Yacoub Shaheen anak kepada tukang kayu keturunan Syria beragama Kristian berjaya muncul sebagai juara dalam pertandingan Arab Idol disambut meriah dan menggembirakan seluruh rakyat Palestin.
Rata-rata penyokongnya meraikan kemenangan itu sepanjang malam selepas Shaheen disahkan sebagai pemenang sambil mengibarkan bendera Palestin.
Memetik laporan Aljazeera, dalam pertandingan nyanyian yang diadakan di Lubnan malam Sabtu lalu, kemenangan kali ini adalah hasil persembahan menarik yang ditujukkannya sekaligus mengalahkan dua finalis yang juga rakan senegara dan warga Yaman.
Dilaporkan Shaheen yang berasal dari bandar Tebing Barat merupakan warga Palestin kedua yang memenangi pertandingan itu selepas Mohammed Assaf, yang dibesarkan di kem pelarian dekat Semenanjung Gaza, memenangi Arab Idol pada 2013 pada usia 23 tahun juga.
Ratusan penduduk termasuk datuk bandar berhimpun di depan skrin besar di Dataran Manger, Baitulmaqdis untuk menonton Shaheen menyanyi pada pertandingan akhir pertandingan menyanyi popular itu. - CARI