CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6741|Reply: 38

Selamat Jalan Jupe!

[Copy link]
Post time 21-6-2017 06:01 PM | Show all posts |Read mode
Yuli Rachmawati


Bersyukur kerana berkesempatan berjumpa dengan wanita terkenal melalui caranya tersendiri. Biarpun dia bukan Wanita Pertama Indonesia, tapi mempunyai pengaruh dan pengikut instagram paling tinggi di antara selebriti Indonesia. Hebat kan?


Julia Perez atau nama manjanya, Jupe dilahirkan sebagai Yuli Rachmawati. Riwayat hidupnya terlalu singkat, dilahirkan 15 Julai, 1980  hingga 10 Jun 2017. Nafas terakhirnya di Hospital Cipto Mangunkusumo.


Innalilahiwainailahirojiun. Selamat jalan Jupe!





Seorang pelakon terkenal, pernah membintangi 25 filem, pelbagai genere, tapi kebanyakannya tidak berkualiti cuma filem `Gending Sriwijaya` memberi peluang Jupe mememangi anugerah, `Best Female Actress in Royal Bali Film Festival'. Juga dikenali sebagai penghibur dangdut dengan tarian lucah. Jupe mencabar pihak majlis Agama Islam Indonesia, adakah persembahannya di pentas dianggap  lucah? Mencetuskan satu kontroversi...

Jupe pernah buat rakaman lagu dangdut, cuma ada empat album sahaja dan selebihnya lagi-lagu untuk OST, lagu latar filem/Tv. Maaf cakap, suaranya taklah sehebat mana! Karier seninya terus berkembang, dia terlibat sebagai pengacara siri tv. Dan akhir sekali seorang ahli perniagaan.


Pertemuan pertama saya dengan Jupe semasa di salah sebuah hotel terkemuka di Jakarta dalam acara pelancaran sepatu sport SPEC, made in Indonesia. Ketika itu saya adalah senior editor pada majalah Bola Sepak.


Jupe muncul bersama kekasihnya Gaston Castano, pemain bola sepak import untuk Kelab Balik Papan. Mereka kelihatan cantik dan sepadan. Tidak hairanlah kalau Gaston ini kaki perempuan, ya ampun elok sangat! Dialah penyebab menularnya penyakit itu kepada Jupe.






Kami tidak sempat berbual panjang kerana terikat dengan tugas masing-masing.


Pertemuan kedua, mengambil tempat di Kuala Lumpur. Sudah tentulah saya sebagai DJ radio! Pertemuan kali ini lebih mesra dan akrab! Kedatangan Jupe ke sini untuk memperkenalkan single terbaru. Lagu `catchy' dan sedap didengar.


Saya sempat berbual tentang nama Jupe yang sedikit pelik dan latar belakangnnya. Saya kagum Jupe tidak pandai berselindung malah bercerita terus terang dengan penuh berkeyakinan. Saya kagum dengan sikap ini. Dalam perbualan ini dia ketawa, menangis dan melucu. She is so special!
  
Pekerjaan pertama Jupe  sebagai setiausaha di sebuah syarikat perabot yang dimiliki oleh syarikat Belanda. Dalam waktu yang sama, dia menjalin cinta dengan anak pemilik syarikat itu. Lantas Jupe mengikut kekasihnya berhijrah ke Belanda.  


Semasa lawatannya ke Potugal pada 2002, Jupe berkenalan dengan pemuda kacak bangsa Perancis bernama Damien Perez. Hubungan itu semakin akrab dan  mereka diikat dengan perkahwinan.






Hubungan bersama Damien Perez adalah permulaan sebuah kehidupan yang diinginkan. Ia membuka kesempatan untuk Jupe menjadi model untuk majalah FHM dan Maxim, terbitan Perancis.  Gambarnya mempersonakan # seksi. Kemunculan berani dalam dua majalah terkenal itu membuatkan Jupe telah dicalonkan sebagai salah satu daripada 100 Sexiest Women in the World.


Selepas bercerai dengan Gaston Castaño yang dikahwini  pada 2013 dan mereka berpisah 2016. Jupe memberitahu mahkamah dia tidak sanggup tinggal bersama suami yang suka selingkuh dengan orang lain. Itu adalah punca dia mendapat penyak kanser mulut rahim.


