Dulu I mmg tak pandang kedai RM2. Adalah masuk sekali sebab kedai tu baru buka, besar pulak tu tapi barang makanan takat mcm meragukan jer. Tapi nasib I harini cari pisang terlebih masak tepi jalan kot2 terjumpa nak buat kek pisang. Kebetulan lalu depan kedai RM2, dekat maghrib takde orang. Huh terkejut & kagum I. Dia dah bukak tingkat satu lagi. Bab makanan pulak. Air soya marigold kotak besar RM2, Vsoy kecik x2 RM2, Chipsmore kecik RM2, Munchy's Lexus yang chocolate coated tu RM2 je (Bukak ada 5 je haha okey la sebab kalau yang 10 kat mall mau dah RM10), Noraini Cookies Butter Cookies RM2, slipper jepun untuk solat jumaat yang rege skrg berbelas ringgit cuma RM2 je kat situ, Kicap, sos tiram jenama Mahsuri yang lawa tu botol kecik cuma RM2 je, Pokky sticks pun ada.. dia dah berubah, semua makanan macam dah tak jual makanan made in china dah.. hampir semua made in kilang malaysia. Chocolate chip untuk kek pisang pun I rembat beli kat situ je RM2. Sebab satu cup kecil tu kalau kat mall harga boleh cecah RM4.
Then I google ni kedai RM2. Rupa-rupanya kedai RM2 skrg ni jadi satu sumber usahawan melayu jadi senang lenang dah. Modal dari bawah sikit dari RM800 untuk set gerai pasar malam, hinggalah RM33K hingga RM50K kedai besar siap bagi rak tolong atur barang semua, siap bagi warranty barang tak laku boleh pulangkan dalam masa 3 bulan untuk ditukar. Kenapa mampu jual RM2? Rupa-rupanya untuk setiap satu barang, pemborong jual pada kedai RM2 cuma RM1.60. Kedai RM2 yang besar-besar steady belas2 ribu untung sebulan, yang kedai kecik pun sales lepas sehari bukak RM500. Yang femes RM2 Eco shop Eco mart ke ape, yang ni tokey kedai RM2 besar dah ada berpuluh cawangan dia punya seluruh negara. Yang kagum lagi, sebenarnya tokey kedai RM2 ni sebenarnya memang pemborong / atau beli dari pemborong yang memang borong barang sampai dengan lori kontena. So memang tak mustahil harga murah, cara bisnes belakang tabir memang mega taraf-taraf tesco, mydin, giant dah diorang buat, cuma diorang tak jual pada end user kat mall sebab diorang mmg takde mall, tapi diorang ada hubungan meluas dengan network pemilik kedai RM2 seluruh Malaysia.
Dulu pernah beli biskut belvita kat tesco cuma RM2.70 kot sekotak (harga biasa rasanya dekat RM6) sebab nak perabis stok. So.. I yakin mmg harga kos barang2 sebenarnya cuma sekitar RM1 kalau beli melalui kontena pemborong, patutlah mydin kaya. Hahah raya nanti nak borong satu rak biskut-biskut kedai RM2. Lambak biskut dengan kotak-kotak terus senang. So I mmg dah kagum dah dengan konsep kedai RM2. Cuma pilihlah kedai RM2 yang menarik & bersih, yang macam tongkang pecah berhabuk tak payahlah masuk, kang mati pulak kene penyakit. Cuma takyahlah bawak awek dating kedai RM2 pulak, mau kena tinggal nanti, g lah midvalley tang tu, atau KWC ke untuk borong tshirt. hahaha.
Sesiapa yang baca sampai habis ini bonus lah: Resepi Kek Pisang Walnut Chip Choc. Ringkas, kacau adunan pakai sudu pun boleh buat ni. Takde walnut? Pakai kacang shandong ngan yin pun boleh.
Post time 8-5-2017 09:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
memang akan pegi kedai 2hengget untuk beli selipar jamban.. pastu pasu tanam pokok, bakul/besen cuci sayur, penyapu ke.. kiranya item yang kalau jahanam boleh terus campak tanpa rasa terkilan.. makanan lom pernah try..
Post time 8-5-2017 09:18 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by umbut at 8-5-2017 09:24 PM
Kedai favourite aku.. Makanan x pernah beli.. Cam was was.. Tapi brg2 rumah lain best sangat.. Boleh berbakul2 kalo shopping.. Tapi x leh lelama, panas.. Takda econ
Post time 8-5-2017 10:01 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mak aku suka ajk g shopping kat Eco or kedai 2inggit kt kmpung..dia tibai beli besen2 plstik sampah air2 gas botol besar tu sudip sudu plastik or pasu bunga2 gantung dia sampai ke rempah2 4sekawan nk masak tu.aku pun taktau ape benda je yg takde kt kedai 2inggit sume ada.
Biase je msuk utk beli brg2 umh, worth it la beli dgn nilai RM2 per unit brg . Kirenye brg yg dibeli tu kalau hilang or rosak ke xde la rasa ralat sgt sbb mmg murah. Tp, ade je yg than lma.
Post time 9-5-2017 04:01 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tmpt aku suka melanggut... asal tlalu ja mesti gedik nk singgah... asal singgah ja... mnjinjit aku beli brg...
Tp ECO tu xpnh pulak aku nmpk kt KL @ Sel... cer kabo area mna dia ada? Blh gak aku p site visit...