CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seribulan

[Falsafah] ...budaya ilmu vs budaya tular...

  [Copy link]
Post time 28-5-2017 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Nur9786 at 28-5-2017 10:12 PM

Pada pandangan saya budaya ilmu lebih penting dan baik dari budaya tular. Dengan adanya budaya ilmu kita dapat melentur anak anak dari awal lagi.. Pupuk minat anak2 untuk cintakan ilmu bawa mereka ke kedai buku, perpustakaan (pinjam buku), wujudkan mini library di rumah (cukup dengan satu rak), buku nilam yg diwujudkan disekolah oleh KPM jugak adalah langkah yg baik.. Walaupun dalam budaya tular juga ada ilmu yg kita boleh perolehi tetapi ianya lebih kepada negatif daripada positif.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2017 09:56 AM | Show all posts
budaya tular pun boleh dijadikan salah satu cara menimba ilmu jika pengisiannye bagus.
pada saya adalah advantage yg lebih sebab dengan teknologi komunikasi yg advance ilmu atau infomasi dapat disalurkan terus dan cepat kepada masyarakat kita. kita x boleh nak menafikan teknologi yang sudah pun menjadi lifestyle masyarakat skg.
budaya ilmu tak semestinye membaca saja, melancong atau melihat video documentary
juga boleh dijadikan cara menambahkan ilmu..kena la kreatif dalam
mengalakkan masyarakat mencintai budaya ilmu..tetapi bak kat orang semuanye bermula
dari rumah dan parents kena la set a good example..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2017 04:11 PM | Show all posts
sekarang ni zaman phone melekat kat tangan, mmg overall baca yg tular2 saja..
sedih untuk generasi anak2 kita nanti..
mmg sekarang buku semakin dilupakan..
sedih bila tengok budak2 kecik skrg pun phone dah ada sorang satu.. budak 4,5 tahun lak tu.
dlm kes ni masing2 kena main peranan, tak boleh harapkan cikgu saja.
mak ayah kena byk main peranan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2017 03:01 PM | Show all posts
Budak-budak zaman sekarang tak diajar untuk cintakan ilmu dan tak diterapkan budaya membaca dalam diri mereka. Juga budak-budak sekarang tak digalakkan untuk berfikir dan bertanyakan soalan kepada orang dewasa.

I had the opportunity of living abroad for nearly 3 years. Dan sepanjang saya di luar negara saya dapat perhatikan perbezaan cara western parents and asian parents didik anak mereka.

Ada sekali, saya makan di pizza express dan bertentangan dgn meja saya ada satu bapa dengan anaknya tengah tunggu makanan diaorg sampai. Anaknya tgh colour his colouring book dibantu oleh bapanya. Budak tu celoteh mulutnya tanya macam-macam soalan dan bapanya sikit pun tak marah dan rajin jawab soalan dan tanya balik soalan kpd anaknya. This continues until their pizza was delivered. Budak tu pun makan tertib je takde nak sepah2 and tak ada nak tantrum lari keliling kedai. Budak tu saya agak umurnya dalam 4 tahun macam tu.

Di sini, parents bawak anak pergi makan di restaurant. Anak main tab, parents main handphone. Tak communicate with each other. Kalau anak tanya soalan ke mak bapak silap hari bulan kena marah balik sebab tanya banyak sangat soalan.

Next example. Saya pernah ke natural history museum di london. Di museum tu banyak parents yang bawak anak mereka tengok exhabition di situ. Saya ingat lagi ada satu ibu dan 2 orang anaknya dekat section earthquake exhabition. Anak dia tanya soalan macam mana earthquake jadi. Ibu tersebut bagi explanation tentang earthquake kepada anaknya dengan sangat jelas dan menggunakan cara penyampaian yang menarik dan simple enough for her young daughter to understand. Sampaikan saya yg dewasa ni pun tertarik dengan explanation yang diberikan oleh ibu tersebut. Saya rasa saya sendiri pun tak mampu nak explain tentang concept earthquake as good as how the mother explained it to her daughter.

Di sini, museum-museum kita tidak mempunyai exhabition yang menarik dan interactive. Kalau ada pun berapa kerat parents yg sanggup nak bawa anak mereka ke musuem and explain stuff to their kids.

