Siapa tak kenal Nora Danish dengan rekaan fesyen yang sememangnya lain dari yang lain. Raya tahun ini juga tak terkecuali. Memang lain betul bajunya sampaikan kena troll dengan netizen!
Nakal betul lah netizen ni, boleh pula mereka samakan dengan kain alas meja.
Nora bersama suami dan anaknya, Rayqal sedondon menggayakan baju raya berona putih pada pagi raya lalu.
Foto: IG Nora Danish
Seperti biasa, ia mendapat perhatian orang ramai sehinggalah muncul sebuah kolaj kononnya baju raya Nora adalah gabungan daripada baju tidur dan kain alas meja tular di laman sosial.
Foto: FB Tentera Troll Kebangsaan Malaysia
Gambar berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menjadikannya bahan gurauan, malah tak kurang yang mengkritiknya seksi.
"Rasa cukup apa yang ada. Tak perlu membazir, guna je apa yang ada.
"Masa nak kahwin dengan perempuan ni, Nedim cakap nak pimpin bawa perempuan ni ke syurga. Allah... Pakaian macam ni macam mana nak masuk syurga?" komen netizen.
FB Tentera Troll Kebangsaan Malaysia
Hai, macam-macamlah netizen ni. Semua benda nak dijadikan troll. - CARI Foto: |