Baru-baru ini, pasukan bola sepak Argentina yang dikenali Racing Club de Avellaneda, ketika dalam penerbangan pulang ke Buenos Aires, tanpa disedari apabila pesawat bersedia untuk berlepas, tiba-tiba pintu kabin pesawat terbuka.
Namun, mujur pada masa itu salah seorang pemain dalam pasukan itu menyedari masalah pintu itu dan berjaya menyelamatkan nahas penerbangan yang mungkin berlaku.
Memetik laporan Daily Mail, beberapa minit sebelum pesawat berlepas, salah seorang pemain mendapati pintu pesawat itu kelihatan bermasalah.
Dia dengan segera menjerit minta pesawat berhenti dari berlepas, dan tindakan itu berjaya menarik perhatian krew kabin. Ketua juruterbang serta-merta memadamkan enjin setelah mengetahui terdapat masalah dan berjaya mengelak nahas penerbangan yang mungkin terjadi.
Kejadian itu sebenarnya berlaku pada 19hb Mac iaitu Ahad lalu, namun sehinggalah pada Khamis lalu iaitu 23hb Mac, rakaman video itu dapat diketahui umum.
Sebelum itu, terdapat sebuah pasukan bolasepak mengalami nahas udara iaitu pasukan Brazilian Chapecoense ketika dalam penerbangan ke Columbia.
Kapal terbang yang dinaiki dilaporkan terhempas yang disyaki kerana masalah kekurangan petrol, dan seramai 19 pemain mati dalam nahas tersebut.- CARI
Jet or turbine engine guna JET A-1 fuel, which is kerosene based.
Jet A-1 ni kalau cucuh dengan lighter or mancis sahaja susah api nak menyala kerana quality lagi teruk dari kerosene biasa yang buat lampu tu. For jet engine kena spray minyak ni into vapour untuk hasilkan flame.
For small plane yang guna internal combustion engine untuk pusing kipas, guna piston macam engine kereta guna Aviation Gasoline, yang quality dia the much better than petrol.