View: 1556|Reply: 5
|
Ada Berani? Pesakit Dibenar Pegang, Rasa Jantung Sendiri
[Copy link]
|
|
Pusat Perubatan Universiti Baylor di Dallas, Texas melancarkan program Heart to Heart yang membenarkan pesakit yang menjalani pemindahan jantung memegang organ berkenaan sebelum pemeriksaan lanjut dijalankan ke atas organ dalaman itu.
Mail Online melaporkan, selain mendidik pesakit tentang punca kegagalan jantung, program itu juga bertujuan memberi peluang kepada pesakit yang terdiri daripada 70 orang individu melihat jantung mereka yang bermasalah dan memegangnya sebelum organ tersebut disimpan untuk kajian seterusnya.
Sementara itu, John Bell, salah seorang pesakit daripada 70 individu yang menyertai program itu mengakui dirinya ada sedikit emosi ketika pertama kali melihat dan memegang jantungnya.
“Ia sedikit besar daripada apa yang saya bayangkan.”
Difahamkan, program tersebut adalah cetusan idea buat pakar patologi jantung Baylorm, Dr. William C Roberts yang menyimpan setiap jantung yang dibuang untuk dikaji sejak beliau menyertai institusi berkenaan pada tahun 1993.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat kat jantung ayam
Yg jual goreng kat pasar mlm tu kadang2 sedap gak |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh bagi kesedaran supaya lebih menjaga kesihatan jantung selepas tu |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa best bila tengok jantung tengah berdegup... |
|
|
|
|
|
|
| |
|