CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: melnanzz

MENCINTAIMU MR. PHOTOGRAPHER (Studio 4): Syafiq Kyle, Hannah Delisha

   Close [Copy link]
Post time 7-8-2017 03:13 PM | Show all posts
wondakopi replied at 7-8-2017 03:11 PM
chuolls ada baca tak mmp special emma akma

I pernah bace kat blog sheols dulu.

Aimee da besar. Ade sikit conflict Jemy dan Aira.

Actually sesuai untuk MMP Raya kinda thing.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 7-8-2017 03:14 PM | Show all posts
deebiz14 replied at 7-8-2017 03:13 PM
I pernah bace kat blog sheols dulu.

Aimee da besar. Ade sikit conflict Jemy dan Aira.

emma kata sampai part 6..now dia baru letak part 3...auw baca ingat capikhannah..terbayang bayang
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 03:14 PM | Show all posts
deebiz14 replied at 7-8-2017 03:13 PM
I pernah bace kat blog sheols dulu.

Aimee da besar. Ade sikit conflict Jemy dan Aira.

apa blog emma tu... tapi happy ending gak kan?

tuk raya taun depan ke... lg setahun tu uols... takleh tuk raya haji ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
deebiz14 replied at 7-8-2017 01:57 PM
Inviting guests to the studio 4 party

Thnk u @deebiz14
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 03:15 PM | Show all posts
yellow38 replied at 7-8-2017 03:12 PM
iols suka semua scene suwit muwit #jemyaira

takleh nk choose... tak penah boring... ntah ...

Memang all eps best best.

Cumer dari aritu nak bilang pasal how they carry the baby... cam oohh sooo nice and natural.

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
deebiz14 replied at 7-8-2017 01:57 PM
Inviting guests to the studio 4 party

Tq.. Tq...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2017 03:16 PM | Show all posts
yellow38 replied at 7-8-2017 03:14 PM
apa blog emma tu... tapi happy ending gak kan?

tuk raya taun depan ke... lg setahun tu uols...  ...

iolss share sini ehh...ikut by part...nanti kita bayang sesama capik hannah real
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 03:17 PM | Show all posts
SPECIAL N3 MENCINTAIMU MR.PHOTOGRAPHER.

