Sami adalah antara individu yang selalu dianggap mulia dan dipandang tinggi terutama di kalangan masyarakat yang menganut agama Buddha.
Golongan ini dilihat sebagai seseorang yang begitu tinggi nilai darjatnya kerana sanggup meninggalkan perkara duniawi semata-mata untuk mengabadikan seluruh jiwa dan raga beribadat kepada Tuhan.
Namun video yang sempat dirakam oleh seorang pemuda Thailand ini benar-benar mengejutkan!
Menurut status yang dimuat naik di laman Facebooknya, lelaki Thai yang dikenali sebagai Wittawat Wonghajuk ini sedang dalam perjalanan ke Wilayah Nong Bua Lamphu.
Foto: FB Wittawat Wonghajuk
"Saya sedang berada di dalam sebuah bas sebelum mendengar satu bunyi yang pelik. Bila saya cuba untuk melihat dari mana ia datang, saya ternampak seorang sami sedang memegang telefon bimbit.
Mengejutkan kerana sami itu sedang menonton video lucah secara terbuka. Paling memalukan dia tidak memakai earphone dan menguatkan bunyinya."
Bayangkan sahaja reaksi orang di sekeliling bila melihat seorang sami yang lengkap dengan pakaian keagamaan sedang melakukan sesuatu yang dianggap melampau dan tidak senonoh!
Lagi teruk bila dia langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, seolah-olah perbuatan tersebut sudah biasa dilakukannya di tempat-tempat terbuka.
Foto: FB Wittawat Wonghajuk
Netizen yang melihat rakaman ini ada pendapat mereka sendiri.
"Mungkin dia hanya sami yang menyamar."
"Kadangkala sami juga perlukan hiburan."
"Sebab itu saya tak pernah percaya dengan orang yang kelihatan alim. Banyak yang berpura-pura."
Disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Golongan orang munafik seperti inilah yang selalu menjadi barah dalam masyarakat. Apa kata anda? -CARI |