CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annehuda

WHAT MOVIES HAVE YOU SEEN RECENTLY PART 2

  [Copy link]
Post time 30-11-2017 12:09 PM | Show all posts


Tajuk movie ni Dismissed.  movie ni mengisahkan sorang cikgu ngajo sastera inggeris kt sebuah high school. dia bercita-cita nk jadik professor sbb bosan ngan kelas die yg tak semangat pun nk blaja sastera.  nk dijadikan citer, satu hari kelas die tu dpt student baru, nama Luke Ward.  Luke Ward ni mmg sorang student yg skema dan terlampau rajin. dan sangat la berminat ngan subjek dia.  cuma silapnye die terkasik B+ kat assignment si Luke ni. yg Luke plak jenis perfectionist, dia rasa dia layak dpt A sbnrnye. idokle disangka si Luke ni sorg psycho, dan habeh la disabotaj cikgunye ni.

bg aku citer ni menarik gak kalau sape2 minat psychological thriller. Luke ni pandai manipulate org, tp cikgu die plak jenis melawan balik. ha memangla.

btw aku kasik 6/10 je kot utk movie ni. kalau korg suke gone girl ke korg suke la movie ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2017 12:37 PM | Show all posts
babydoll replied at 13-11-2017 06:04 PM
i baru tgk hari tu. bodoh pny jalan cerita. sama la cm u, i ingat parody citer jeepers creepers. n ...

tu la kan. hauk sangat. leh plak jeepers tu drive keter merata2. yg no 2 tu plg best pd meols. no 1 pun best. tlgla sesape reboot balik movie ni meols cam tak puas ati la pas no 2 tu ape jd sbrnye
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 10:40 AM | Show all posts


mlm td tgk citer ni "The Foreigner" lakonan my hero Jackie Chan dan hero tua perasan romantik si Pierce Brosnan
citer ni klu x sbb Jackie confirm meols xkan tgk sbb cam heavy duty aje, maklumlah meols cuma layan citer Jackie yg ting tong sikit

Ok nak bg sikit review, citer berkenan Mr Quan lakonan Jackie yg anak bongsunya mati depan mata sbb bomb yg di psg oleh geng2 Irish. Maka bermulalah pencarian Mr Quan ni nk cari org yg bertanggungjawab, bermula dr cubaan nk bg rasuah kat polis Scotland Yard  dan x berjaya then dia pun nekad bungkus kain baju gie cari timbalan menteri bernama Mr Hennesey (lakonan si tua Brosnan ) utk dptkan nama si pengebomb tu dan yeah si Hennesey cuma kata dia xtaw dan xde kaitan dgn pihak tu sesambil kata takziah atas kehilangan.
Quan bengang dan dgn bg cam ala2 warning kat Hennesey ni dgn buat bomb sendiri maka meletoplah bomb tu kat toilet bangunan si Hennesey tu
then Quan ni kena kejar dgn body guard si Hennesey tu dan pelbagai yg terjadi lg
Mmg watak Quan ni cam annoying taw memula sbb cara dia desak tu cam anak dia jer yg mati tp sbb meols adore kat jackie maka meols buat x gheti aje watak annoying dia tu dan makin simpati plk dgn Quan sbb sejarah hidup dia yg mmg x best sebelum dia menjd warganegara Britain
sepanjang tgk citer ni mmg ada jer benda yg x terduga cam penglibatan bini hennesey, mistress dia dan org kanan dia
lastly lps kes bomb terbongkar, siapa angkaranya tu,Quan balik semula ke Belfast dan meneruskan hidup dia kat restoran miliknya

bg meols yg biased kat jackie of course meols akan kata lakonanan dia best
cuma keseluruhan cerita ni diaorg cam byk guna CG, xperlah meols ok jer

maka meols bg 3.5 *






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 11:01 AM | Show all posts


hari khamis lepas, meols dan anak2 tgk citer COCO kat NU sentral
sebelum citer ni bermula diaorg tayang citer Frozen: Olaf adventure, adeh panas montot anak bujang sbb dia x suka