PART 1

AIMIE ELYAS mengambil kamera Nikon DSLR dari atas meja. Pantas sahaja tangannya. Sebaik sahaja papanya melepaskan kamera tersebut, dia cepat menyambar. Kamera tersebut dibelek. Sebaik sahaja butang berwarna hitam ditekan, Aimie mengarahkan  muncung kamera tersebut ke matanya. Persekitaran restoran tersebut ditilik menggunakan kanta kamera. Sekitar restoran yang kelihatan sibuk dengan pengunjung berada dalam kanta kameranya. Aimie tersenyum sendiri. Seronok. Kerana kebiasaannya, papanya itu tidak akan membenarkan dia menyentuh kamera tersebut. Si bapa dan ibu pula masih sibuk menilik menu.
“Abang tengok, anak abang buat apa?” si ibu mula sedar. Dia sudah tersenyum. Kelihatan lucu pula melihat anak lelakinya itu sibuk memusing kanta kamera tersebut. Tak ubah seperti papanya!
Jemy lantas menoleh. Menu terus diserahkan kepada iserinya. Besar matanya melihat anak lelakinya itu semakin rancak memusing kanta kameranya.
“Aimie?” panggil Jemy pada anaknya itu.
Serentak itu Aimie terkejut. Tidak semena-mena butang ditekan. Bunyi ‘klik’ kedengaran. Terkejut dia apabila disergah begitu oleh papanya. Aimie melebarkan senyuman. Tersengih dia memandang papa dan mamanya. Dia pernah dimarahi oleh papanya kerana memecahkan kanta kamera. Entah kenapa, sejak dulu lagi Aimie begitu meminati kamera papanya. Sementelah papanya itu selalu membawanya ke studio.
Jemy sengaja mempamerkan muka serius. Menyakat si anak.
“Sorry, papa,” balas Aimie pendek. Kamera tersebut masih belum dilepaskan dari tangannya.
“Anak mama ni nak jadi photographer jugak ke?” tanya Aira. Sengaja dia mencapai jemari suaminya. Bukan dia tidak kenal dengan baran suaminya itu dari dulu. Pantang kalau ada yang menyentuh kameranya. Pasti muka harimau jadiannya itu keluar. Aira ingat lagi panggilan itu begitu tidak asing untuk suaminya itu.
Jemy mengambil kamera dari tangan anaknya. Belum sempat dia mencapai kamera tersebut mereka dikejutkan oleh suara kecil yang datang dari arah belakang.
“Execuse me. Awak siapa nak ambil gambar kita?” Aira dan Jemy sama-sama tercengang. Apa tidaknya apabila melihat seorang budak perempuan sedang bercekak pinggang memandang tajam anak lelaki mereka. Mata Aimie tidak berkelip memandang budak perempuan tersebut. Terkejut apabila disergah begitu.
“Gambar apa? Mana ada!” cepat Aimie membantah. Aira terus memandang suaminya. Jemy pantas mengambil kamera dari tangan anaknya. Butang terus ditekan. Satu persatu gambar ditilik, sehinggalah matanya tertumpu ke arah sebuah gambar budak perempuan yang sedang mengatur rambutnya yang sedikit panjang tersebut. Bibir Jemy pantas mengukir senyum. Sempat dia menunjuk sekejap kamera itu kepada isterinya.
“Awak jangan nak tipu. Kita nampak awak ambil.” Gadis kecil itu masih melampiaskan rasa marahnya.
“Hello, awak ingat muka awak tu cantik sangat ke sampai saya nak tangkap gambar awak?!” amboi si Aimie mula naik angin. Apalagi apabila ditengking begitu. Mulalah dia dengan sikapnya yang cepat marah. Memang sebiji perangai papanya!
Jemy bangun dari tempat duduk. Dia merapati gadis kecil itu. Meredakan suasana tegang tersebut.
“Si cantik manis ni, nama apa?” soal Jemy lembut.
Gadis kecil itu memandang wajah Jemy tidak lepas. Terkebil-kebil matanya.
Jemy mengangkat keningnya.
“Alissa,” jawab gadis itu pendek.
“Nama pun cantik.” Jemy mencubit sedikit hidung mancung itu. Dia sempat tersenyum memandang anak lelakinya.
“Maafkan anak pak cik ya. Dia tak sengaja ambil. Dah Alissa cantik sangat,” Jemy memujuk. Aira pula menggeleng. Mulut semanis gula Jemy!
“Aimie, minta maaf cepat. Aimie yang salah sebab ambil gambar dia. lain kali, jangan ambil gambar orang tanpa kebenaran,” Aira pula menyampuk.
Aimie mendengus. Sebaik sahaja matanya menangkap pandangan papanya, terus dia kecut. Lantas dia memohon maaf kepada gadis kecil itu.
“Macam tulah, jom pak cik ambil gambar.” Jemy mencapai kameranya. Kanta terus dipusing dan dilekapkan di mata kanannya. Gambar gadis kecil yang bernama Alissa terus dirakam.
Jemy duduk kembali setelah gadis itu berlari menuju ke arah kedua-dua orang tuanya.
“Aimie tak ambil gambar dia, papa,” Aimie tiba-tiba meluahkan ketidak puasan hatinya. Geram kerana dipaksa memohon maaf kepada gadis kecil itu tadi.
“Sama macam abang,” sindir Aira sambil diiringi tawa kecilnya.
Jemy terus memandang isterinya.
“Amboi, cantiknya bahasa,” tegus Jemy.
“Papa, mama! Aimie tak ambil gambar dia! lagipun, bukan dia cantik pun!” si Aimie protes lagi.
“Yang ni, mama kenal sangat ayat siapa. Abang kenal tak?” sinis si isteri lagi. seronok kerana dapat megenakan suaminya itu.
“Haip! Sayang nak kena dengan abang ke?” marah Jemy.
Aira terus menutup mulutnya. Menahan tawa yang masih bersisa.
“Papa!”
“Okey, dah...dah! Aimie, dengar papa cakap apa. Nak jadi photographer, kena tahu teknik ambil gambar. Walau gambar curi sekalipun, kena nampak perfect. Kalau gambar macam ni, tak berbaloi kalau kena marah macam tadi.” Jemy menyerahkan kamera tersebut kepada anaknya. Gambar yang kabur diambil oleh anaknya tadi dibuka. Melopong mulut Aimie melihatnya.