Finally, ada satu kali saya naik tube dan seat depan saya ada 2 parents. One chinese mother with her son and one English woman with her daughter. Chinese mother dan anak lelaki dia masing-masing sedang ralit dengan handphone mereka. The English woman itu pulak sedang  membaca buku cerita kanak-kanak dengan anaknya yang saya agak berumur dalam 4-5 tahun.

Jadi bagaimana nak wujudkan kembali budaya ilmu dalam masyarakat Malaysia?

Kenalah bermula di rumah. Ibu bapa sendiri yang kena terapkan minat membaca dan rasa cintakan ilmu kepada anak-anak mereka. Jangan dibiarkan anak terdedah sangat dengan teknologi dan media social. Bukan bermakna teknologi dan social media tu teruk. Bagus sebenarnya tapi kenalah ada had penggunaannya.

Ibu bapa tak boleh mengharapkan guru saja untuk mendidik anak-anak mereka. Kalau anak bertanyakan soalan walaupun soalannya remeh, spend some time and answer those question appropriately. Jangan di marah anak itu sebab bertanyakan soalan. Kalau ibu bapa tak tahu nak bagi jawapan apa, why don't cakap dengan anak kita cari jawapan tersebut bersama-sama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2017 03:03 PM | Show all posts
Pada saya, golongan yang lahir pada sebelum zaman milenium atau zaman tanpa sempadan ni lebih beruntung disebabkan mereka lebih terdedah dengan budaya membaca. Sebelum ni penggunaan komputer terhad, nak taknak untuk mendapatkan ilmu dan maklumat semasa kena membaca.
Ingat lagi, pensyarah saya dulu pernah cakap budak-budak zaman sekarang sangat bertuah, masuk U senang, masuk kelas lecturer 'suap', buat assignment just google untuk dapatkan maklumat, tak perlu dah buka buku. Buku hanya diperlukan untuk references. Dia cakap zaman dia dulu, terpaksa bersengkang mata nak siapkan satu-satu assignment, buku pulak bukan senang nak dapat, kena explore semua library yg ada di sekitar Uni. That's why orang zaman dia sangat hargai ilmu, & kita pun boleh nampak kan sekarang ni mereka-mereka yg sezaman ni sangat berjaya. CV and academic qualification mereka sangat hebat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2017 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Dua dua budaya bagus dalam perkembangan ilmu tapi remaja kini lebih cenderung mengikut budaya tular yang merepek.

Budaya ilmu boleh dipupuk semula dengan menyemarakkan budaya membaca. Namun, budaya membaca terutama bahan bacaan bercetak dan ilmiah sangatlah kurang.

Kita kena cari jalan supaya budaya membaca dan menimba ilmu yg bermanfaat ni dpat diperluaskan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2017 05:23 PM | Show all posts
dulu = budaya ilmu
sekarang = budaya tular




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2017 11:36 PM | Show all posts
tq kakbulan

Comments

no prob  Post time 14-6-2017 08:28 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2017 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini mungkin merupakan usaha kecil kt utk menghidupkan budaya ilmu dlm masyarakat :
- ubah mindset kt, membaca bukan utk lulus ujian shj tp utk rujukan spjg hayat
- jgn perli / sindir/ ejek sesiapa shj yg membaca di tempat awam, dlm bus, train, etc
- biasakan diri membawa & membaca sebuah buku kemana2 shj setiap hari.
-biasakan memberi hadiah buku kpd anak2 kecil
-kaji minat anak2 tentang buku yg mereka suka, bagi sokongan & dorongan biarpun bhn bacaan ringan seperti kartun, komik, etc

Budaya tular juga 1 cabang ilmu, cuma bukan berbentuk fizikal. Berhati2 dgn ilmu yg diperolehi, takot sumber nye yg tak pasti.
Semakin kt kedepan, budaya ilmu perlu seiring utk bangsa yg berjaya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2017 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Leeanne88 replied at 13-3-2017 04:32 PM
Dulu kan ada program nilam (kalau tak silap namanya). Masa i sekolah menengah dulu ada 1 session ni  ...

