CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5393|Reply: 39

Gincu Perisa Kari Ayam di Pasaran

[Copy link]
Post time 30-3-2017 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by NormanJB at 30-3-2017 03:15 PM

Apabila bercakap mengenai alat solek, apa perkara pertama yang terlintas di fikiran anda, golongan wanita bukan? Dan bagi mereka yang mementingkan penjagaan diri, benda asas yang wajib dibawa bersama adalah gincu.

Bagi pengasas produk kecantikan pula, setiap produk yang dikeluarkan pastinya mempunyai kekuatan tersendiri untuk kelihatan berbeza daripada produk yang sudah ada di pasaran, sekaligus mampu menarik pelanggan.

Itu yang dilakukan oleh sebuah syarikat katering dari Singapura, yang memutuskan untuk menghasilkan jenama gincu mereka sendiri dengan memperkenalkan gincu eksklusif beraroma kari! Kedengaran macam menyelerakan, bukan?

Syarikat tersebut, Neo Garden Catering mengeluarkan gincu edisi itu sempena sambutan ulang tahun ke-25 pada tahun ini, khas buat para pelanggan setia mereka.

Menurut kenyataan di laman Facebook, gincu eksklusif itu, yang juga merupakan produk kecantikan sulung yang dikeluarkan mereka dipanggil “Curry Bombshell”, berwarna oren dan dikatakan berbau seperti kari ayam popular mereka.

“Memecah tradisi untuk ulang tahun ke-25 pada tahun ini, kami berasa bangga untuk memperkenalkan kejayaan pertama kami di dalam bidang kosmetik, gincu beraroma kari eksklusif dibuat untuk peminat setia kami sahaja.

“Satu daripada jenis, pelembab gincu berwarna dengan rempah ratus dan kebaikan daripada Signature kari ayam kami,” demikian kenyataan tersebut.


Gincu berperisa kari yang dilancarkan ada 27 Mac lalu turut mengandungi bahan-bahan seperti kelapa, cili, serai serta 100 peratus bahan semula jadi, untuk memastikan bau gincu dan rasa ‘pedas’ adalah sama dengan kari ayam sebenar.


Neo Garden Catering ditubuhkan sejak tahun 1992 dan diberi nama "Neo Garden Restaurant”, yang turut menjalankan perkhidmatan penghantaran ke rumah dan menyediakan khidmat katering untuk acara-acara tertentu.

Malah, sebuah video rasmi sempena pengenalan produk kecantikan tersebut turut dimuat naik di laman Facebook mereka.
Mungkin sudah tiba masanya pencinta kari ayam untuk mencuba gincu ini, kerana siapa tahu, mungkin produk kecantikan berperisa kari ini mampu menembus pasaran antarabangsa.

Sumber - MD

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2017 03:34 PM | Show all posts
Motif nak ada perisa kari bagai kowser
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak teringin
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 04:05 PM | Show all posts
Dah kenapa bibir pun nak diletaknya bau kari
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 04:08 PM | Show all posts
perisa kari .. pastu pakai pulak masa bulan posa...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 04:12 PM | Show all posts
wth perisa kari??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2017 04:25 PM | Show all posts
mohon buat perisa sambal tempoyak & belacan utk market malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 04:26 PM | Show all posts
dh syarikat katering pun sibuk nk buat lipstick tu yg keluar perisa kari..ingt dr india td
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2017 04:26 PM | Show all posts
nt nk request perisa asam pedas lah pulak
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 04:53 PM | Show all posts
Nenek nak order perasa ayam masak merah..... mesti merah MakNgah!
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 04:57 PM | Show all posts
warna dah cantik...tp perisa kari ewwww

kalau buah2an tu ok lah
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 10:17 PM | Show all posts
perisa sambal petai dlm perancangan
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 08:14 AM | Show all posts
Gincu ni sesuai untuk gadis yang nak mengorat tauke kedai mamak
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 03:11 PM | Show all posts
ntah apa2 lah dorg ni..perisa buah tu boleh terima lagi lah.. aku request perisa petai atau jering..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 04:13 PM | Show all posts
mohon lepas ni buat perisa ketiak mamak
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
x kiss da husbnd klau pkai lipstick ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2017 10:52 PM | Show all posts
Bolehlah sapa2 nak diet lapar jilat je bibir. cukup laaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2017 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
tk lalu nk gna
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2017 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila btoi aihhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2017 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm minyak kari terlekat kat bibir hahahaha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.934094 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list