Pada tahun 2014, Jupe mendedahkan dia telah didiagnos dengan Peringkat 2 kanser serviks. Menjelang 2016, kanser telah mencapai Tahap 4 dan dia meninggal dunia pada Jun 2017.


Selamat Jalan Jupe! Semoga anda damai di sana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2017 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun tred ni dah ketinggalan..tapi nak juga komen
Gambar2 arwah semasa di hosp yg lalu kt ig explore iols sebelum dia meninggal, semuanya tunjuk wajahnya yg ceria. Walaupun ada caption tu ckp jupe baru lepas treatment, jupe dah x kenal org2 yg lawat dia..
Iols respek kekuatan beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
I tgk video org interview dia tentang Gaston. Sedih weh...  dia cakap, org tak tau how dia setia 8 tahun dgn Gaston tapi hidup penuh kesengsaraan... org selalu tuduh dia perempuan murah, suka seksi.. macam dia yg jahat tapi sebenarnya gaston yang buatkan hubungan diorang musnah.

Tgk video2 nampak dia seorang yang tramat jujur... tak tau kenapa.. walaupun dia seksi aku serious suka dgn ketelusan dia. sedih aku... moga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yg Allah sayang... ameen...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah utk jupe.
Kalau betul gaston penyebar kanser kpd arwah, maknanya sekarang gaston pun ada kanser la kan? Ke macammana ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh sesiapa tepek gambar tong gas tu tak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
aku.semut.merah replied at 21-6-2017 06:48 PM
Boleh sesiapa tepek gambar tong gas tu tak?

Tong gas mane pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2017 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tahu mama richie pernah jadi senior editor majalah bola sepak.... Pandai ke chuols sepak bola?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok sgt ke tong gas tu smpai mama richie pon smpat menyelitkan kata2 geletis terhadap heols?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2017 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
maap lah nakk,sya lihat penulisan awak nih tak sebagos penulisan budak budak di forom.com nih.kisah kematian ini sudah basi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
usah puja sangat .kerna arwah beri kesan yang tak bagos pada ugama islam dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Erm bod gossip antarabangsa kan ade?  
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sofiazara at 21-6-2017 07:58 PM

dia ni yg nak potong tetek kalo kalah bola dgn malaysia or something liddat??

edit.bukan potong tetek

tapi nk pakai coli laser utk alihkan tumpuan pemain malaysia. yucks
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
barfi replied at 21-6-2017 06:31 PM
Takziah utk jupe.
Kalau betul gaston penyebar kanser kpd arwah, maknanya sekarang gaston pun ada k ...

Lelaki hanya pembawa.. perempuan derita..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
barfi replied at 21-6-2017 06:31 PM
Takziah utk jupe.
Kalau betul gaston penyebar kanser kpd arwah, maknanya sekarang gaston pun ada k ...

Tak silap i virus hpv tu buat cancer cervix. Gaston ni jenis mkn luar kot. Jolok sana sini tu yg  bg virus tu kt arwah. Walahualam.. acik2 pun jgn lupa ye buat pap smear tiap tahun..penting tu utk kesan virus hpv ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
barfi replied at 21-6-2017 06:31 PM
Takziah utk jupe.
Kalau betul gaston penyebar kanser kpd arwah, maknanya sekarang gaston pun ada k ...

Dia bawa kuman je kot..kuman tu jd kanser pd pompuan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 21-6-2017 08:18 PM
Dia bawa kuman je kot..kuman tu jd kanser pd pompuan.

Ohh tapi kuman yg ada pada dia tak effect diri dia pula?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2017 08:23 PM | Show all posts
aku.semut.merah replied at 21-6-2017 06:48 PM
Boleh sesiapa tepek gambar tong gas tu tak?


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaf penulisanTT here and there la...kronologi berterabur ...bilajumpajupe? Bila jumpaperez? Bilabreakupperez?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Gugel jumpa ni...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak jupe ni meninggal terus masuk kuburan retis tempatan kah?? X tahu pulak sejak bila jupe perez ni beranak kat Malaysia. Kosserrr
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.104156 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list