Sekarang masih ada..tapi budak2 sekarang buat mgkn sbb terpaksa..bukan mcm dulu mmg sebab suka membaca
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2017 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 masa birthday ayah belikan buku cerita as hadiah..enid blyton..nancy drew..membaca mmg dibudayakan mgkn sbb zaman dulu tak banyak hiburan lain mcm sekarang..tp org kata bangsa membaca bangsa berjaya.. mgkn sbb tu org sekarang pelik2..huhu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2017 10:36 PM | Show all posts
This is actually a good topic. Budaya tular nowadays reflects "kemiskinan" pembudayaan ilmu, to counter now maybe agak susah but maybe we can start menularkan budaya ilmu, blend in with the trend (digital platforms) and I see efforts from parties like pendidik etc. All in all, it is a joined-effort thing, from individuals to society. Teori Ibn Khaldun itself dilihat "heavy" for some people.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2017 05:18 PM | Show all posts
Ilmu ni sangat penting dalam kehidupan kita. Nak berjaya di dunia dan di akhirat nanti pun perlu ilmu. Orang yang berilmu tidak akan mudah dimanipulasi oleh orang yang tidak bertanggungjawab di era budaya viral pada zaman fitnah ini. Itulah pentingnya ilmu supaya dapat menapis berita yang sahih dan tidak sahih. Untuk cari ilmu, banyakkan membaca dan mencari guru yang berkaliber. Jangan belajar tanpa guru nanti sesat pula. Islam pun menggalakkan umatnya menuntut Ilmu. Pernah dengar kan, menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap muslim.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2017 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Budaya ilmu tak dinafikan sukar nk diterap dan dipupuk pada zaman milineum ni berbanding zaman sebelum.sekarang dimana2 sekalipun memang susah nak nampak orang sekeliling membaca.Masing2 sibuk dan ralit dengan smartphone malah tk ambik peduli orang sebelah.Contoh di kedai makan didalam pengangkutan awam hatta di dobi layan diri.
Ibubapa sendiri ralit dengan smartphone memasing,anak2 terpengaruh sama.Masa berkualiti untuk berkomunikasi dan merapatkn jalinan sesama ahli keluarga dipandang enteng.Sebab utama budaya tular seperti smartphone.
Berbanding dulu sebelum kewujudan smartphone anak2 sedari kecil diterapkan dengan budaya ilmu.Hatta di sekolah disediakn program nilam dan juga perpustakaan bergerak utk menarik minat membaca anak2 sedari kecil.Secara tak langsung mereka membina pengetahuan disamping berkongsi ilmu dengan teman sekeliling.
Sekarang untuk mengembalikan budaya ilmu supaya tak dilebihkan dengan budaya tular,semua bermula dari rumah.Ibubapa memainkan peranan besar utk menarik minat,memujuk dan memastikan anak2 mereka ada minat untuk menjadikan budaya ilmu sebagai satu kepentingan.Mereka perlu mengingatkan dari semasa ke semasa pentingnya budaya ilmu berbanding budaya tular yang nyata banyak keburukan dari kebaikan.Melentur buluh biarlah dari rebung bukan mengharapkan pihak sekolah semata-mata untuk mendidik anak2.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2017 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi seorang muslim, perkara asas mengenai ilmu tentulah dari Al-quran. Al-quran itu bukan encyclopedia, bukan buku cerita, bukan buku sains, tetapi al-quran adalah 'akar' kepada semua ilmu yg ada. Terdapat banyak perkara yg boleh kita pelajari dari tafsir2 al quran. Sejarah, hukum hakam, tauhid, akhlak dan sebagainya. Dari al quran inilah boleh disemai budaya mencintai ilmu, dari alquran boleh diteruskan kepada buku2 ilmiah yg lain yg lebih terperinci mengenai sesuatu ilmu.

