View: 1848|Reply: 7
|
Sembelih & Jual Ikan Lumba-lumba, Hukuman Mati Menanti Tiga Suspek
[Copy link]
|
|
Petang kelmarin, netizen dari China membuat laporan kepada pihak polis apabila mereka melihat seseorang sedang menyembelih ikan lumba-lumba berwarna putih di tepi jalan di Pekan Selatan, Bandar Zhuhai.
Menurut laporanTencent, setelah membuat penelitian gambar yang dimuat naik oleh netizen, pakar akuatik mengesahkan haiwan yang ditunjukkan itu adalah ikan lumba-lumba jenis Sousa Chinensis menerusi rupa bentuk dan warna badannya serta saiz kepalanya.
Setakat ini siasatan telah dijalankan oleh jabatan perikanan dan tiga suspek yang terlibat telah pun diarah hadir ke balai polis untuk bantu siasatan.
Bangkai-bangkai ikan lumba-lumba itu telah dihantar ke bahagian teknikal untuk mengesahkan haiwan yang disembelih itu adalah merupakan ikan lumba-lumba putih jenis Sousa Chinensis.
"Kejam betul mereka itu, sanggup menyembelih haiwan comel itu. Pada masa itu, saya tidak berani langsung untuk rakam keadaan berdarah itu."
Dengan gelaran 'Panda Di Atas Laut', Ikan lumba-lumba jenis Sousa Chinensis merupakan haiwan perlindungan peringkat kebangsaan kelas pertama bagi China dan telah disenaraikan oleh Konvensyen Perdagangan Antarabangsa sebagai haiwan mamalia unik yang semakin pupus.
Kesalahan membunuh ikan lumba-lumba adalah hukumannya adalah bersamaan dengan kesalahan membunuh panda, iaitu hukuman mati mandatori.- CARI
sumber foto: www.52qixiang.com
sumber foto: www.52qixiang.com |
|
|
|
|
|
|
|
Padan dengan muka... patutnya bagi hukuman sembelih & kerat 30 pastu campak kat singa... |
|
|
|
|
|
|
|
comeinyaaa .......
wahhhh dahsyattt ni.....kene hukum bunuhhhhh terus....tapi bagussss |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab diaorg ni lah (china) punca pupusnya haiwan kat dunia...realiti. |
|
|
|
|
|
|
|
Jepun pun sama.. paling suka consume sgala mak nenek paus tmasuk jenis yg nak pupus tu.. kalau somalia tak apa kot ni negara kaya raya cukup makan |
|
|
|
|
|
|
|
laaaa isk depa ni laaa isk
hmm....haiwan apa apa pun depa hentam ye? walaupun diwartakan haiwan perlindungan? |
|
|
|
|
|
|
|
Dolphins tu cuma ikan, dan ikan tu utk dimakan, dan nanusia makan ikan??? So whats the problem?? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|