#MencintaimuMrPhotographer
#JemyAira
#N3Special
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 7-8-2017 03:17 PM | Show all posts
wondakopi replied at 7-8-2017 03:16 PM
iolss share sini ehh...ikut by part...nanti kita bayang sesama capik hannah real

tentiu awak.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 03:17 PM | Show all posts
N3 Special Mencintaimu Mr.Photographer.

Kenapa dengan Jemy?

PART 2

AIRA tergopoh gapah mengheret kaki melangkah ke studio suaminya. Dia sudah lambat. Sudah pasti dia akan menerima jelingan tajam dan wajah harimau jadian suaminya itu. Siapa tidak kenal dengan sikap panas baran suaminya itu? Dari dulu hingga sekarang masih sama, tidak pernah berubah!
    Aira berlari, tudung di kepalanya sempat dibetulkan. Kerana kerjayanya sebagai pengarah urusan di Aksara Grup dan tugasnya sebagai model sambilan semakin menuntut hampir separuh masanya sebagai isteri dan ibu. Mujur sahaja, Jemy faham akan kesibukannya. Pernah sekali Jemy memintanya supaya berhenti bekerja sebagai model sambilan. Namun, Aira menolak kerana minatnya yang tidak pernah padam dalam dunia peragaan.
    Pintu bilik studio dibuka. Mata Aira cepat menangkap kelibat suaminya yang sedang sibuk mengambil gambar modelnya. Rahim yang melihat sempat mengangkat tangan menyapa isteri majikannya itu. Aira tersenyum, dia terus mengisyaratkan Rahim supaya diam. Tidak mahu menganggu kerja suaminya itu. Dia mengambil tempat di sebuah sofa. Aira duduk melihat Jemy yang asyik dengan kameranya.
    Jemy, suaminya. Masih sama seperti dulu. Tiada yang berubah dari penampilan dan sikap suaminya. Masih segak seperti dulu walaupun sudah beranak satu. Cuma, kali ini rambut Jemy tidak sepanjang dulu. Aira lebih suka Jemy yang berada di hadapan matanya kini. Lebih kemas! Aira menongkat dagunya memandang suaminya. Dari dulu hingga sekarang, dia tidak pernah jemu menatap suaminya itu.
Aira tersedar bila panahan cahaya lensa kamera mengena wajahnya. Sebaik sahaja dia mendongak, Jemy sudah tersenyum ke arahnya. Aira hanya mampu menggeleng. Rasanya, sudah penuh album dengan gambar curi yang diambil suaminya itu.
Jemy melangkah menghampiri isterinya. Sempat dia mengucup pipi putih itu. Kebiasaan yang sering Jemy lakukan selain dari menangkap gambar Aira tanpa sedar.
“Kenapa lambat?” soal Jemy sebaik sahaja dia berada di hadapan Aira. Tangannya sudah disilangkan ke tubuh.
“Emm, Sara ada meeting tadi.”
Jemy kerut dahi.
“Meeting? Meeting kat mana hari ni. Semalam tak bagitahu pun ada meeting,” Jemy mengecilkan mata memandang isterinya. Kebiasaannya, Aira akan memaklumkan kepadanya terlebih dahulu. Aira tersenyum, menampakkan barisan giginya.
“Bila nak start ni? Jomlah!” Aira menarik tangan suaminya. Sengaja lari dari topik sebenar.
“Pandai betul mengelak. Siaplah nanti!” omel Jemy.
