View: 1078|Reply: 4
|
Dua Masjid Di AS Terima Surat Ancaman Bunuh Umat Islam
[Copy link]
|
|
Dua masjid di Maryland, Amerika Syarikat (AS) menerima surat ancaman menggesa pembunuhan dilakukan terhadap umat Islam negeri itu.
Presiden Persatuan Pendidikan Islam Maryland, Taiyab Mohiudden menemui sampul dalam peti surat, Isnin lalu yang mengandungi nota ancaman.
Katanya, beliau menemui nota itu yang diletakkan bersama-sama dengan surat lain yang berbunyi, ‘saya akan membawa AS$100 (RM444) kepada pusat kebajikan bagi setiap umat Islam yang dibunuh.’
“Nota mengandungi mesej sama juga ditemui di pusat komuniti Islam beberapa kilometer dari situ.”
Jemaah di masjid berkenaan dilaporkan dalam ketakutan selepas menerima mesej yang diletakkan dalam peti surat berkenaan.
Susulan itu, pihak polis mengesahkan kejadian itu akan disiasat sebagai jenayah kebencian.
Polis mendedahkan, setem pada sampul adalah dari Eropah.- CARI
sumber foto: Daily Mail |
|
|
|
|
|
|
|
macam tak biasa pulak kalau berkaitan isu2 muslim di barat, cliche dahhh,satu dunia pun tau.....
yg luarbiasa kes serangan & ugutan terhadap komuniti yahudi mabuk kat sana yg semakin menjadi-jadi, cucu2 roman empire dah gilerrr agak nyerrr nak melawan boss besar...
|
|
|
|
|
|
|
|
kazen kaka kata tu prank. tapi still scary noks. |
|
|
|
|
|
|
|
Bkn senang nak bila jadi golongan minorit Nie |
|
|
|
|
|
|
| |
|