CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50560|Reply: 413

AKASIA TV3 : SUAMIKU PALING SWEET (SYAFIQ KYLE , MAWAR RASHID ,NIK ADAM MIKA )

[Copy link]
Post time 20-2-2017 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by bellxx at 20-2-2017 01:01 PM

Drama terbaru adaptasi novel Suamiku Paling Sweet karya Anjell di slot Akasia Tv3 jam 6:58 petang .


JUDUL : SUAMIKU PALING SWEET
EPISOD : 28/30 episod
TARIKH / MASA : 13 Feb 2017
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Mufid Suhaimi
PENGARAH : Zul Huzaimy Marzuki
TERBITAN : Primeworks Studios
PELAKON : Mawar Rashid, Syafiq Kyle, Nik Adam Mika, Fazren Rafi, Aedy Ashraf, Natasya Mahyan, Amirul Faqeem

WATAK PELAKON
Mawar Rashid sebagai Qisya Iris
Syafiq Kyle sebagai Izz Haikal
Nik Adam Mika sebagai Hafiey
Fazren Rafi sebagai Qairul
Aedy Ashraf sebagai Hakimi
Natasya Mahyan sebagai Maya




SINOPSIS PENUH SUAMIKU PALING SWEET

Suamiku Paling Sweet memaparkan kisah Qisya Iriz (Mawar Rashid), graduan universiti yang terpaksa menjadi pengasuh sementara Hafiey (Adik Nik Adam Mika), iaitu cucu kepada kawan ibunya, Puan Fathma (Liza Abdullah).

Pengasuh-pengasuh sebelum ini memang tidak dapat bertahan dengan sikap nakal Hafiey itu. Qisya menerima cadangan ibunya kerana ia hanya untuk sementara waktu. Apabila Qisya yang keras kepala bertemu dengan Hafiey, memang akan berlakunya kekecohan.

Kedua-dua ibu bapa Hafiey telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan. Disebabkan itu, Hafiey menganggap bapa saudaranya Izz Haikal (Syafiq Kyle) sebagai ayah kandungnya sendiri. Izz sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan Hafiey.

Selepas bertemu dengan pengasuh Hafiey, hati Izz dan Qisya sering berdebar. Namun mereka tidak ambil peduli tentang maksud sebenar di sebalik debaran hati tersebut sehinggalah terjadi sebuah peristiwa yang mengubah nasib hidup mereka berdua.

Qisya dipaksa untuk menjadi isteri kepada Izz Haikal pada usia yang muda. Pelbagai emosi mula mengaburi hati Qisya. Dia terkejut, marah, dan benci. Qisya langsung tidak dapat menerima kenyataan yang dia bakal berkahwin.

Malahan dia juga tidak bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada Hafiey. Dia juga tertanya-tanya adakah ini merupakan perangkap Izz Haikal untuk bersama dengannya.

Qisya mula memberontak sehingga dia sanggup meninggalkan Izz Haikal dan Hafiey walaupun sudah bernikah. Izz berasa sedih tetapi dia memahami perasaan isterinya. Malahan, dia kerap memujuk dan memberikan ruang kepada Qisya untuk mencari ketenangan diri.

Izz tidak pernah berhenti memujuk isterinya. Akhirnya, Qisya lembut hati dan kembali ke pangkuan Izz dan Hafiey. Qisya telah meletakkan syarat bahawa tiada sesiapa pun akan mengungkit peristiwa dan sebab mereka berdua terpaksa berkahwin.

Namun, peristiwa hitam yang tidak mahu diingati Qisya itu diungkit. Kali ini, Qisya nekad meninggalkan suaminya dan Hafiey walaupun dia sedang hamil. Adakah sangkaan Qisya bahawa perkahwinan ini ialah perangkap Izz itu adalah benar?


