CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1654|Reply: 10

[Dunia] KKK bulan wakili kristian, ISIS/Taliban bukan wakili islam- kata Tentera US yang

[Copy link]
Post time 13-6-2017 01:47 PM | Show all posts |Read mode
'Saya Pegang Senjata, Tapi Dia Cuma Tersenyum' - Tentera Amerika Kongsi Kisah Bagaimana Dia Terinspirasi Untuk Peluk Islam

http://www.siakapkeli.my/2017/06 ... -tapi-dia-cuma.html




Satu video yang merakamkan seorang tentera Amerika menceritakan bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam menjadi viral di media sosial.

Video yang pada mulanya dimuat naik oleh One Path itu kemudiannya dimuat naik sekali lagi oleh laman Explore Islam yang seterusnya menarik beratus-ratus ribu perkongsian di Facebook.

Di dalam video berdurasi 1.45 minit itu, seorang askar AS yang dikenali sebagai Randy menceritakan detik permulaan ketika dia mula tertarik dengan Islam.

"Satu hari, ketika saya sedang menjaga pagar ini - bersenjatakan senapang untuk mengawal, dan tiba-tiba ada sebuah trak menuju ke arah saya.
"Ketika trak tersebut semakin dekat, saya menjerit menyuruhnya untuk berhenti. Trak itu kemudiannya berhenti dan pemandunya pun keluar berjalan ke arah pagar.
"Ketika dia datang ke arah saya wajahnya asyik tersenyum sahaja. Dalam kepala saya - 'lelaki ni dah gila' - saya tak tahu apa yang tak kena dengan dia ni.
"Tapi ada sesuatu yang memberitahu saya supaya jangan tembak. Ada sesuatu yang memberitahu saya supaya tidak menarik picu.
"Apa yang berlaku selepas itu adalah dia mendekati saya. Dari perbualan kami, saya beritahu yang dia tidak boleh masuk ke dalam pagar,
"Kemudian saya kata 'kamu tak nampak ke saya sedang tujukan senjata ke arah kamu ni? Kamu tak tahu ke saya boleh tembak kamu begitu saja?
"Bagaimanapun, dia memandang saya sambil tersenyum dan jarinya menunjukkan ke arah langit sambil berkata: 'Saya hanya takutkan Allah'.

Insiden terbabit memberi inspirasi kepada Randy untuk memeluk Islam ketika kembali ke AS.

"Saya kembali pada Oktober 2011 dan saya mengucap Syahadah di masjid Farouq.

"Satu perkara yang akan saya beritahu sesiapa pun yang minat dengan Islam adalah: Jangan teragak-agak. Jangan takut untuk melawat masjid. Jangan takut untuk bercakap dengan orang Muslim.
"Jangan percaya dengan apa yang media beritahu kamu. Itu peraturan nombor satu.

"Jangan benarkan sesiapa beritahu kamu yang ISIS atau Taliban mewakili Islam. Kerana jika itu kesnya, jadi KKK mewakili Kristian. Dan semua orang tahu perkara itu tidak benar.
"Jangan benarkan sesiapa beritahu kamu Islam tu apa sehingga kamu buat kajian sendiri." kata Randy.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2017 02:05 PM | Show all posts
askar ni berakal sket dari sstgh forumers yg sebut ISIS terus kaitkn ngn islam
ntah kecik2 mkn apala, sampai tkle bezakan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2017 02:38 PM | Show all posts
boleh ke ngn tattoo tu nak masuk islam - wakil PAS bertanya ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2017 02:47 PM | Show all posts
apa beza dia cakap mcm tu
sama je dengan Obama dan Trump pernah cakap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2017 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
emmm...paderi maideen tgh bz dalam kotak pengampunan jer
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2017 05:41 PM | Show all posts
sayang_mulut replied at 13-6-2017 02:38 PM
boleh ke ngn tattoo tu nak masuk islam - wakil PAS bertanya ni...

Gangster Singapore.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2017 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
highcastle replied at 13-6-2017 05:41 PM
Gangster Singapore.

Cuci dosa ya dik?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2017 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
subhanallah.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2017 06:56 PM | Show all posts
sayang_mulut replied at 13-6-2017 02:38 PM
boleh ke ngn tattoo tu nak masuk islam - wakil PAS bertanya ni...

Jgn cuba kelirukan pembaca dgn So called gurau bodo spt ini. Islam tidak jumud sebagaimana isis tajaan kamu sebarkan.  Islam sentiasa terbuka dan memaafkan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2017 02:03 AM | Show all posts
zorrro_03 replied at 13-6-2017 06:56 PM
Jgn cuba kelirukan pembaca dgn So called gurau bodo spt ini. Islam tidak jumud sebagaimana isis ta ...

kamu nie deputy tohan?  
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2017 08:11 AM | Show all posts

etis gila babi dah kenapa tanya aku deputy ke tak...  awal start gila nampaknya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.111148 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list