View: 1728|Reply: 14
|
Empat Tahun Berturut-turut, Bill Gates Masih Orang Terkaya Dunia
[Copy link]
|
|
Bill Gates kekal sebagai individu terkaya di dunia untuk empat tahun berturut-turut.
Berdasarkan senarai bilionair Forbes 2017, Gates mempunyai kekayaan AS$86 bilion (RM380.68 bilion), meningkat berbanding AS$75 bilion (RM331.99 bilion) tahun lalu.
Ketua Berkshire Hathaway, Warren Buffett, menduduki tempat kedua dengan kekayaan bernilai AS$75.6 bilion (RM334.64 bilion), meningkat berbanding AS$60.8 bilion (RM269.13 bilion) pada 2016.
Individu ketiga terkaya di dunia dipegang pengasas e-dagang Amazon, Jeff Bezos, dengan nilai kekayaannya meningkat daripada AS$27.6 bilion (RM122.17 bilion) kepada AS$72.8 bilion (RM322.25 bilion).
Beliau tersenarai buat pertama kali sebagai individu terkaya ketiga di dunia dalam senarai Forbes itu.
Sementara itu, dalam kalangan bilionair Malaysia yang tersenarai ialah Robert Kuok, yang menduduki tempat ke-115 dengan kekayaan bernilai AS$11.4 bilion (RM50.46 bilion); Quek Leng Chan (tempat ke-202 dengan kekayaan bernilai AS$6.8 bilion (RM30.1 bilion).
Dalam senarai bilionair Forbes 2017, jumlah bilionair di dunia meningkat 13 peratus kepada 2,043, sekali gus menjadikan ia tahun rekod bagi jumlah bilionair tertinggi.- CARI
sumber foto: http://beritahati.com |
|
|
|
|
|
|
|
Respek Bill Gates sangat-sangat.
Walaupun kaya tahap dewa tapi tak pernah sesekali post kan gambar kereta Honda Civic dia kat socme bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
org kaya raya
org kaya
orang baru nak kaya
org kaya hutang
amat berbeza sekali
|
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 22-3-2017 12:51 PM
org kaya raya
org kaya
Aku setuju statement ko ni.....mmg kelakar bunyi nye tp sampai kepada maksud.... |
|
|
|
|
|
|
|
kaka part time hape kaka...
saje sebok nak tau
|
|
|
|
|
|
|
|
Bengong ko spendey, mmg lah dia x posing dpn hondasibik sbb dia x pakai kete tu....lol
|
|
|
|
|
|
|
|
SUltan Brunei USD24 Billion jer?? |
|
|
|
|
|
|
|
Yg no 3 tu dari USD27.6 billion naik mendadak jadi USD72.8 billion....perrgghhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Nak kaya kena berniaga, makan gaji takkan kaya.. nak2 lagi yang beli kete honda toyota bmw.. lain orang lain track kewangan lain matlamat kewangan..
kalau semua orang nak jadi kaya , ultimate free financial siapa pula nak jadi customer beli bmw, beli sabun kocok2, beli iphone cap apple ..
kalau semua org berjimat ekonomi takkan pusing.. jadi kesimpulannya kaya sorang2 adalah afdhal berbanding kaya ramai2 berjemaah ..
ada orang cepat je jadi jutawan tak sampai setahun. ada orang 10 tahun baru cecah 1 million. lain org lain track kewangan. fokus track masing2 dan kuasai.. dont give up dear..
bill gates kaya bukan sebab dia buat software.. first software dia buat tu dia beli daripada company lain.. then dia jual.. dah ada sales baru dia renovate.. brape banyak programmer masih tak berduit? bill gates ialah usahawan bukan programmer.. dia pandai ambil peluang.. |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 replied at 22-3-2017 12:26 PM
Respek Bill Gates sangat-sangat.
Walaupun kaya tahap dewa tapi tak pernah sesekali post kan gambar ...
spidey..dewa tu kaya ke...dewa lagi xde duit aku rasa.... |
|
|
|
|
|
|
|
terbaik la ceo amazon tu, mencanak naik kekayaan dia |
|
|
|
|
|
|
|
eizarz replied at 22-3-2017 03:31 PM
spidey..dewa tu kaya ke...dewa lagi xde duit aku rasa....
10 keturunan x habis harta bill gates.. |
|
|
|
|
|
|
|
Haah, ya tak ya jugak, Eizarz.
Dewa mana kaya..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|