CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1515|Reply: 14

Dua Beranak Gilakan Coca Cola Kumpul Lebih 50,000 Koleksi

[Copy link]
Post time 5-5-2017 10:33 AM | Show all posts |Read mode
Lee Choon Chiek, 57 tahun dan anaknya Lee Jian Wen, 25, mempunyai hobi luar biasa iaitu mengumpul segala jenis barangan keluaran Coca Cola.


Dua generasi ini mengumpul pelbagai botol, tin, kotak, cenderahati, hiasan dan permainan keluaran jenama itu yang tersusun rapi dalam rumahnya yang terletak di Pumpong, Jalan Anak Bukit, Alor Setar.


"Inilah syurga kecil saya di dunia. Bermula dengan satu botol dan satu tin Coca-Cola yang saya dapat pada 1976, sedar-sedar koleksi kini dah mencecah 50,000 barangan," kata Lee kepada Astro Awani.


Foto: Astro Awani


Antara koleki kesayangan yang paling bernilai baginya adalah sebotol Coca-Cola keluaran khas sempena perkahwinan Puteri Diana (mendiang) dan Putera Charles yang berlangsung pada 29 Julai, 1981 di St Paul's Cathedral, London.


Lee juga pernah menerima jemputan ke perkahwinan anak lelaki Ketua Pegawai Eksekutif Coca-Cola Thailand dan menerima tin Coca-Cola berwarna perak yang mempunyai cetakan nama serta tarikh perkahwinan berkenaan.

"Namakan sahaja. Piala Dunia, Sukan SEA, Sukan Komanwel mahupun Olimpik yang menampilkan cetakan, bentuk, material tin dari aluminium atau botol kaca yang pelbagai, semuanya ada di rak ini," katanya bangga.


Dua beranak ini percaya nilai botol dan tin Coca- Cola yang pada masa ini hanya RM1 mungkin mampu mencecah ratusan malah ribuan ringgit pada masa hadapan.


Foto: Bernama


Anak lelakinya, Jien Wen menyatakan keazamannya untuk membuka muzium koleksi barangan Coca-Cola terbesar yang pertama di negara ini kelak.


Namun pelik, pemilik lebih dari 5000 botol Coca-Cola pelbagai bentuk dan rekaan ini sebenarnya langsung tidak minum minuman bergas itu.-CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2017 10:36 AM | Show all posts
kalaulah dia minum air coke tu, dah kena potong kaki dah tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 12:17 PM | Show all posts
wowwwwwwwwww nice koleksi
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
ni mcm koleksi budak2...dulu saya pun cuba collect, tapi tak sampai berapa botol dah buangkan kesemuanya
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 12:30 PM | Show all posts
helloo ...org nak tgk gamba2 collection bukan tuan punya collection
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit... Duit... Duit...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2017 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols ada koleksi gambar2 ratu cantik.. Masa zaman sekolah dulu gigih kumpul dr surat khabar, majalah etc.. Sampai 6 fail.. Tp lps abis sekolah aktiviti mengumpul terhenti..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
woowwww gila banyakkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2017 04:04 PM | Show all posts
good job..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 04:40 PM | Show all posts
wow. jual balik laku ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 5-5-2017 12:30 PM
helloo ...org nak tgk gamba2 collection bukan tuan punya collection

tahu xpe..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 5-5-2017 12:30 PM
helloo ...org nak tgk gamba2 collection bukan tuan punya collection

tahu x aper
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Hobi org nie mmg mcm2 kan. Suka hati la asal depa bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2017 12:42 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2017 12:42 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.064721 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list