24 Februari 2017
SEREMBAN – Seramai lima murid tahun satu Sekolah Rendah Islam (SRI) Seremban di sini disahkan dijangkiti virus Influenza A (H1N1) oleh pihak perubatan petang semalam.
Kosmo! difahamkan, kanak-kanak terbabit di-sahkan mengalami H1N1 selepas mendapat ra-watan di sebuah hospital swasta di Seremban selepas mengalami demam.
Seorang bapa kepada pelajar sekolah itu yang hanya mahu dikenali sebagai Joe berkata, dia mendapat tahu tentang insiden tersebut melalui satu memo yang dikeluarkan oleh pihak sekolah.
“Saya terbaca satu memo dalam Facebook sekolah anak saya bahawa seramai lima murid tahun satu disahkan mengalami H1N1,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0224&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz4ZYOiURrB
Hakcipta terpelihara
|