CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5117|Reply: 55

Wanita 71 Tahun Dan Suami Mudanya Kongsi Insiden ‘Menarik’ Selepas Seminggu Berk

[Copy link]
Post time 11-7-2017 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Foto: Detik.com

Mencetuskan sensasi kerana nekad untuk mendirikan rumah tangga walaupun pada mulanya tidak mendapat restu keluarga, pasangan suami isteri, Selamet Riyadi, 16, dan Rohaya, 71, nampaknya ada cerita menarik ingin dikongsi selepas lebih seminggu hidup bersama.

Sepertimana pasangan muda atau mereka yang baharu berkahwin, Selamet, yang 55 tahun lebih muda daripada Rohaya juga mempunyai perasaan cemburu terhadap isteri kesayangannya itu.

Bahkan, sifat itu bukan sahaja dimiliki oleh Selamet, tetapi Rohaya juga mempunyai rasa yang sama dan bimbang sekiranya suaminya ‘tergoda’ dengan gadis lain – yang pastinya lebih muda daripadanya.

Memetik portal Detik.com, remaja yang mula jatuh cinta kepada Rohaya selepas enam bulan mengenali wanita itu berkata, sifat cemburu itu adalah sebagai tanda dia menyayangi isterinya.

Kerana bimbang sekiranya ‘diganggu’ lelaki lain, Selamet akan mengunci Rohaya di dalam rumah apabila dia mahu ke kedai yang terletak tidak jauh dari rumah mereka.

“Ya, (Rohaya) dikunci (di dalam rumah) kerana takut ada laki-laki lain masuk ke rumah ketika aku pergi membeli barang. Tetapi selepas pulang, (pintunya) dibuka semula,” kata Selamet memetik portal tersebut.

Berkongsi lebih lanjut, Rohaya, yang merupakan nenek kepada tiga cucu mengakui bahawa suami mudanya itu ada berbuat demikian, namun sebagai seorang isteri perkara itu adalah normal dan dia pasrah.

“Dia (Selamet) ini seorang yang cemburu, aku dikunci dari luar (kerana) bimbang aku melihat laki-laki lain,” kata Rohaya memetik ketika ditemui media di rumahnya di daerah Sumatera Selatan, beberapa hari lalu.

Selepas dikunci dari dalam, Rohaya keluar menggunakan pintu di bahagian dapur dan duduk menunggu suaminya di luar rumah.

Tidak lama kemudian, Selamet pulang dari kedai dan terus menarik Rohaya masuk ke dalam rumah, lapor Tribunnews.com.
Walaupun dipaksa masuk ke dalam rumah oleh Selamet, Rohaya, yang pernah mendirikan rumah tangga tiga kali akur dengan tindakan itu lalu duduk disamping suaminya.

Rohaya menambah, sejak berkahwin, Selamet kerap keluar rumah dan pulang pada lewat malam.
“Paling tidak, ke tempat gadis-gadis cantik,” ujar Rohaya.

Malah, Rohaya pula sempat berpesan kepada Selamet supaya tidak memandang gadis lain ketika mereka dalam perjalanan ke Jakarta bagi menghadiri rancangan ‘talk show’ di sebuah stesen televisyen swasta, baru-baru ini.

"Awas nanti kalau tergoda dengan gadis lain di sana (Jakarta) ya, aku tidak mahu,” kongsi Rohaya.

Dalam pada itu, pasangan suami isteri itu mengakui jika ada rezeki, mereka mahu dikurniakan anak.

"Kalau anak sudah tentu mahu, cuma itu berbalik kepada rezeki Allah. Kalau diberi, kami bersyukur dan mudah-mudahan dikurniakan anak,” kata Selamet.

Terdahulu, pasangan pengantin baharu itu melangsungkan perkahwinan pada 2 Julai lalu di rumah Ketua Kampung, Kuswoyo, yang terletak di Dusun 1 Desa Karangendah, Sumatera Selatan, Palembang, Indonesia selepas nekad mahu membunuh diri jika tidak dikahwinkan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2017 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Mengada ngadanya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Cinta itu indah
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
lepas seminggu nak kecoh..aku nak taw lepas setahon apa jadi
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye la tu sebab cemburu, ntah2 laki ko cari pompuan muda lain tp xnk ko tau.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 11:33 AM | Show all posts
Dalam pada itu, pasangan suami isteri itu mengakui jika ada rezeki, mereka mahu dikurniakan anak.

"Kalau anak sudah tentu mahu, cuma itu berbalik kepada rezeki Allah. Kalau diberi, kami bersyukur dan mudah-mudahan dikurniakan anak,” kata Selamet.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2017 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Wey awat romentik yakmat wey cemburu2 lagutu hahhaha. Semoga perkahwinan depa kekal romentik sampai bebila la
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Rohaya menambah, sejak berkahwin, Selamet kerap keluar rumah dan pulang pada lewat malam.
“Paling tidak, ke tempat gadis-gadis cantik,” ujar Rohaya.
.
.
Mcm obvious je..laki tu mmg cari pompuan lain..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2017 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
nak bunuh diri konon, ko tak kira pulak orang kampung rasa nak mati tengok korang berdua bercinta
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
motif kurung bini tapi keluar pagi balik tengah malam

sesuatu sangat
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 12:12 PM | Show all posts
kentut pun wangi dik mse tgh mabuk cintan
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah deme..ibarat bunga baru nk berkembang mekar..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 12:37 PM | Show all posts
ok la paham la kalau nenek tu cemburu kalau ada pmpn nk ngorat laki nye or laki nye nak menggatal ngn pmpn lain

tapi yang tak paham apasal lak suami nye nk cemburu kalau ada jejantan lain kot2 nak ngorat bini nye

hahahah ada lg ke jantan mcm dia kt dunia nk kat nenek tua ni?

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 12:38 PM | Show all posts
“Dia (Selamet) ini seorang yang cemburu, aku dikunci dari luar (kerana) bimbang aku melihat laki-laki lain,” kata Rohaya memetik ketika ditemui media di rumahnya di daerah Sumatera Selatan, beberapa hari lalu.

Selepas dikunci dari dalam, Rohaya keluar menggunakan pintu di bahagian dapur dan duduk menunggu suaminya di luar rumah.



Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki lain pon tak hadap bini ko tu dekkk.. ko sorg je
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 12:39 PM | Show all posts
hotmak replied at 11-7-2017 12:07 PM
motif kurung bini tapi keluar pagi balik tengah malam

sesuatu sangat

Kan fishy sgt. Harus la keluar mlm balik lewat pi jolok kerang muda. Kerang tua kurung kat bilik. . Iol syak nenek ni berharta kot. Cinta kunun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2017 12:40 PM | Show all posts
adoiiiiii....mcm ni pon ada eh
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaa... aku keliru
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaya ke nenek ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 12:53 PM | Show all posts
berpeluh meols
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 43427 Replies : 450
Tak bayar cukai budaya kito, lebih 200 ribu orang disekat ke luar negara
maklukpenggodaTak bayar cukai budaya kito, lebih 200 r
Views : 38640 Replies : 26
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50035 Replies : 164
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145804 Replies : 2469
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39558 Replies : 48
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276652 Replies : 8079
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38725 Replies : 32
Pulau Pinang jadi pusat perumahan mampu milik terbesar di Malaysia
AbahmungPulau Pinang jadi pusat perumahan mampu
Views : 42900 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.521384 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list