Foto: www.psychologytoday.com
"Lucky I'm in love with my best friend, Lucky to have been where I have been."
Terngiang-ngiang lagu dendangan Jason Mraz ini yang menyatakan betapa bertuahnya jika kawan baik sendiri menjadi pasangan hidup anda!
Benar kata orang, seorang lelaki tidak boleh menjadi sekadar teman biasa kepada seorang wanita kerana akhirnya pasti akan menimbulkan rasa cinta.
Jika saat ini anda mempunyai kawan baik lelaki yang sentiasa mendampingi anda dalam situasi baik dan buruk, kemungkinan besar dia adalah jodoh anda.
Ini antara alasannya mengapa kawan baik lelaki adalah calon suami yang terbaik untuk diri anda:
1. Dia tahu sisi baik dan buruk dalam diri anda
Kalau bercinta dengan seseorang, pastinya anda hanya ingin dia melihat sisi yang baik sahaja dari diri anda. Namun berbeza situasinya dengan kawan baik, anda selesa menjadi diri sendiri. Ini merupakan antara elemen terpenting dalam sesuatu perhubungan kerana seorang wanita amat memerlukan lelaki yang boleh menerima dirinya seadanya.
2. Tidak perlu menyembunyikan perkara silam
Tak payah susah-susah beritahu tentang zaman percintaan anda dengan bekas-bekas kekasih dahulu sebab semuanya dia sudah tahu. Begitu juga sebaliknya,jadi apa kata belajar tentang kesilapan lalu dan mulakan yang baru dengan teman baik sendiri.
3. Selesa menjadi diri sendiri
Tak perlu serabut kepala mahu berdiet atau sentiasa kelihatan cantik bila mahu keluar bersama. Ini kerana teman baik anda memang dari dulu sudah mengetahui perangai dan rupa anda walaupun tanpa solekan atau tidak mandi.
4. Selalu ada topik menarik untuk berbual
Lucunya bila bercinta dengan kawan baik sendiri, anda berdua pasti tidak akan kekeringan idea atau topik untuk dibualkan. Ada sahaja celoteh dan kadang-kadang bila masing-msing diam pun tetap boleh bergelak ketawa juga.
Foto: giphy.com
Nah, terbukti kawan baik sendiri adalah jodoh yang terbaik buat dirimu. Kalau ada di kalangan anda yang jatuh cinta kepada kawan baik sendiri, mengapa harus menyembunyikannya lagi?
Tiada salahnya membawa persahabatan ini ke tahap yang lebih serius. Lagi pula, memang anda sudah serasi bersama dia dari dulu lagi, bukan? -CARI |