CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1146|Reply: 6

Hanya Bungkusan Kain, Ancaman Bom Palsu Berhampiran Wisma Bernama

[Copy link]
Post time 18-4-2017 09:54 AM | Show all posts |Read mode
Pihak polis mengesahkan bungkusan yang ditemui berserta satu nota ugutan di sebatang pokok berhampiran kawasan letak kenderaan Wisma Bernama di Jalan 1/65 A, Off Jalan Tun Razak semalam, bukan bom.


Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata pemeriksaan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur mendapati bungkusan kain batik itu hanya mengandungi sebotol minyak masak.


Pada 8.03 malam, Unit Pemusnah Bom itu memusnahkan bungkusan berkenaan dengan alat pemusnah selepas selesai melakukan siasatan menyeluruh di kawasan itu.


sumber foto: Bernama



Petang semalam, kakitangan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) gempar dengan penemuan bungkusan itu yang diletakkan di bawah sebatang pokok berhampiran kawasan letak kenderaan Wisma Bernama.


Bungkusan itu, yang dibaluti kain batik, disertakan dengan sekeping nota ugutan terhadap dua agensi kerajaan.


Dilaporkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa diarah ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan daripada Bernama pada 5.33 petang semalam.


Selepas itu, beliau memeriksa rakaman kamera litar tertutup bagi melihat pergerakan di Jalan 1/65 A bagi tempoh awal pagi hingga petang tadi.


Beliau kemudian menghubungi pihak polis dan Balai Bomba dan Penyelamat berkenaan.- CARI

sumber foto: Bernama





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2017 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
walau pun palsu tetap kena berjaga2..mcm2 boleh berlaku tanpa sedar..mgkin tue adlh amaran..psl kes ape laa smpai wat mcm nie..kes ape y bhya sgt reporter bernama tengah csi?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 10:40 AM | Show all posts
ya...itula taktiknya nak bagi org sangkakan benda tu hanya gurauan, smpai satu masa nti dia letak real bom... kebabommm!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 11:21 AM | Show all posts
hurm,.. mesia masih aman...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 11:29 AM | Show all posts
sape punya kije mnyusahkan org ni!
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 11:32 AM | Show all posts
Gurau kasar nampaknya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2017 12:14 PM | Show all posts
eeee gurau tak kena gaya ooi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.088343 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list