GEORGETOWN – Seorang kanak-kanak berusia lima tahun kini koma selepas terjatuh dari ketinggian hampir mencecah 10 meter ketika bermain inflatable bouncer (gelongsor belon), lapor Harian Metro.
Dalam kejadian di kediaman mereka di Persiaran Sungai Gelugor, Ahad lalu, Syarul Ariel Fifqi Mohd Azriq, 5, terjatuh ketika bermain permainan berkenaan yang disewa khas daripada sebuah syarikat katering.
Ibu mangsa, Norsyaliza Yahaya, 32, berkata, dia mengadakan majlis sambutan hari jadi untuk bapanya dan menyewa peralatan permainan berkenaan untuk kanak-kanak yang dipasang di hadapan rumah mereka oleh pekerja katering pada jam 3 petang.
Kemudian Syarul Azriel bersama sepupu yang lain bermain peralatan gelongsor berkenaan.
“Bagaimanapun setengah jam selepas itu, anak saya terjatuh kerana alat permainan itu terbalik dan kepalanya terhentak di atas tar dan menyebabkan dia tidak sedarkan diri.
“Dalam keadaan kelam kabut itu, saya terus membawa anak ke hospital dan dia menjalani ujian MRI sebelum doktor mengesahkan ada keretakan serta pendarahan di kepalanya,” katanya.
Mangsa kini masih dalam keadaan koman di Unit Rawatan Rapi Hospital Lam Wah Ee.
Menurut Norsyaliza, berikutan kejadian itu, Syarul Azriel menjalani dua pembedahan di otak kiri dan kanan pada hari yang sama dan kini masih belum sedarkan diri.
“Doktor memberitahu tempurung kepala anak saya pecah serta sebahagian daripada otaknya rosak dan saya tidak tahu apa yang bakal berlaku kepada anak saya selepas ini,” katanya.
Norsyaliza kesal dengan syarikat katering berkenaan yang dilihat cuba mengambil sikap lepas tangan kerana pekerja yang memasang peralatan berkenaan tidak melakukannya dengan betul.
“Saya difahamkan, sepatutnya pekerja yang memasang peralatan terbabit mengikat tali untuk mengelak daripada terbalik. Namun mereka tidak melakukannya.
“Selain itu saya turut kesal kerana pihak syarikat terbabit langsung tidak bertanya khabar dan bersemuka dengan kami untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah itu,” katanya.
Ekoran kejadian itu, Norsyaliza membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik syarikat katering berkenaan.
Sementara itu, pihak katering telah memberi keterangan kepada pihak polis dan berserah kepada mereka untuk mengambil tindakan undang-undang kerana kejadian yang berlaku sebenarnya adalah kemalangan dan bukan kecuaian mereka.
Pemilik syarikat katering yang tidak mahu didedahkan nama itu berkata, sepatutnya pengawasan kanak-kanak ketika bermain peralatan itu adalah tanggungjawab ibu bapa dan pihak katering tidak sepatutnya dipersalahkan.
“Semua perjanjian itu memang sudah ada dalam syarat ditetapkan pihak syarikat dan tugas kami hanya memasang peralatan tersebut.
“Pekerja kami sudah melakukan apa yang termampu dan saya rasa kejadian ini berlaku mungkin disebabkan aksi kanak-kanak terbabit yang aktif ketika bermain sehingga membuatkan peralatan itu terbalik.
“Jika terlalu ramai kanak-kanak bermain, memang mereka sukar dikawal dan disebabkan itu kami meletakkan syarat meminta penjaga mengawasi tingkah laku anak-anak mereka sendiri dan tidak menyerahkan tugas itu kepada pekerja syarikat,” katanya.
Dalam kenyataan kepada Harian Metro itu, pemiliknya turut menjelaskan pihaknya ada menghubungi keluarga mangsa untuk bertanya khabar serta mengetahui perkembangannya.
Namun buat masa ini mereka enggan bertemu dengan keluarga berkenaan kerana sudah menyerahkan kes itu kepada polis untuk siasatan lanjut.
“Jika keluarga berkenaan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap kami, itu terserah kepada mereka kerana bagi saya, pekerja mengikut prosedur ditetapkan ketika memasang peralatan terbabit,” katanya lagi
Georgetown: Luluh hati seorang ibu apabila melihat anak lelaki yang dulunya aktif kini terlantar dan bertarung nyawa selepas terjatuh ketika bermain ‘inflatable bouncer’ (pemantul boleh kembung) di rumah mereka di Persiaran Sungai Gelugor, di sini, Ahad lalu.
