CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3239|Reply: 17

Resipi Daging Jeruk Penambah Selera, Rasa Sekali Mahu Berkali-Kali

[Copy link]
Post time 23-2-2017 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Biasa kita jumpa ikan jeruk, petai jeruk dan lada jeruk, tapi kali ini apa kata cuba daging jeruk yang pastinya bakal memikat selera anda.


Resipi yang dikongsikan oleh Puan Yuss Aisya ini menjadi tular di media sosial dan ramai memuji keenakan rasanya yang luar biasa.


Jom cuba sendiri di rumah. Ikuti resipi berikut:


Bahan-bahan:
Daging merah
Garam halus
Limau kasturi yang dibuang biji


Cara-cara
1. Basuh daging dengan bersih. Potong nipis-nipis daging yang masih beku atau separa beku. Ini kerana daging yang masih dalam keadaan sebegini lebih senang dipotong.


Foto: FB Yuss Aisya


2. Letakkan daging yang sudah dipotong nipis tadi di alam penapis untuk menapis air lebihan daging.


Foto: FB Yuss Aisya


(Tips: Daging yang sudah diletakkan dalam penapis tidak perlu dibasuh semula kerana air akan menghilangkan kemanisan dan nutrisi daging akan menyusut nilainya.)


3. Sediakan bahan untuk menjeruk dan susun daging dalam bekas plastik makanan. Taburkan garam dengan rata pada keseluruhan daging.


Foto: FB Yuss Aisya



5. Perah limau ke serata daging.


Foto: FB Yuss Aisya


6. Susun lagi daging di lapisan seterusnya dan taburkan garam dan limau lagi. Ulang proses ini sehingga daging habis.


Foto: FB Yuss Aisya


7. Siap untuk diperam, masukkan dalam peti sejuk di bahagian chiller.


Foto: FB Yuss Aisya


8. Tunggu seminggu, dan daging akan mula berubah warna selepas proses penapaian.


9. Goreng bersama cili dan bawang. Siap!


Foto: FB Yuss Aisya


Daging jeruk goreng sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas atau boleh dimakan begitu sahaja. Selamat mencuba! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2017 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow..nak try lah
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 02:39 PM | Show all posts
pernah try, terlebih garam and limau.. so sgt masin n masam bila goreng haha adoi la..
pasni nk try lagi tp kena kurangkan garam n limau la..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak berani nk cuba....
Takut keracunan....


Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 05:55 PM | Show all posts
xsedap mna pun...iols cuba sekali dh xnk buat lg
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 06:33 PM | Show all posts
xpernah cuba. ingin mencuba. bakal cuba
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2017 06:35 PM | Show all posts
tak pernah rasa jeruk daging ni..rse cmne
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 08:25 PM | Show all posts
sedap keeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2017 11:14 PM | Show all posts
mcm nak cuba.. hubby mesti suka ni..
tp apasal ada org kata tak sedap..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
manganini replied at 23-2-2017 03:14 PM
mcm nak cuba.. hubby mesti suka ni..
tp apasal ada org kata tak sedap..

Ikut selera masing2
Bg i
I x minat
Dan akn terus kata x sedap walaupun x cuba lg lolol
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila baca part basuh daging tu
Teringt crita mistik sorg forumer yg nenek dia buat kuah sate tu
Katanya nenek dia x bsoh bersih daging nmpk berdrh2 la dll.
Iols start dri situ daging basuh bersih2 smpi hilang merah lolol
Smpi kne halau dgn mak sbb menghancurkn daging dan membazir air
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Nmpk macam sedap tapi kat mana tah aku terbaca pasal daging jeruk ni..orang tu cakap bau dia macam bangkai so rasa nya pun tak sedap.jadi tak lalu nk makan sebab bau nye tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 12:25 PM | Show all posts
x bbau ker buat jeruk daging ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 05:45 PM | Show all posts
WajibulGhunah replied at 23-2-2017 11:35 PM
Bila baca part basuh daging tu
Teringt crita mistik sorg forumer yg nenek dia buat kuah sate tu
K ...

ape jadi pastu? cite sikit... saya pun biasanya tak basuh bersih2 sangat konon takut hilang rasa/nutrisi
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Aritu wife aku masak pekasam daging. Bau busuk gila. Mcm mane lah tekak dorang boleh terima.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kena letak daun pandan dan halia bagi wangi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2017 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
manganini replied at 24-2-2017 09:45 AM
ape jadi pastu? cite sikit... saya pun biasanya tak basuh bersih2 sangat konon takut hilang rasa/n ...

Tak ingt sngt
U boleh crik kt bod paranormal mistik seram tu
Dah lama dah thread tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2017 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
drivethru replied at 24-2-2017 09:57 PM
Aritu wife aku masak pekasam daging. Bau busuk gila. Mcm mane lah tekak dorang boleh terima.

tu la..busuk nak mam kata orang..

menyesal beli..masak 3 keping je n x lalu nak makan.. now bertapa je dalam my fridge tu..tgh tunggu kot sape2 nak ambil..nk buang syg sbb sebekas tu rm25 iols beli..hehe..

better cuols semua makan je la daging goreng kunyit..sah2 yummy okehhh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.074200 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list