Coco ni rerupanya citer ttg seorg anak kepada pasangan Imelda dan Hector, igtkan si bdk lelaki tu adalah coco tp bukan
ok bdk lelaki tu namanya miguel, cicit kepada coco dan coco udah tersgt tua
asalnya imelda dan hector adalah pasangan bahagia dan mereka punya sorg anak iaitu coco, satu hr tu tetiba hector tinggalkan imelda dan coco sbb nk jd seorg yg terkenal dlm bidang muzik then Imelda pula ambil langkah drastic dgn mengharamkan muzik dlm keluarganya dan dia plk start dgn membuat kasut dan perniagaan tu jd perusahaan turun temurun keluarganya
satu hr kat kg miguel ada satu pertandingan menyanyi dan miguel nak msk,
tetiba neneknya dpt taw dan nenek miguel rampas gitar dia dan hempas
dan miguel ttp berkeras dan berdegil nk juga msk pertandingan tu dan disbbkan dia xde gitar so dia gie msk cam makam atau kubur seorg penyanyi/musician lagenda bernama Ernesto la de crusz yg miguel igt itu moyangnya, disaat dia ambil gitar tu tetiba daun kat dlm makam tu keluarkan cahaya dan tup2 miguel rerupanya dah msk alam org mati
kat dlm alam tu dia berjumpa dgn makcik pakcik dia yg dah mati
dan dia juga jumpa Imelda iaitu moyang pompuannya sbb ms tu Imelda x dpt nk cross bridge disbbkan si miguel ni gie bawak gambar Imelda bersamanya then Imelda suruh miguel blk ke kehidupan dia tu tp miguel bubuh syarat which Imelda x bersetuju
dlm kecoh2 tu miguel melarikan diri dan berjumpa hector dan dia minta hector bawa dia berjumpa de crusz utk dptkan blessing supaya dia blh kembali ke keadaan asal dia tu
ms jumpa de cusz itulah terbongkar rupa2nya hector telah dibunuh oleh de crusz sbb hector xnak teruskan buat lagu2 utk de crusz dan dia ingin kembali semula pd Imelda dan coco
then de crusz telah menghumban hector dan miguel ke dlm satu lubang camtuelah
ms hector meratib itulah terbongkar rerupanya miguel adalah cicitnya dan bukan cicit si de crusz
diaorg cuba cari jln mcm mana nk keluar dr situ dan mcm mana miguel blh kembali ke dunia asalnya
lastly miguel berjaya kembali ke dunia asal dan dia terus jumpa coco dan ceita ttg bapanya etc, tetiba coco yg cam dah x igt blh terigt bapanya etc

meols bg 4.5 * utk citer ni
maklumlah meols adalah anime/cartoon lovers

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 02:17 PM | Show all posts


hari tu layan movie ni.  kalau korg suka movie mcm don't breathe korg mesti suka movie ni.

movie ni mengisahkan seorang penulis nama maddie yg duduk sorg2 dalam kabin tgh hutan ni. cari inspirasi kekdahnye. maddie ni pekak n bisu.  tp die ada jiran laki bini. satu hari si bini jiran tu dtg la lawat maddie. rupe2nye jiran tu otw balik rumah kene bunuh dgn kejam oleh sorg psiko yg ada panah. tp sempatla berlari balik ke rumah maddie nk mintak tlg. tp sbb si maddie ni pekak, die tak perasan. tp si psiko tu perasan yg maddie ni cacat. so pembunuh ni pun amek kesempatan la nk permainkan si maddie ni, sbb dia psiko kan. jadi bermulalah adegan tikam-tikam kejar mengejar dlm movie ni.

best giler movie ni. walaupun dialog tak brape banyak, tp setaraf dont breathe la kesuspenan die tu.  yg menarik ialah camna si maddie ni berjaya diselamatkan oleh kucing dia. camne? korg tgk la sendiri aku kasik 5/5 utk movie ni. thorbaik nokkss

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 03:54 PM | Show all posts
Edited by masterudeng82 at 14-12-2017 12:29 PM



Baru ni saya tengok filem Wonder, adaptasi dari buku Wonder, penulis R.J. Palacio. Pelakon Julia Roberts, Owen Wilson dan Jacob Tremblay. Mengisahkan seorang budak lelaki bernama Auggie yang menghidapi Treacher Collins Syndrome menyebabkan dia terpaksa memakai topi angkasawan.

