|
Pengerusi Mobilisasi HARAPAN, Mohamad Sabu, berkata Pakatan Harapan (HARAPAN) menyasarkan 100,000 kehadiran pada Himpunan Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi yang berlangsung 14 Oktober depan.
Memetik laporan Malaysiakini, himpunan itu akan berlangsung di Padang Timur Majlis Bandar Raya Petaling Jaya (MBPJ), bermula dari jam 4 petang hingga 12 malam.
Mohamad Sabu yang juga merupakan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) memaklumkan bagi memenuhi prasyarat Akta Perhimpunan Aman 2012, Pakatan Harapan sebagai penganjur akan menyerahkan notis pemberitahuan kepada pihak polis dalam tempoh 10 hari sebelum himpunan tersebut diadakan.
Pada sidang media, HARAPAN turut mengumumkan pertandingan video pendek dan melukis komik dengan tema himpunan itu, iaitu "Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi".
Mereka yang berminat boleh menghubungi talian 017-6577506 untuk maklumat lanjut.
Istilah kleptokrasi adalah sangat penting untuk memahami perbezaan antara negara yang hanya dipengaruhi oleh rasuah, daripada negara yang dikuasai oleh rasuah.
Istilah negara kleptokratis merujuk kepada negara yang dikuasai oleh maling atau pencuri harta rakyat.
Sebuah kleptokrasi merupakan pemerintahan oleh pencuri yang menyamar sebagai pegawai negara yang jujur. Ciri utama kleptokrasi adalah ia sejenis jenayah negara.- CARI |
|