CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 710|Reply: 0

Kes Kahwini Perogol: Pengamal Media Jangan Hanya Tahu Mensensasikan Sahaja!

[Copy link]
Post time 6-4-2017 10:30 AM | Show all posts |Read mode
Kenyataan Datuk Shahabuddin Yahaya, Ahli Parlimen Tasek Gelugor berhubung tiada menjadi masalah mangsa yang dirogol dikahwinkan dengan perogol terbabit telah mencetuskan kontrovesi di kalangan masyarakat.


Rata-rata mengecam beliau dan menganggap hujahan itu tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang Ahli Parlimen yang dihormati ramai.


Akan tetapi setelah meneliti ucapan Datuk Shahabuddin Yahaya, MP Tasek Gelugor semasa perbahasan usul berkaitan perogol yang berkahwin dengan orang yang dirogol, jelas dalam awal ucapannya, dinyatakan rogol adalah jenayah. Si perogol perlu dihukum mengikut peruntukan undang-undang. Tetapi ada banyak kes, perogol berkahwin untuk tutup kes. Pihak polis bertindak mengikut laporan polis.


Tambah beliau, jika tiada laporan polis, atau laporan polis ditarik, bermakna tiada kes utk disiasat sebab orang yang mendakwa dirogol telah menarik balik laporan yang dibuat. Tanggungjawab itu berbalik semula kepada tanggungjawab wali. Harus diingat juga, apa-apa hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur, walaupun hubungan suka sama suka, akan turut dikira sebagai rogol.


Manakala perbahasan usul berkenaan mengharamkan perkahwinan kanak-kanak bawah umur 18 tahun, beliau memasukkan klausa mengharamkan perkahwinan kanak-kanak bawah umur 18 tahun dalam Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak.


Datuk Shahabuddin yang juga merupakan bekas hakim mahkamah syariah jelaskan melalui enakmen negeri, perkahwinan bawah umur dibenarkan dengan syarat diberi kebenaran mahkamah. Maknanya, mereka hanya boleh berkahwin selepas hakim mahkamah syariah membuat pertimbangan mengikut keadaan yang dirasakan wajar oleh hakim tersebut.


Dan apabila dibaca artikel The Star ini, langsung tidak dinyatakan hujah berkaitan kebenaran daripada hakim tersebut. Berkenaan umur 9 tahun yang dinyatakan, Datuk Shahabuddin memberi gambaran bahawasanya seseorang perempuan itu sampai akil balighnya ada yang seawal usia 9 tahun.


Hujahnya sekadar memberi contoh pengalaman sebagai seorang hakim; seseorang yang sudah akil baligh, secara asasnya mereka sudah boleh berkahwin. Tetapi ia hanya terpakai selepas hakim meneliti perkara itu dengan sewajarnya dengan mengambil kira perkara-perkara lain.


Jadi sebagai pengamal media wajar lebih berintegriti dalam laporan yang ditulis. Bila hendak 'quote' seseorang, quote sepenuhnya. Jangan menulis sehingga memberi gambaran salah. Itu tidak betul.


Berikut adalah rakaman penuh sesi perbahasan usul Datuk Shahabuddin Yahaya. Pembaca Cari Internet menilai sendiri sejauh mana kebenaran isu kontrovesi tersebut.- CARI


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.497127 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list