CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1754|Reply: 6

Awas, Viral Berita Kematian Mr. Bean Dijangkiti Virus!

[Copy link]
Post time 15-7-2017 05:22 PM | Show all posts |Read mode
Ambil perhatian buat semua pengguna maya!


Baru-baru ini tersebar luas dalam laman sosial berhubung kematian tentang pelawak terkenal Britain, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr Bean dilaporkan adalah berita palsu.


Memetik laporan Fox News, maklumat tidak benar itu mendakwa, Mr Bean meninggal dunia dalam satu kejadian kemalangan di Los Angeles dan dikongsi dalam laman sosial Facebook serta Twitter.


sumber : Fox News



Namun berita itu yang didakwa disebarkan oleh Fox News, merupakan maklumat palsu yang mempunyai kaitan dengan laman web scam yang boleh menyebabkan komputer anda dijangkiti virus.


Tajuk berita itu berbunyi, “FOX BREAKING NEWS: ‘Mr. Bean (Rowan Atkinson)’ died at 62 After Crashing his Car on Attempt perfecting a Stunt - Today July, 2017”.


Jika anda melihat berita itu dikongsi pada akaun anda, jangan klik kerana ia boleh menyebabkan komputer anda dijangkiti virus.


Virus berkenaan akan mendakwa komputer anda telah disekat dan perlu memasukkan beberapa nombor bagi memulihkan keadaan.


Malah satu nombor akan disediakan untuk memudahkan anda meminta bantuan menerusi panggilan telefon.


Pakar laman web palsu, Hoax Slayer menasihati orang ramai agar tidak menghubungi nombor tersebut.


"ihak penjenayah siber akan cuba mendapatkan nombor kredit kad anda sebagai upah membaiki komputer anda.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2017 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 cara org zaman skrg ni utk sebarkan virus
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2017 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
nie sbar2 virus lpskn nak duit kan kalo nk delete virus tue.. iols pnye laptop dh kne virus yg mcm trojan malware shorcut pon dah hangin satu bdn..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2017 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sblom ni ada few celebrity pun dah terkena
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2017 08:44 PM | Show all posts
so kalau mati betul2 pun hada haku kesah? aduh kejamnya statement. baidewei thanks rowan sebab ceriakan zaman kanak2 aku dengan mr bean kau.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2017 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga yg sebarkan virus ni mati terus.. menci
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2017 09:00 PM | Show all posts
dulu yang kata mr bean masuk islam pon virus gak lah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.049948 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list