Wah, kreatif betul wanita ini! Dengan hanya menggunakana barangan terpakai dan terbuang, dia boleh menghasilkan pakaian dan dekorasi kediaman yang unik dan kreatif.
Buat Baju Dan Deko Rumah Guna Tali Leher, Anda Mampu?
Seorang pengguna Facebook, Emily Seilhamer dari Elizabethtown, Pennsylvania menghasilkan gaun yang sangat cantik dengan warna yang sangat harmoni menggunakan tali leher lelaki.
Menurut Emily, dia mendapat idea untuk menjahit pakaian daripada koleksi tali leher yang dikumpulnya. Maka, terhasillah sehelai gaun dengan warna dan corak yang sangat unik dan menarik!
Bukan sahaja gaun, malah Emily turut menghasilkan jaket, hamparan serta kerusi ottoman.
Sebelum ini, Emily juga pernah menghasilkan gaun pendek serta sepasang kasut yang sangat memukau mata dengan hanya menggunakan pembungkus gula-gula kegemaran suaminya.
Lama tau nak buat baju ni! Dia mengambil masa selama 4 tahun untuk mengumpul pembungkus berkenaan sebelum menjahitnya satu-persatu dengan sangat berhati-hati sehinggalah terhasilnya sehelai gaun yang sangat ceria warnanya.
Foto: FB Emily Seilhamer
Nampak menarik sangat, kan? Tapi pasti ramai terkecundang tewas sebelum sempat menyiapkan 'misi' membuat pakaian atau dekorasi kediaman menggunakan tali leher ini. - CARI |