“Hi, Aira!” sapa Rahim dan Azlan serentak. Dua pekerja Jemy yang sentiasa setia bersamanya.
“Amboi, Lan. Bukan semalam Rahim bagitahu yang kau pergi dating ke?” tegur Aira. Dia membuntuti langkah Rahim ke arah rak pakaian di sebelah kanan. Rahim akan menyoleknya terlebih dahulu.
“Apa?” Menjengil mata Azlan memandang Rahim.
Serentak Aira dan Rahim ketawa. Tahu muka Azlan yang sudah merona merah.
“Ni nak shoot ke nak bersembang? Cepat sikit!” Jemy tiba-tba menyampuk dengan muka seriusnya. Aira hanya mencebik. Memang tak sporting langsung suaminya itu!
“Rahim, bagaimanalah kau orang berdua boleh tahan bekerja dengan harimau jadian macam tu. Kalau aku, dah lama aku resign,” balas Aira kecil. Takut pula didengar oleh Jemy. Mahu meletup bomnya nanti.
“Kau jangan tak tahu Aira, aku dengan Azlan dari dulu lagi sumbat kapas dalam telinga. Berkotak-kotak kapas kami beli. Ni, jangan kata kami. Kau tu yang duduk serumah dengan dia,” Rahim pula tidak mahu beralah. Jemy memang bukan bos yang mesra alam. Tetapi, sebagai ketua Jemy merupakan seorang bos yang bertanggungjawab.
Aira berjalan menuju ke set pengambaran. Sempat dia mengerling sekejap ke arah Jemy yang asyik dengan kameranya. Kamera yang tidak pernah lepas dari tangannya! Jemy bangun dari kerusi. Dia berdiri tidak jauh dari Aira yang sudah mula berposing. Aira kini menjadi model pakaian muslimah. Tiada lagi menjolok mata seperti dulu. Sesuai dengan penampilannya yang sudah bertudung.
Jemy melekatkan kamera ke mata. Mencari posisi yang tepat untuk merakam gambar isterinya.
“Seronok mengata abang?” soal Jemy tiba-tiba. ‘klik!’ gambar pertama dirakam.
Aira tersenyum. Masih seperti dulu. Jemy akan mengajaknya berbual setiap kali sesi pengambarannya. Kata Jemy, dia suka begitu.  Bahkan, dengan cara itu dia dapat menghilangkan resahnya apabila menangkap gambar isterinya sendiri. Kata Jemy lagi, dia terlalu cantik walaupun tanpa mekap. Alahai, Jemy memang masih seperti dulu!
“Bila masa Sara mengata abang?” Aira sengaja bersoal jawab.
Jemy senyum.
“Harimau jadian?” sambung Jemy lagi.
Azlan dan Rahim mula gelabah. Dia turut memandang Aira yang sudah tersenyum.
“Abang cepat sikit. Sara nak ambil Aimie dari rumah papa,” Aira tukar topik. Sengaja mengalih perhatian si suami. Belum sempat Jemy membalas, telefon bimbitnya berbunyi. Kamera terus diletakkan ke tepi. Dahi Aira berkerut. Belum pernah suaminya itu begitu. Aira sempat memandang ke arah Rahim dan Azlan yang turut saling berpandangan.
“Sekejap, sayang.” Jemy bergerak menjauhi set. Dia menjawab telefon di hujung sudut studio. Aira kehairanan, wajah Jemy yang serius berada dalam pandangan matanya. Panggilan dari siapa yang begitu penting sehingga Jemy terpaksa melepaskan kameranya? Aira penasaran!
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 03:18 PM | Show all posts
Special N3 Mencintaimu Mr.Photographer

