun yang melibatkan 108 buah negara di dunia.
“Kajian khas ini menganalisis bahawa volume tisu payudara setiap wanita adalah pelbagai dan ia sebenarnya bergantung daripada negara manakah mereka itu dilahirkan,” tulis salah seorang penyelidik yang tidak dinyatakan identitinya menerusi jurnal ilmiah tersebut.
“Contohnya, wanita Caucasian di AS, setakat ini, memiliki volume tisu payudara paling besar di dunia. Sementara itu, wanita yang lahir di benua Afrika, Asia dan rantau Asia Tenggara, dikesan cuma memiliki volume tisu buah dada paling kecil,” jelas penyelidik berkenaan.
Rata-rata golongan wanita AS didapati mengenakan bra dengan ukuran cup D. Manakala kebanyakan wanita di Afrika dan Asia pula secara purata memiliki ukuran payudara cup A sekali gus mereka lebih praktikal hanya perlu mengguna pakai jenis saiz coli yang lebih kecil.
Penyelidik terbabit malah menemui dapatan agak menarik bahawa wanita kulit putih di AS memiliki ukuran payudara paling besar, berbanding wanita kulit putih yang lahir di luar AS. Bahkan buah dada wanita kulit putih di AS memiliki bentuk yang jauh lebih bulat.
Menurut penyelidik, semakin bulat payudara, maka semakin berat volume tisu di dalam buah dada wanita tersebut. Kajian tersebut turut melampirkan hasil penelitian dalam bentuk grafik yang memperlihatkan perbandingan ukuran payudara wanita di seluruh dunia.
Jelas terlihat bahawa wanita Malaysia berada di urutan kedua terbawah yang bererti memiliki kategori payudara berukuran paling kecil dibandingkan kaum Hawa dari Thailand, Indonesia dan Singapura waima Rwanda, Nigeria dan Zambia.
BUDAK2 SKOLA@GIGIRL2@ACIK2 KEPAM YG TEK BESAR DILUAR SANA TU MESTI REMBAT MAK DIA ATAU SAJA BELI SPAN BESAR HAHAHAHA