Dari kecil dia pakai topi untuk mengelakkan orang terkejut tengok rupa dia. Sampai satu masa mak Auggie (Julia Roberts) memaksa anak dia masuk ke sekolah awam. Mula-mula Auggie sedih sebab dipulaukan dan dibuli tapi lama2 ada juga yang nak kawan dengan dia dan dia jadi budak yang happy.

"When you are given the choice between being right or being kind, choose being kind."

Cerita ni best. Tapi tak ramai yang pi tengok masa tu. Mungkin sebab genre yang slow. Jenis2 macam movie yang tayang dekat DIVA ch702.

p/s : sorry mod anne, baru belajar cara upload gambar.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Comments

sis/bro tolong letak gambar poster  Post time 14-12-2017 08:24 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2017 09:37 AM | Show all posts


weekend lepas layan movie ni. movie ni mengisahkan kisah tentang 5 org doktor pelatih, courtney, jay, marlo, sophia dan jamie yg bereksperimentasi pasal kematian. mula-mulanya, si courtney ni yg offer dulu utk mati selama 1 minit, sebab kekonon dia nak buat kajian pasal aktiviti otak kalau diorg ni mati sekejap. so die pun mintakla pertolongan 4 org lagi tu utk revive die balik. lepas je courtney hidup balik, dia tetiba jadi pandai plak. prestasi dia makin naik pulak. lastly suma orang pun nk buat jugak prosedur tu, kecuali jay.  

ntah camne, courtney, marlo, sophia dan jamie dihantui benda yang pelik2. yg mana puncanya adalah dari dosa lampau diorg yg kembali menghantui diorg. courtney penah eksiden dan adik dia mati dalam eksiden tu sbb dia texting smbl driving, dan akhirnye courtney pun mati. yg lain2 jadi panik tak tau nak buat ape sbb takut jadi mcm courtney.

akak kasi 2.5/5 utk movie ni. walaupun citer ni mcm nk deep deep gitu tapi tak brape sampai bg akak. movie gred b je walaupun pelakon die tu agak terkenal jugak. tp bleh la layan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2017 09:44 AM | Show all posts


movie ni mengisahkan Amy, seorang ibu muda dgn anak 2 orang dan sorg laki tak guna.  lepas laki die kantoi curang ngan dia, si Amy ni jadi penat sangat bile terpaksa plak berdepan ngan pengerusi PIBG sekolah anak die, Gwendolyn yg tak habeh2 nk diorg jadi ibu sempurna. so si Amy ni pun rebel la, smpila anak pompuan die kene kick dr team soccer sbb kene sabotaj ngan Gwendolyn, so si Amy ni pun amek keputusan nk bertanding jadi pengerusi PIBG pulak. sis dan kawan2 dia, carla single mother yg tak brape hiraukan anak dan kiki, stay at home mak yg laki die taknak tolong langsung jaga nak, pun mulalah nk berkempen utk kalahkan Gwendolyn.

sis tgk movie ni sis rasa melampau sangat anak2 zaman skrang ni. sbb menghambakan mak. tp seb baik la si amy ni perasan dr awal yg die terlalu ikut sangat anak2 dia, sampaikan kalau jadi ape je, amy plak yg dipersalahkan.  kirenye movie ni ada pengajaran la jugak, bukan komedi kosong je.

akak kasik 8/10 utk movie ni. tp tak sesuai utk tontonan keluarga sbb byk carutan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2017 10:33 AM | Show all posts


movie netflix. movie buddy cop comedy. mengisahkan pada zaman ni manusia, orc dan elves hidup bersama2 selepas diorg menewaskan the dark lord 2000 thn yg lalu. cuma bezanye orc ni jd golongan gangster jahat, elves golongan kaya raya dan manusia ni golongan pertengahan je.