PART 3

Jumpa malam nanti, miss you!
Tangan Aira bergetar sebaik sahaja melihat baris ayat itu keluar dari peti masuk mesej suaminya. Lidahnya kelu tak terkata. Matanya mula berkaca. Betulkah apa yang berada di hadapan matanya sekarang? Siapa si Erin yang mengirimkan mesej kepada suaminya itu? Kenapa si pengirim itu merindui suaminya?
Aira menggeleng berulang kali. Takut memikirkan sebarang kemungkinan. Mustahil Jemy mencuranginya? Mustahil Jemy memungkiri janji mereka dulu? Lupakah Jemy akan dugaan yang telah mereka lalui untuk hidup bersama sehingga ke hari ini? Lupakah Jemy akan kesusahan itu? Entah kenapa, Aira jadi cuak. Cuak bila berfikir sejauh itu. Tanpa dia sedari, pipinya sudah dibasahi air mata. Terasa sesak dadanya.
Tiba-tiba pintu bilik air terbuka dari dalam. Aira tidak mampu melepaskan telefon suaminya itu dari tangan. Dia mendongak memandang Jemy yang kelihatan terkejut. Apalagi bila mata Jemy terus mengarah ke arah telefon di tangannya. Aira dan Jemy saling berpandangan. Masing-masing diam seribu bahasa. Aira sengaja memandang tajam ke arah suaminya itu. Biar Jemy tahu yang dia telah tahu segalanya!
“Papa! Mama! Cepatlah!” suara Aimie tiba-tiba memintas interaksi di antara mereka. Aira serentak mengalih pandangan ke arah anaknya. Seulas senyuman cuba diukirkan. Dia tidak mahu anaknya dapat menangkap seseuatu yang tidak kena antara mereka. Jemy pula masih tidak mampu melarikan pandangan dari memandang wajah sugul Aira. Jemy dapat melihat kekecewaan di situ.
“Ya sayang, papa dan mama datang sekarang.” Aira memandang sedikit ke arah suaminya. Pandangan itu seolah-olah tidak mempamerkan apa-apa rasa. Dia marah. Dia kecewa. Namun, dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Ini pilihannya. Jemy adalah pilihannya yang membuatkan dia sanggup mengorbankan segala-galanya buat lelaki itu.
“Jomlah, Aimie dah tunggu kita,” Aira menggamit sedikit ke arah suaminya itu. Dia ingin berlalu, namun Jemy cepat menghalang.
“Sayang...” panggil Jemy lembut. Aira tidak menoleh.
“Sayang?” Aira menggeleng dengan senyuman sinisnya. Pandai betul Jemy berlakon di hadapannya. Kata sayang sentiasa terukir di bibir itu, tapi lihatlah apa yang Jemy buat di belakangnya!
“Abang...”
“Aimie dah tunggu kita.” Aira pantas berlalu. Meninggalkan Jemy yang masih termanggu. Sempat dia menyeka air mata yang mengalir di pipinya. Sakit hatinya hanya Allah yang tahu. Ini balasan Jemy di atas kesetiannya selama ini.
Seboleh mungkin Aira cuba menguntum senyum bila dia dan Jemy tiba di sebuah bilik studio yang dibina khas oleh suaminya. Aira mengerling ke arah Jemy sekejap. Melihat anak mereka yang sudah siap sedia dengan kamera di tangan, Aira menggeleng perlahan. Sekelip mata, suasana di antara mereka berubah. Hanya kerana mesej rindu di telefon suaminya itu.
“Cepatlah, mama!” gamit Aimie lagi.
Aira tersenyum hambar. Sejak kecil lagi Aimie anaknya memang menunjukkan minat dalam bidang fotografi. Lebih mengikut jejak langkah papanya.
“Yalah, mama ni lambat sangat.” Tiba-tiba Aira merasakan pinggang dirangkul kemas dari arah belakang. Aira menoleh sekejap memandang Jemy yang sudah tersenyum padanya. Kenapa selama ini dia boleh tidak perasan perubahan suaminya itu? Layanan Jemy padanya tidak pernah berubah. Masih seperti dulu. Kata-kata cinta sering Jemy ucapkan setiap hari di telinganya, seperti yang pernah suaminya itu janjikan dulu.
Jemy membawa Aira ke set. Permintaan Aimie yang ingin merakam gambar dia dan isteri hanya diturutkan selain mahu mengasah bakat Aimie dalam bidang fotografi. Aira mula rasa tidak senang. Apalagi bila sentuhan itu begitu erat di pinggangnya. Dia memandang kejap ke arah Jemy yang kelihatan bersahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku di antara mereka.
“Mama! Papa! Senyum...” Aimie memberi arahan. Aira menghembus nafasnya. Cuba membuang segala bayang berada di hadapan matanya. Tangan jemy dibiarkan. Aimie tidak boleh tahu apa yang berlaku di antara mereka. Dia tersenyum memandang anaknya.
“Ingat pesan papa. Fokus dan seimbangkan kanta tu!” Jemy sempat berpesan pada anaknya.
“Okey, satu! Dua! Tiga!” Klik! Bunyi kamera kedengaran. Aimie tersenyum puas bila berjaya menangkap gambar kedua-dua orang tuanya.
“Kenapa mama tak senyum?” Aimie mengomel sebaik sahaja matanya lekat pada monitor. Jemy terus memandang isterinya yang turut sama memandang ke arahnya.
“Sayang...”
Aira menggeleng. Kali ini dia tidak mampu menahan rasa. Dia meleraikan pegangan Jemy di pinggangnya. Tergamam Jemy dibuatnya. Belum pernah Aira menolak sentuhannya. Bukan di hadapan anak mereka. Tiba-tiba Aira bertindak merapatkan  dirinya ke arah Jemy, mulutnya dirapatkan di telinga suaminya, dia ingin berbisik sesuatu di telinga itu.
“Abang betul-betul dah kecewakan Sara. Paling tidak pun, abang setia. Kalau dalam hati tu dah tak ada cinta.” Sebaik sahaja membisikkan ayat itu, Aira pantas berlalu. Sempat dia mencium pipi anaknya sebalum keluar dari ruang studio yang terasa panas malam itu.
Jemy hanya mampu termanggu dengan keluhan di bibir.