Gambar Pelakon

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2017 03:18 PM | Show all posts
Bukan ke kalau dalam novel asal..Izz Heikal ni pan asian?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Novel dia best..tp adaptasi mcm kureng..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru lepas re-read balik novel ni. True novel agak best eventhough tema cerita cliche i.e. kahwin paksa tp penyebab kena kawin tu yg bleh buat org tertanya2 apa yg jadi sebenarnya.hope drama bole jd best juga. So far semua novel Anjel ni diadaptasi ke drama eh. Tak sabar nk tunggu novel baru dia plak mcm lg best je.sorry OT sat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
benang ni baru bukak eh?
serius dah lama tak jatuh suka dengan drama akasia.. hatta 7 hari yang pompom meletop tu pun meols tak layan sangat.. tapi sps ni jadi sukaaaa gila! i dunno why.. mungkin ada unsur humor dan comel dia.. dan mungkin sebab meols suka lakonan sapik kyle yang tak kayu.. biar la dia tak sado macam retis laki yang lain pun..

mawar ni pun kenal sebab isu gst itu hari.. tapi takde pulak rasa nak condemn dia bila tau dia jadi heroin sebab tak penah tengok pun dia berlakon.. i said, give her a chance.. ternyata dia deliver watak qisha dengan baik.. dan tak ku sangka dia ni tak kayu langsung!

pasal tak sama dalam novel tu, rasanya takde masalah kot sebab kalau nak ikutkan jalan cite novel terlalu simple.. novel santai dan tak menyakitkan hati bila baca.. so takpe kot dia ubah sikit.. dah tu, mana pulak nak cari hero malaysia yang bermata biru hijau

bagi meols okay jer gandingan mawar syafiq ni kalut mak qisha dengan qisha ni pun best.. abang qairul dengan qisha punya gaduh adik beradik pun nampak ada kemistri.. gabungan izz hafiy qisha pun sangat la comel.. tapi tu la, bila meols memuji lebih2 ni, takut kelaut pulak nanti hujung2 cite.. mohon la jadi cite peberet meols sps ni sampai habis episod..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 07:33 PM | Show all posts
Yumemiru replied at 20-2-2017 07:24 PM
Baru lepas re-read balik novel ni. True novel agak best eventhough tema cerita cliche i.e. kahwin pa ...

Ya, semua karya Anjell telah diadaptasikan ke drama.

Her next work is Dr. ALPHA MALE. Saya yakin 100% Astro dan TV3 akan berebut nak buat drama ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2017 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
jesbon replied at 20-2-2017 07:27 PM
benang ni baru bukak eh?
serius dah lama tak jatuh suka dengan drama akasia.. hatta 7 hari ya ...

Iols dari ep 1 dah jatuh cinta dgn cerita ni..malah iols sentiasa menanti-nanti episode seterusnya..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Capital_S replied at 20-2-2017 08:38 PM
Iols dari ep 1 dah jatuh cinta dgn cerita ni..malah iols sentiasa menanti-nanti episode seterusnya ...

kannn! *sep sikitt!*  
sampaikan kalau boleh taknak tertinggal satu episod pun kat tv.. orang ajak keluar pun meols buat tak layan je.. walhal boleh je tengok waktu lain sebab meols memang download cite ni.. hehehe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2017 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
melnanzz replied at 20-2-2017 07:33 PM
Ya, semua karya Anjell telah diadaptasikan ke drama.

Her next work is Dr. ALPHA MALE. Saya yaki ...

Yes.Soo looking forward utk cerita Dr Alpha Male tu coz kali ni dia depict the heroin as sengal2 ubi.jokes yg menjadi.

Utk SPS ni stakat ni dr sgi pemilihan plakon tu nampak ok. Comel plak tgk budak hafiy tu. Look forward for more interaction dan perkembangan watak hero-heroin ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 11:01 AM | Show all posts
"peristiwa" apa yg menyebabkan mereka terpaksa kawen tuh??? alaaaaa... x syoklah klu ad adegan2x rogol nh ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
jesbon replied at 20-2-2017 08:58 PM
kannn! *sep sikitt!*   
sampaikan kalau boleh taknak tertinggal satu episod pun kat tv.. orang  ...