jacoby ni adalah orc yg terpilih utk program ape ntah, jadi polis partner ngan si ward. ward ms tgh berkawal ngan si jacoby kene tembak dgn orc, si jacoby kejar la orc penembak tu  tp malangnye orc tu lepas lari plak. dan si ward di goyah, adekah si jacoby tu belot kt dia ?

tetiba pada satu malam tu, diorg terima panggilan kecemasan. di tempat kejadian plak diorg terjumpa la sorg elf ni bernama tikka. tikka masa tu memiliki sebatang magic wand. dgn magic wand tu sesiapa pun akan dpt magic dan jadi org plg berkuasa kt bumi la kekdahnye. termasukla ngan polis2 skali belot nk dptkan magic wand tu. tikka, ward dan jacoby terpaksa melarikan diri dari gangster2 yg nak magic wand tu termasukla leila, sorg elf yg nak gunakan magic wand tu utk bangunkan semula the dark lord.

overal hakak kasik 8/10 utk movie ni. best. walaupun banyak gak mencarutnye. kesian kt jacoby hny sbb dia orc yg cuba nk buat sesuatu yg positif dia dihina dan dicaci. cuma citer ni takdela fairytale sangat, lebih pd ghetto la.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2017 08:51 AM | Show all posts


brawl in cell block 99 ni movie ganas. citer ni mengisahkan bradley thomas, lepas diberentikan keje, die pun terpaksala jd pengedar dadah utk sara hidup dia dan bini die yg tgh preggie anak pertama. ntah camne, satu hari tu bos dia suruh dia edar dadah, tp kene bawak 2 org partner yg die tak kenal/ mulanya dia taknak tp die follow je la bos dia suruh. ntah camne, polis ambush diorg, 2 org partner die tu menggila tembak2 polis and die pun terperangkap skali dan kene tahan polis. partner die sorg mati, sorg lg kene tangkap polis gak
akhirnye die pun kene penjara, dan masa die penjara, bos partner die td udah gi culik bini die dan ugut nak cacatkan baby dia melainkan kalau die masuk ke cell block 99 iaitu penjara maximum security yg takde sape pun boleh masuk dan bunuh christopher bridge. alih-alih rupenye, takde pon org nama christopher bridge tu, yg ada adalah bos partner die dan konco2nye yg cadang nk seksa bradley thomas sbb nk sebabkan kematian kawan die.  so apekah akan jadi seterusnye? hehehe

kalau korg suka adegan gasak-gasak tumbuk-tumbuk sampai pecah muka, tangan patah sampai kulit tertembus tulang, pijak-pijak sampai putus kepala sesuai la. bg aku, agak ngeri jugak adegan-adegan gasak dia.plg ngeri kene seret muka kat tanah sampai nampak tengkorak tp orgnye hidup lg. huhuhu akak kasi 3.5/5 utk movie ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2018 04:34 PM | Show all posts


tajuk jungle 2017

Ini adaptasi dari kisah benar. tahun 1980 pengembala bernama yossi harry potter travel ke bolivia untuk jalan2 masuk hutan amazon. beliau terjumpa guru marcus dan kelvin photograper,  Di La Paz beliau disapa Karl yang mana beliau beritahu  kononya ada lost indian tribe jauh dalam hutan dan mengajak mereka jalan2 masuk hutan.
mereka bermpat hiking masuk hutan. marcus cedera kaki. diorg pergi apolo naik flight, masuk kampung org asli moden yg pakai baju t-shirt. diorg naik bukit turn bukit makan monkey berhujan2 asik hujan saja musim hujan agaknya, bina rakit menyusur stream. karl kelihatan janggal dalam arahan2 dikatanan x pandai swim  dan marcus sangat lembik asik2 papa semua papa. mereka gaduh2 dan putuskan berpisah 2 group. marcus dan karl patah balik la paz guna jalan darat. harry potter dan kevin sambung naik rakit. semasa naik rakit mereka eksident dan terpisah. kelvin dijumpai oleh org kampung terdampar di tebing bawa Rurrenabaque, manakala harry potter tersadai diutan curiplaya jumpa tebing tinggi, snake, harimau, wanita dalam hutan, swamp selut, kerengga, bermimpi wanita.
kevin minta boatman sama2 cari harry potter dan menjumpainya. karl dan marcus dikatakan hilang tidak ditemui di La Paz. pemerintah mencari karl kerana menjalanakan kerja guide escot haram ke dalam hutan. lost indian tribe sebenarnya tiada.
sesiapa berminat film adventure dan survival boleh tonton. harry potter berlakon dgn bagus sekali

