‘Kawan mahu korek mata saya’
Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
Foto IRWAN MAJID
KAMARUL dan kakaknya, Nurul Syafiqah Mustafa Kamal, 17, berkongsi keistimewaan memiliki warna mata kebiruan.
BEAUFORT – “Ini mata betul, bukan pakai kanta lekap.” Demikian luah seorang kanak-kanak yang memiliki sepasang mata berwarna biru sehingga mencuri tumpuan para pengunjung di pekarangan Masjid Kampung Bingkul di Beaufort semalam. Menurut Kamarul Hisham Mustafa, 9, disebabkan keunikan warna mata itu, dia pernah berdepan dengan insiden orang mahu mencungkil matanya selepas menyangka dia memakai kanta lekap. Jika dilihat dari segi gelagat dan fizikal, Kamarul sama se-perti rakan sebayanya lain, cuma keunikan dan kelainannya terletak pada sepasang mata yang cantik. Anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik itu memberi-tahu, keistimewaan yang dimiliki tersebut diwarisi daripada ibunya, Rosdah Abdullah, 47, yang berdarah Melayu Brunei dan Pakistan. Kata Kamarul, ibunya memiliki warna mata biru pada sebelah kanan dan hitam pada bahagian kiri. “Selain ibu, kakak sulung saya juga memiliki warna mata yang sama manakala ayah, Mustafa Kamal, 48, dan abang mempunyai mata warna hitam. “Syukur saya dianugerahkan keistimewaan seumpama ini. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my
|