Perkahwinan antara Engku Emran dengan selebriti terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella yang berlangsung 8 September lepas benar-benar menjadi bualan ramai.
Bukan sahaja tentang penyatuan dua jiwa dari dua negara yang berbeza tapi kebanyakannya mengutuk solekan Bella yang dikatakan sangat teruk dan buruk.
Keningnya tebal dan diibaratkan seperti seekor lintah, manakala gincu dan mukanya yang kelihatan agak gelap menjadikan wajahnya yang comel berubah macam orang tua!
Disebabkan itu ramailah yang tertanya-tanya siapakah jurusolek (MUA) yang bertanggungjawab di sebalik semua ini.
Persoalan terjawab dan sebenarnya MUA tersebut dikenali sebagai Bumiauw di Instagram.
Difahamkan sebelum ini MUA tersebut berpengalaman dalam menyolek artis dan selebriti seperti Bunga Citra Lestari, malah Bella sendiri pernah menggunakan khidmatnya sebelum ini.
Lebih sadis apabila netizen Indonesia sendiri melontarkan kata-kata negatif di ruangan komen Bumiaw kerana tidak puas hati dengan hasil kerja Bumiauw.
Namun ada juga yang memuji hasil solekan tersebut dan mengatakan kata-kata orang lain tidak penting, asalkan Bella dan suami sendiri menyukainya.
Kesian juga tengok Bumiauw, mungkin eksperimen solekan dia pada hari itu tidak menjadi. Apa pun, gunakan kritikan ini sebagai sesuatu yang membina. -CARI |