Jadi, menjawab soalan TT, nak memupuk budaya ilmu perlu bermula di rumah. Perlu bermula dengan al-quran, bukan sahaja kita memperoleh ilmu darinya, tetapi sekaligus menghargainya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2017 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Perkara pertama kita kena tengok.. kenapa dari budaya membaca beralih ke budaya tular?
mana lebih menarik? tular lah kan? kenapa? Kita tak boleh bandingkan zaman kita kecik kecik dulu dengan zaman anak anak sekarang.. memang jauh berbeza.. sebab budaya tular sekarang lebih popular kerana ia bersifat interaktif.. menarik.. cepat dan senang diperolehi... berbanding dengan buku... nak kena beli... kadang kadang harganya agak keterlaluan dan kurang menarik.... maka kita perlu gunakan kelebihan kelebihan ini untuk
menyalurkan budaya tular ini ke arah kebaikan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2017 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Budaya membaca perlu diterap dari anak2 kecil. Penting untuk anak2 serasi bermain dgn buku dan sukakan buku.
1.Cara paling mudah ialah ibubapa perlu rajin membaca  (bahan bacaan fizikal) bukan melalui gajet. Monkey see monkey do.
2. Luangkan masa bersama anak2 dgn membaca buku bersama2 tak kira masa tak semestinya bedtime saja.
3.Lakukan aktiviti menarik menggunakan buku. Main susun buku jadikan keretapi.
4. Beli buku rhymes dan nyanyikan bersama2.

Ikut perkembangan anak2 dan berikan bacaan yang sesuai.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2017 08:30 PM | Show all posts
Tidak dinafikan masa sekarang budaya tular memang mengatasikan budaya ilmu di Malaysia.
Sukar untuk melihat dari mana silap ini. mungkin juga karena peredaran masa zaman sekarang yg semua berlandaskan social media. Setiap masa kita akan menjadikan social media sebagai teras untuk mencari maklumat. Itu tidak dinafikan. tetapi bagi saya, bukan semua orang menjadikan medium social media itu dgn betul. tidak semua buka internet untuk mencari bahan bacaan, jadi balik balik tiada ilmu yang dapat yang diorang tahu hanyalah comment yg merapu/hinaan/cacian. dari situ kita sudah tahu di mana taraf pemikiran masyarakat Malaysia khususnya.

bagi saya, apa apa pun, habit membaca buku itu yang perlu. sekarang, banyak cara tak semestinya kita perlu membeli buku yg mahal. seperti contoh, ebook. senang untuk dibawa ke mana2. or boleh sahaja kita beli 2nd hand book. Sikap itu perlu ditanamkan didalam setiap individu sejak kecil lagi. yap dari umur setahun jagung lagi!.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2017 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
My humble opinion is mulakan didik anak2 membaca sejak dari dalam kandungan lagi.and yes,ibu bapa sangat memainkan peranan.ibu bapa kalau nak anak2 rajin membaca,kita dulu yang kena rajin membaca.ibu bapa tu dulu yang patut jadi guru pada anak2 sendiri.jangan harapkan cikgu dekat sekolah je.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2017 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusnya topik ni.
Sebenarnya masalah budaya membaca jadi topik yang hangat antara saya dan rakan-rakan FB bulan lepas.
Ramai yang stress apabila tular status seorang guru yang menasihatkan ibu bapa  memastikan anak-anak pandai membaca sebelum melangkah ke alam persekolahan (darjah 1).
Ramai yang berpendapat usia 7 tahun sepatutnya anak-anak tidak dibebankan dengan isu wajib pandai membaca.Pada mereka, kanak-kanak zaman sekarang kehilangan dunia ceria kanak-kanak.
Pada saya pula, peranan  ibu bapa dalam isu ini sangat kritikal.Bagaimana masalah pandai atau tidaknya anak dalam membaca menjadi punca ibu bapa stress? Jika ibu dan ayah sendiri gemar membaca, budaya itu pasti akan terjangkit kepada anak-anak.Jika membaca menjadi aktiviti wajib keluarga setiap hari, pasti ibu bapa akan terdesak untuk melatih anak-anak agar pantas membaca supaya aktiviti keluarga menjadi lebih seronok.
Pada saya,membaca itu harus menjadi gaya hidup yang dinikmati oleh semua dan bukannya kayu ukur untuk memasuki satu-satu tangga akademik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.193969 second(s), 65 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list