Bawang putih tidak hanya digunakan sebagai bahan masakan sahaja. Anda juga boleh meningkatkan kesihatan tubuh jika mengambil bawang putih sebelum tidur secara rutin.
Foto: Thinking Humanity
Memetik portal boldsky.com, berikut adalah beberapa manfaatnya:
Mencegah pembekuan darah
Makan bawang putih membantu mencegah darah beku atau pembuluh darah tersumbat yang boleh mengganggu kelancaran aliran darah.
Merawat demam selesema
Foto: Paleo Lifestyle Doctor
Makanlah bawang putih sebelum tidur untuk meredakan hidung tersumbat, sekali gus menyembuhkan demam selesema.
Mengurangkan gas dalam perut
Foto: Medical Daily
Bawang putih merupakan penawar terbaik bagi membantu mengurangkan gas dalam perut. Tapi jaga-jaga! Pengambilan bawang putih berlebihan boleh bawa kesan buruk kepada perut anda.
Mencegah barah
Bawang putih mengandung agen antikanser. Mengamalkan mengambil bawang secara teratur sebelum tidur mampu mencegah kanser kolon (kanser usus).
Menghilangkan Ketuat
Foto: North Austin Foot & Ankle Institute
Bawang putih juga boleh merawat ketuat yang disebabkan virus Human Papilloma (HPV) dengan hanya mengosok bawang putih ke kawasan ditumbuhi ketuat.
Menurunkan kolesterol
Bawang putih adalah ubat atau penawar semula jadi untuk mencegah pengumpulan plak dalam arteri, sekali gus bermanfaat menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
Itulah antara manfaat yang boleh anda perolehi jika makan bawang putih sebelum tidur. Namun, pastikan anda menggosok gigi selepas memakan bawang putih untuk mencegah mulut berbau. - CARI |