rating 7/10



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 09:45 AM | Show all posts


movie ni mengisahkan pasal 2 org tenis player di zaman 70an, yg masa tu women liberation tgh nk mencanak naik.. billie jean king ni tak puas ati sbb tournament yg die join tu offer duit kemenangan pd tenis player pompuan 1500 je, tp 100k utk lelaki. jadi die pun amek keputusan nk quit dan buat tournament sendiri yg khas utk wanita je. tgh struggle tu, dia tetiba udah jatuh cintan ngan sorg hairdresser, pdhal dia dah kawen ngan larry king.  bob riggs pulak sorg tenis player yg dh bersara dan berumur 55thn, tapi kaki judi smpi dia bet dia nak kalahkan pemain tenis wanita terbaik masa tu, margaret the arm. margaret kalah teruk smpi kene kutuk. billie jean yg tak puas ati ni pun, terima cabaran bob riggs utk berlawan plak. jadi la battle of the sexes yg merubah dunia pada masa tu.

sedikit amaran, citer ni best, tapi ada adegan2 hubungan lesbian dlm movie ni. laki billie jean, larry terhamatla baik smpi meols rs kesian plak. hapepun movie ni best, walaupun adat pertandingan ada kalah menang, tp ending die suma org menang. ha cam tu la. meols kasik 8.5/10 utk movie ni. tak sangka emma stone pandai berlakon.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 02:21 PM | Show all posts
Title: Luna De Miel
Year: 2015
Origin: Spain


Semalam tgk cerita ni kat Netflix. Mengisahkan seorang doktor ni, dia kesunyian. bila dia keluar rumah, ada seorang perempuan duduk kt kawasan kejiranan dia lalu depan dia sbb balik dari jogging & say hi dia. lama2 dia mcm berkenan dgn perempuan tu. bila diorang terserempak kt kedai runcit kawasan rumah, perempuan tu mcm ignore je dia.


satu hari, dia buat2 ada masalah nak tukar tayar kereta. lepas tu perempuan tu lalu & berenti tanya kenapa dgn kereta dia dan offer nak tolong. time perempuan tu tengah cari tools kt dlm bonnet kereta, doktor tu pi cucuk sedative kt butt perempuan tu, pengsan & terus culik (lepas tgk scene ni, rasa mcm takut pulak nak pegi jogging sorang2 ).


bila doktor tu bawa perempuan tu balik ke rumah dia, maka bermula la episod perempuan tu kena seksa. sebenarnye, doktor tu takde la jahat sangat2 pun. cuma dia taktau mcm mana nak express apa dia rasa kat perempuan tu. everytime perempuan tu resist, dia mula torture. antaranya kena taser, tuang acid dlm mulut perempuan tu. tapi x teruk sbb dia cepat2 bagi ubat. lps tu dia rape & dia siat kulit jari perempuan tu as a lesson sbb pmpuan tu cuba nak lari. then perempuan tu pikir, ok fine, dia chill. dia ckp dgn laki tu, ok aku x lari tapi bg aku chill & some freedom sbb dia stress teruk. so doktor tu bawak balik marijuana & share sama2. bila keadaan dah chill, dia cuba seduce doktor tu. time tu dia amik peluang lilit rantai besi kt leher doktor. malangnya, tak mati2 jugak. alaaaaaaa apa susah la sgt!


this time, doktor tu nak siat kulit muka perempuan tu pulak. tapi terganggu sbb tiba2 ada seorang laki ni which happened to be the girl's boyfriend stop by kt rumah tu. dia ada argument dgn doktor tu, langsung kena bunuh. time tu la perempuan tu dpt lepaskan diri dan bunuh doktor tu dgn rendam kepala doktor tu dlm acid.


i bagi 2.9 / 5 je sbb jalan cerita lemah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 09:11 PM | Show all posts
Edited by babydoll at 15-1-2018 09:14 PM

Title: Hindi Medium
Year: 2017
Origin: India

Mengisahkan suami isteri, Raj Batra & Meeta yg mempunyai seorang anak perempuan. Raj Batra ni businessman dlm industri tekstil, jadi blh dikatakan kaya la jgk. Dia dgn isteri dia dlu belajar kt sekolah dalam aliran Hindi. jadi bila diorang ada anak, diorang nak anak diorang, Pia masuk top schools kt Delhi.