Post time 7-8-2017 03:19 PM | Show all posts
yellow38 replied at 7-8-2017 03:14 PM
apa blog emma tu... tapi happy ending gak kan?

tuk raya taun depan ke... lg setahun tu uols...  ...

A ah happy ending je.

You google je MMP ...kluar la klau tak silap.

Tak tau la if Emma nak tweak the story sikit...nak sesuaikan CapikHannah in mind ke kan?

Tak silap dulu she envisioned Nelydia Senrose yang pegang watak Aira Qaisara.

Dan Jemy some Korean dude gitu.

Skali yang bawak watak Jemy keturunan hang jebat.

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 03:19 PM | Show all posts
sampai part 3...tunggu sampai part 6...iols dah komen emma...hope ada la mmp special tak yah tunggu raya...emma kata tunggu ada ke tak...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 03:19 PM | Show all posts
wondakopi replied at 7-8-2017 03:18 PM
Special N3 Mencintaimu Mr.Photographer

PART 3

Tudia hang da tepek!

You suka MMP? Samer gak ngan kite ke teamtaklehmoveon?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 03:21 PM | Show all posts
wondakopi replied at 7-8-2017 02:53 PM
hi geng mmp....SR dari studio 1...hahaha ...tak tahan nk jebak gak komen...sbb iolss ala ala ulsss g ...

welcome to studio jemy..

hi wondakopi..

"buatkan aku kopi"
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 7-8-2017 03:22 PM | Show all posts
deebiz14 replied at 7-8-2017 03:19 PM
Tudia hang da tepek!

You suka MMP? Samer gak ngan kite ke teamtaklehmoveon?

haruslaaaaaaaaa ailepchu gile tak cinta...hahahaah..semua m&g dia iolss pegi...hadap gile capikhannah tahap angau ....
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 03:22 PM | Show all posts
deebiz14 replied at 7-8-2017 02:57 PM
Hakak trus lupa dunia gosip.
Aman ko tak masuk sane sangat dah..

hakakk.. masuk sana buat tambah dosa..
baik kita aman2 kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
wondakopi replied at 7-8-2017 03:17 PM
SPECIAL N3 MENCINTAIMU MR.PHOTOGRAPHER.

PART 1

Aduhai terbayang2 si capik ngan dik comey
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 03:23 PM | Show all posts
missjazzy replied at 7-8-2017 03:21 PM
welcome to studio jemy..

hi wondakopi..

ok naik atas....kopi siap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 15560 Replies : 7
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 17821 Replies : 8
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 40323 Replies : 81
Saman terhadap kerajaan, KJ berkaitan kesan vaksin COVID-19 bermula
JoyahMengayahSaman terhadap kerajaan, KJ berkaitan ke
Views : 7710 Replies : 93
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 16474 Replies : 8
‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700 – Rakyat Malaysia Ini Tak Menyesal Jadikan Kereta Sebagai Rumah.Anda kehairanan?
YgBenar‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700
Views : 4580 Replies : 34
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 24002 Replies : 685
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 17238 Replies : 25
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33426 Replies : 92

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.199920 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list