View: 1521|Reply: 2
|
Tragis! Kapal Pelarian Berlanggar, Lebih 200 Orang Mungkin Mati Lemas
[Copy link]
|
|
Kumpulan Bantuan dan Menyelamat dari Sepanyol yang dikenali "roactva open arms" memaklumkan, kapal yang membawa golongan pelarian mengalami pelanggaran di luar persisiran Laut Libya, dan berkemungkinan lebih 200 orang pelarian menemui ajal dalam kejadian tersebut.
Memetik laporan BBC, ahli kumpulan tersebut Laura Lanuza berkata, mereka menemui lima mayat berhampiran dua buah kapal yang berkecai akibat pelanggaran yang berlaku, difahamkan kedua-dua kapal itu masing-masing boleh menampung seramai 100 orang.
Pasukan pengawal keselamatan pantai dari Itali yang turut serta dalam operasi menyelamat mengesahkan lima orang maut dalam nahas tersebut, namun jurucakapnya pula beritahu BBC, mereka tidak menerima isyarat minta pertolongan daripada sebarang kapal.
Jadi jumlah mangsa kematian yang dikemukakan oleh "roactva open arms" itu buat masa ini tidak dapat dikenalpasti.
Selain itu, "roactva open arms" turut menegaskan, mereka yakin sekurang-kurangnya 240 orang maut dalam nahas tersebut berikutan kapal pelarian berkenaan sering membawa muatan berlebihan.
Lebih malang lagi, kerajaan Eropah selama ini mengambil ringan kehadiran golongan pelarian, maka mereka tidak ambil kisah pun kemalangan kapal yang dialami oleh pelarian.- CARI
sumber foto : www.bbc.com
sumber foto : www.bbc.com
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa artikel ko banyak
ni cerita orang mati, mana boleh ko tersipu2 gelak mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
bukan dia yg taip emotican tu.. ni sb simbol2 lah
bila duk dekat tanpa space, dia akan jd emotican gtu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|