So lps check semua top schools around Delhi, diorang decide nak masukkan Pia ke Delhi Grammar School. sekolah ni ada satu syarat, iaitu dia akan ambil students yg duduk 3km radius dari sekolah. diorang pun buat keputusan utk pindah ke Vasant Vihar. Vasant Vihar ni kawasan org kaya.

Selain dari kena duduk dekat dgn sekolah, diorang kene hadiri interview dari pihak sekolah tu. disebabkan diorang ni tak berapa pandai english, diorang pegi la jumpa consultant utk groom diorang bagi lepas interview dgn pihak sekolah. malangnya, x lepas sbb Raj Batra punya english hauk sgt. dia blh pi tulis surat hantar ke sekolah tu copy sebijik2 dari kamus

lps tu diorang dpt tau yg anak kpd salah seorang pekerja Raj Batra ni dpt masuk sekolah tu melalui program Right to Education. kiranya program ni khas utk bg peluang pada org yg kurang berkemampuan utk belajar kat sekolah tu. so diorang pun buat gila, bagitau kt jiran2 yg diorang pi holiday kt europe. padahal diorang pindah rumah duduk kt kawasan org miskin & acting like poor people. bila kat situ, diorang struggle sbb tak biasa hidup susah sgt2 sampai mcm tu sekali. tapi diorang ada jiran yg baik & selalu tolong Raj Batra dgn bini dia. jiran diorang ni taktau yg Raj Batra ni berlakon je jadi miskin.

one day, ada cikgu dari Delhi Grammar School ni dtg nk buat background check. dia dah suspek yg Raj Batra ni menipu. tp jiran dia yg baik tu ckp, maybe la dlu dia senang. skrng dah susah, nak buat mcm mana. lps tu kali kedua cikgu tu dtg, dia ckp kene bayar Rs 24,000 utk extra curriculum. Raj Batra kata ok, dia blh usahakan. well, dia mmg dh ada duit. mlm tu dia nk pi keluarkan duit dari atm. tetiba jiran dia nampak, ingat Raj Batra ni nak rompak bank. tengah dia tarik Raj keluar dari tempat atm, dia pi lompat kt kereta yg lalu, pastu mintak ganti rugi. duit ganti rugi tu dia bagi kt Raj utk bayar kat sekolah

so sapa yg join program RTE ni, pihak sekolah panggil utk buat undian nama sapa naik utk layak ke sekolah tu. akhirnya, Pia dapat, tp anak jiran dia yg baik tu tak x dpt. so diorang pack barang, balik ke rumah diorang kt Vasant Vihar. bila balik, diorang dah rasa bersalah dgn ape yg diorang buat. so diorang decide nak taja sorang je budak kt sekolah kerajaan. sekolah kerajaan diorang teruk gile weyhh! sedih i tgk. bila diorang pi melawat sekolah tu, tgk betapa daif nya keadaan budak2 tu belajar, Raj Batra ckp, ok,i sponsor satu sekolah.

jadi sekolah tu pn buat renovation, bdk2 dapat banyak buku utk belajar especially english. rupanya, anak jiran diorang yg miskin tu pn belajar kt sekolah tu jgk. yg ayah bdk tu happy gile sbb anak dia blh membaca dlm bahasa inggeris. dia kata, mustahil anak org miskin blh membaca buku bahasa inggeris cmni. so dia pi jumpa cikgu sekolah kerajaan tu nk berterima kasih. cikgu tu ckp, bkn dia, tp ada org yg sponsor semua ni. dia ckp, ok, dia nak pi jumpa dgn org tu.