Kakitangan swasta, Norsyaliza Yahaya, 32, berkata, anak bongsunya, Syarul Ariel Rifqi Mohd Azriq, 5, kini koma dan berada di Unit Rawatan Rapi Hospital Lam Wah Ee kerana jatuh dari ketinggian hampir mencecah 10 meter ketika bermain inflatable bouncer yang disewa khas daripada sebuah syarikat katering.
Menceritakan kembali kejadian itu, Norsyaliza berkata, dia mengadakan majlis sambutan hari jadi untuk bapanya dan menyewa peralatan permainan untuk kanak-kanak itu daripada syarikat katering di Kulim, Kedah.
Menurutnya, permainan terbabit dipasang di hadapan rumah mereka oleh pekerja katering jam 3 petang dan anak lelakinya bersama sepupu yang lain bermain peralatan gelongsor berkenaan.
“Bagaimanapun, setengah jam selepas itu, anak saya terjatuh kerana alat permainan terbabit terbalik dan kepalanya terhentak di atas tar hingga membuatkan dia tidak sedarkan diri.
GEORGE TOWN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun kini terlantar koma sejak seminggu lalu selepas terjatuh ketika bermain permainan ‘inflatable bouncer’ di kediamannya di Persiaran Sungai Gelugor, George Town, Ahad lalu.
Akibat kejadian itu, Syarul Ariel Rifqi Mohd Azriq mengalami kecederaan di kepala dan terpaksa melalui dua kali pembedahan bagi membuang darah beku di bahagian kiri dan kanan kepalanya.
Ibu kanak-kanak itu, Norsyaliza Yahaya, 32, anak bongsu dari dua beradik itu terjatuh dari ketinggian mencecah 10 meter dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang.
Menceritakan peristiwa itu, Norsyaliza berkata dia mengadakan majlis sambutan hari jadi untuk bapanya dan menyewa peralatan permainan untuk kanak-kanak itu daripada sebuah syarikat katering di Kulim, Kedah.
Menurutnya, permainan itu dipasang di hadapan rumah mereka oleh pekerja katering pada petang hari kejadian apabila anak lelakinya bersama sepupu bermain peralatan gelongsor itu.
“Peralatan itu dipasang terbalik. Apabila beberapa orang kanak-kanak naik ke atasnya, sekali gus ia jadi tak stabil,” kata Norsyaliza.
Berikutan kejadian itu, mereka membawa Ariel Rifqi ke hospital untuk rawatan sebelum doktor memaklumkan perlu melakukan pembedahan segera bagi membuang darah beku di kepalanya.
Katanya, selepas pembedahan di bahagian kanan kepala anaknya selesai, doktor kemudian memaklumkan terdapat masalah lain di bahagian kiri kepala mangsa menyebabkan satu lagi pembedahan terpaksa dilakukan.
Kata Norsyaliza, beliau kesal apabila alat permainan itu dipasang tanpa mengikut piawaian ditetapkan kerana tidak diikat dengan tali sekali gus menyebabkannya mudah terbalik.
Katanya, satu laporan polis turut dibuat selepas kejadian itu.
Post time 29-4-2017 09:58 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kakak ni kene study dulu ttg safety play equipment dan material yg sepatutnye. Biase play area supplier akan letak play equipment atas EPDM bukan atas tar. Pasir pun org dah lama x apply untuk playground. Moge anak ni sembuh sepenuhnye.
Post time 29-4-2017 10:19 AMFrom the mobile phone|Show all posts
pooh~key replied at 29-4-2017 10:06 AM
sister janganlah sentap dengan ajaran anutan sister sendiri iya. nah lagu untuk merawat hati sis y ...
Sbg seorang muslim, agama saya mementingkan akhlak yg baik, wajar untuk miliki sifat empati dn simpati. Saya sekadar kesal kenapa harus ada insan lain memberi komen memperlekehkan kecelakaan yg dialami seseorang. Tidak dpt banyak membantu, berilah doa semoga cepat sembuh sekalipun kalau yg kecelakaan itu tidak seiman. Sembunyikanlah rasa sombong kita kerana mungkin sje esok lusa, jgn kita atau sanak sdra ditimpa malang yg lebih parah lagi.