Yaaa....samalah kita *give me 5*.....iols pun sama sanggup habiskan cerita ni barulah nak keluar....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Lollipop111 replied at 21-2-2017 11:01 AM
"peristiwa" apa yg menyebabkan mereka terpaksa kawen tuh??? alaaaaa... x syoklah klu ad adegan2x rog ...

Rasanya x de adengan rogol kut...tapi kita tunggu & lihat apa akan terjadi
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 11:34 AM | Show all posts
Capital_S replied at 21-2-2017 11:28 AM
Rasanya x de adengan rogol kut...tapi kita tunggu & lihat apa akan terjadi

ker ader yg frame dorg berdua (gn obat tido etc.) spy nmpak mcm berkhalwat then kene kawen paksa...
sebab adegan rogol tak sesuai ngn kesweetan watak mawar ngn kyle
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Yumemiru at 21-2-2017 01:36 PM
Lollipop111 replied at 21-2-2017 11:34 AM
ker ader yg frame dorg berdua (gn obat tido etc.) spy nmpak mcm berkhalwat then kene kawen paksa.. ...


Oh noo x de sampai ke situ.sumthing bad happened to qisha,izz tolong selamatkan,n then they were framed.ada yg  nk kenakan diorg n they happened to be at the wrong place and time...takleh la cite byk nnt spoiler plak kan  
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok jgk cite ni...layannnnnz
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
tak sabau nak tunggu eps hari ni bila hafiy panggil qisha as mummy
kimi pun dah balik dari obersi.. penyelamat semua benda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2017 02:16 PM | Show all posts
ada pun thread citer ni...wlupun x religiously mengikut cerita ni..tp lakonan sapix kyle ni best juga...dia pon sweet2 gitu..

yess mawar gst tidaklah sekayu kayan ruhainies
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2017 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Lollipop111 replied at 21-2-2017 11:01 AM
"peristiwa" apa yg menyebabkan mereka terpaksa kawen tuh??? alaaaaa... x syoklah klu ad adegan2x rog ...

kena tangkap khalwat
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
banyak jugak part penting yang diorang buat tak amik peduli kan..

patutnya, deena tu jeles dengan qisha sebab qisha boleh panggil izz as izz.. panggilan izz tu untuk orang yang rapat dengan izz je.. deena sendiri terpaksa panggil izz tu haikal. for me, this part penting jugak la. hehehe.. but its okay la since diorang ganti dengan scene yang banyak mengenakan deena..

part panggil mummy tu meols mengharapkan sama macam dalam novel.. qisha siap membebel kat kawan2 hafiy tu. hahaha.. apakan daya, 3 ketoi budak kayu tu cukup merosakkan part ni sudahnya diorang buat panggilan mummy ni secret between hafiy & qisha.. dan buatkan izz kurius nak tau apabenda yang diorang berdua ni sorokkan.. paling kelakor mummy jadi mee mamee.. gahahaha..

tapi takpe la.. nak ikutkan banyak jugak part yang diorang kembangkan.. maybe sebab isi novel tu terlalu direct je cite dia.. konflik pun tak teruk sangat.. pendek kata, meols puas hati la drama ni dan novel sps ni sendiri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
First time tgk Mawar act..not bad gak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 15560 Replies : 7
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 17821 Replies : 8
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 40323 Replies : 81
Saman terhadap kerajaan, KJ berkaitan kesan vaksin COVID-19 bermula
JoyahMengayahSaman terhadap kerajaan, KJ berkaitan ke
Views : 7710 Replies : 93
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 16474 Replies : 8
‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700 – Rakyat Malaysia Ini Tak Menyesal Jadikan Kereta Sebagai Rumah.Anda kehairanan?
YgBenar‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700
Views : 4580 Replies : 34
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 24002 Replies : 685
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 17238 Replies : 25
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33426 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.102244 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list