bila dia pi rumah Raj Batra,Raj yg bkk pintu. Raj dah gelabah pastu dia berlakon yg dia keja kt rumah tu. yg jiran tu kata, ok xpala,jom kita buat sama2 sbb tuan rumah tu dh tlg anak dia & tolong Raj jgk. sekali kantoi maid Raj balik dari pasar, dia bising2, dah kenapa boss dia yg sapu sampah? baru la jiran tu tau yg Raj menipu. masih lg rasa bersalah, dia ckp ok, Pia keluar dari DGS, bg anak jiran dia masuk. rupanya, pengetua skolah tu pn corrupt. so dia pn keluarkan Pia, hantar masuk sekolah kerajaan yg dia sponsor tu.


i bagi 4.5/5. awal2 citer ni cm kelakar. lama2 baru tunjuk moral dari citer ni.

*sorry pjg pulak citernye


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 08:54 AM | Show all posts


malam td sis layan movie ni.  Godzilla monster planet.  movie mengisahkan planet bumi yg dah nak hancur sbb kebangkitan godzilla dan monster-monster lain.  masa bumi tgh struggle ni, muncul la dua alien race yg offer nk tolong musnahkan godzilla dgn mechagodzilla, tp malangnye tak berjaya. akhirnye, the human and 2 alien race terpaksala lari dr bumi dan terbang di angkasa mencari planet baru.
berpuluh-puluh tahun kemudian, kapten haruo sasaki, ugut nak letupkan satu kapal, sbb tak setuju dgn protokol kapal tersebut nk hantar orang tua-tua gi planet mane ntah konon-konon utk program eksplorasi planet baru. antara yg dihantar tu adalah atuk haruo, yg dh fed up duduk dalam kapal je. akhirnye haruo pun dipenjara, tp masa dipenjara tu, haruo dgn bantuan sekor alien bernama metphies, mulalah mengkaji camne nk hapuskan godzilla dan dapatkan balik planet bumi tu. dan hasil kajian tu disebarkan, sampai semua org yg mendesak utk try kaedah haruo tu sbb suma org dh desperate nk balik ke bumi.
populasi diorg ade 4k je, tp haruo mintak 600 org. dan masa diorg tiba di bumi, rupe2nye 20ribu tahun dah berlalu.   jd bermulalah ekspedisi diorg nk hapuskan godzilla.

sis suke movie ni. mmg mendebarkan. walaupun sekadar dubbing je, tp dubbing die pun best. cuma yg sis tak suke tu, godzilla dan mcm batu-batu. tak mcm raksasa pun. nampak kaku. sis kasi 8.5/10 utk movie ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 09:17 AM | Show all posts


Confessions (2010)
4/5*
Mystery/Thriller
Stars : Takako Matsu Masaki Okada Yoshino Kimura

Filem ini mengisahkan tentang seorang guru, Yuko yang akan meletak jawatan sebelum cuti musim bunga. Yuko memberitahu pelajarnya, oleh kerana ayah kandung kepada anaknya menghidap HIV +, beliau terpaksa membawa anaknya, Manami ke sekolah. Pada satu hari, Manami hilang dan akhirnya ditemui lemas dalam kolam renang di sekolah. Dengan penuh misteri, Yuko mendedahkan dua orang pelajar di dalam kelas itu telah membunuh anaknya, Manami. Yuko mengelarkan mereka sebagai Pelajar A dan Pelajar B. Yuko memaklumkan oleh kerana Pelajar itu masih muda, mereka dilindungi di bawah Undang-Undang Juvana dan hukuman yang dikenakan pasti tidak setimpal. Tindakan yang diambil oleh Yuko untuk membuatkan kedua-dua pelajar ini merana bukanlah tipikal pembunuhan, darah dibayar darah, tetapi lebih kepada psikologi. Keseluruhan filem ini berkisar pengakuan (confessions) daripada Yuko, Pelajar A, Pelajar B dan Mizuki (pelajar kelas itu juga) sebagai narrative (pencerita).

