CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4752|Reply: 53

[Tempatan] Akibat Cemburu Bayi Dibunuh

[Copy link]
Post time 5-8-2017 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
BHonline Sabtu, 5 Ogos 2017

MELAKA: Cemburu dipercayai menjadi punca seorang wanita membunuh bayi berusia enam hari yang mayatnya ditemui dalam perigi sedalam enam meter di Kampung On Lok di Batang Melaka, Jasin, di sini, pada 23 Julai lalu.

Suspek berusia 28 tahun itu dipercayai berbuat demikian selepas anaknya tidak lagi mendapat perhatian daripada keluarga selepas mangsa dilahirkan.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Jalil Hasan, berkata siasatan juga mendapati suspek yang juga ibu saudara kepada mangsa turut mempunyai rekod sakit mental.

"Motif sebenar pembunuhan bayi itu masih disiasat dan suspek akan dihantar ke Hospital Permai esok untuk pemeriksaan mental selama sebulan.

"Ia bagi mengenal pasti sekiranya tindakan jenayah dilakukannya berkait dengan masalah mental atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas sambutan Hari Hijau Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2017 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, hari ini.

Sebelum ini, seorang bayi lelaki berusia enam hari ditemui mati dalam perigi sedalam enam meter, disyaki dibunuh oleh ahli keluarga sendiri.

Mayat bayi sempurna fizikal dan masih berbalut lampin putih itu ditemui orang awam sebelum dikeluarkan dari perigi dengan bantuan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bistari, kira-kira jam 10.30 malam pada 23 Julai lalu.

Abdul Jalil berkata, suspek disyaki mencampakkan bayi berkenaan ke dalam perigi.

"Lima lagi suspek yang juga ahli keluarga mangsa dibebaskan dengan jaminan polis. Kita masih menunggu laporan penuh bedah siasat mangsa daripada Jabatan Patologi Hospital Melaka," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2017 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
akal bawah tapak kaki.:
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2017 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ting tong nya cikki ini
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2017 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bunuh diri sendiri la. Yang ko bunuh baby tu dah kenapa.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2017 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian mak dan ayah.. orang serumah juga punya angkara
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2017 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Thread aritu ramai suspect parents baby... rupanya mak sedara. Kejam sgt campak dlm perigi sbb jealous.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2017 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak ko sangap perhatian ke apa
Ko bagi la perhatian kat anak sendiri.. Nak dengki dgn anak org lain buat apa
Ni mesti stok acik kepam busuk hati ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2017 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila isim bunuh bayi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2017 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mental tu ada chan x sabit kesalahan
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2017 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
X mental kena rasuk.  Senangnye alasan membunuh

Melayuke
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2017 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Org cmni pn bleh kawin beranak bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2017 05:25 PM | Show all posts
lasagnaklcc replied at 5-8-2017 02:50 PM
Thread aritu ramai suspect parents baby... rupanya mak sedara. Kejam sgt campak dlm perigi sbb jealo ...
ha`ah ..
ramai kutuk mak nya

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2017 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu aje aku blh cakap gila!
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2017 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
org sakit mental masih ada  perasaan cemburu ekk?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2017 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Org lain yg beranak, ko yg meroyan
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2017 05:33 PM | Show all posts
lasagnaklcc replied at 5-8-2017 02:50 PM
Thread aritu ramai suspect parents baby... rupanya mak sedara. Kejam sgt campak dlm perigi sbb jealo ...
Kesinambungan dari thread ni
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1052179
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2017 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko dah knape dekk?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2017 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat org luar punya angkara
Rupa2nya musuh dlm rumah sdr
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2017 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
kejammnya mak sedara...memangmental ke..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2017 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
misc replied at 5-8-2017 05:30 PM
org sakit mental masih ada  perasaan cemburu ekk?

bipolar kot

takut la zaman skg ni

terlalu ramai sgt sakit mental

tlg la bawa2 g berubat kalau dh nmpk
tanda

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.416536 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list