Bagi aku, filem ini agak unik dan memerlukan fokus yang cukup, sikit-sikit didedahkan kepada kita, tapi perjalanan filem ini ok dan wajib ditonton. Balas dendam yang cukup teratur. Pelakon yang best, cinematografi best.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2018 09:42 AM | Show all posts
Creepy (2016)
4.5/5*
Mystery/Thriller
Stars : Hidetoshi Nishijima

Filem ini mengisahkan tentang seorang bekas detektif, Takakura.  Seorang bekas rakan setugasnya Nogami meminta bantuan berhubung kes kehilangan satu keluarga 6 tahun lalu. Seorang dari ahli keluarga tersebut yang masih ada iaitu Saki. Takakura dan rakannya cuba menjejaki bukti2 yang ada berdasarkan memori dan maklumat dari Saki. Sementara itu, Takakuran baru berpindah di kawasan kejiranan baru. Seorang jiran mereka, Teruyuki mempunyai seorang isteri yang sakit dan seorang anak remaja, Mio. Ada sesuatu yang misteri tentang keluarga ini.

Filem ini wajib ditonton oleh peminat filem misteri. Filem ni memang memberi tekanan yang agak tinggi dan menguji kesabaran. Mula2 ada juga part yang slow tapi bila sampai tengah, memang best.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 12:15 PM | Show all posts
Bright ( 2017)



lead actor, will smith.
category fantasy.

Scott Ward & Jacoby are police officer and partners when duty. Scott ward is a human while Jacoby is an orc. They are living in the world with other entity such as elves, fairy and orc. Orc ni kire kasta paling rendah skali la..
satu hari, polis yang lain tak suke jacoby, then suruh ward bunuh jacoby sebab jacoby lepaskan young orc masa ward kene tembak.
tetibe ada sorang female elf ni dtg berlari suruh protect magic wand dari owner dia. masa tu la ward tembak tiga polis yang lain sebab suruh bunuh jacoby.
jacoby & ward mula2 tak caya dengan female elf tu. tapi bile diorang terkene kesan magic wand tu, dia takleh jauh dari owner dia..then baru diorang percaya. yang female elf tu pun bright.
kekuatan2 bright dalam cite nih fuhh..gile best. power betul..

rating iols bagi, 8.5/10



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 12:30 PM | Show all posts
Step Sister 2017 (netflix)



lead actor : megalyn echikunwoke.
category : university's life / comedy /fun

Jamilah (black) popular dengan sororrity club theta and ada black dance tradition iaitu step dance.
cita-cita jamilah untuk masuk harvard dengan perakuan dari mak ayah dia, tapi mak ayah dia tak bagi, then dia cube minta dari internal affairs office. tapi dengan syarat, dia perlu ajar SBB club step dance which is majority is white and major problem people.
Jamilah takda pilihan melainkan ajar SBB step dance. Effort dia dpt mcm2 ujian, bila theta dapat tau, kata jamilah betray their black tradition.

Rate 6/10..cerita ni fun, cume tak ckup kuat dari segi watak yang lain. but you'll be surprised with their ending.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2018 12:32 PM | Show all posts


movie ni mengisahkan sekumpulan angkasawan dr pelbagai negara yg berada di kapal Shepard. tujuan diorg naik ke angkasa tu adalah untuk mendapatkan tenaga bg menggantikan sumber bumi yg makin hilang.  salah sorgnye adalah Ava Hamilton, yg terpaksa tinggalkan laki die yg sgt sweet setelah diorg kehilangan anak-anak diorg dalam satu kejadian letupan di rumah.

ntah camne, usaha diorg ni asyikla gagal je. sampai la satu kali tu, diorg berjaya jugak dptkan tenaga tu. tp malangnye aliran tenaga tu sgt la tak stabil, sampaila diorg ni tercampak dalam satu dimensi lain.  masa kt dimensi tu diorg terjumpe sorg krew wanita misteri, yg kenal ava.  pastu bermacam2 la jugak perkara2 misteri lain berlaku dalam usaha diorg nak balik ke dimensi sendiri.

aku suke citer ni sbb byk benda yg tak disangka berlaku. unpredictable la. especially the ending. aku kasi 7/10 utk movie ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.284971 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list