CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6987|Reply: 16

MEROYAN - anda pernah

[Copy link]
Post time 13-2-2017 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Jenis meroyan mengikut kepercayaan masyarakat Melayu

1. Meroyan Api
- Ibu akan menjadi bengis, baran, cepat marah hingga tahap menjerit dan lupa diri
- Perubahan mood yang ketara
- Perubahan sikap lebih ketara ketika datang bulan

2.Meroyan Ketung

- Ibu menjadi murung, hiba, sayu, mudah menangis, perasa (sensitif) dan ada kalanya kelihatan seperti bodoh
- Kebanyakan berlaku kepada ibu yang kehilangan anak
- Ada kes sehingga membunuh diri

3. Meroyan Urat

- Ibu mengalami ketegangan urat sarat sehingga sentiasa mengeraskan diri seperti mengalami kekejangan otot
- Selalu berlaku ketika cuaca sejuk, atau jika ibu tersilap makan benda yang bersifat sejuk
- Berlaku kepada ibu yang melakukan kerja berat atau banyak menggunakan urat besar sejurus lepas bersalin

4. Meroyan Lendir
- Ibu sentiasa pucat, lesu, mata pudar, keguguran rambut dan badan menjadi susut
- Keguguran rambut yang melampau
- Mengalami masalah dingin seks terhadap pasangan
- Penyebab utama apabila darah kotor dan angin jahat di dalam tubuh tidak dikeluarkan sepenuhnya sepanjang tempoh berpantang

5. Meroyan Tinggal
- Ibu tiba-tiba asyik berleter, bercakap seorang diri dan mengambil peluang melarikan diri dari rumah
- Ibu mungkin tidak mahu bayinya sendiri
- Ada tahap sehingga menjadi ganas

6. Meroyan Bulu
- Ibu sentiasa seram sejuk selepas bersalin
- Jika berlarutan, ibu akan mula menghidap rheumatoid artiritis atau keradangan sendi
- Ini berlaku apabila ibu banyak bermain air dan bersejuk ketika berpantang

7. Meroyan Kulit
- Ibu akan berasa gatal serta miang seluruh badan dan tergaru-garu seperti kera
- Ia berlaku disebabkan darah kotor tidak habis keluar menyebabkan kekotoran keluar melalui liang roma peluh
- Ini akan berterusan jika darah nifas tidak habis dikeluarkan sepanjang tempoh berpantang

Antara simptom

- Terlalu lesu
- Hilang kegembiraan untuk menjalani hidup
- Tidak boleh tidur malam (insomnia)
- Sedih keterlaluan
- Menangis tanpa sebab
- Resah gelisah
- Berasa diri tidak berharga
- Sentiasa berasa bersalah
- Emosi mudah terganggu
- Hilang selera makan
- Tidak boleh menumpukan perhatian

Antara punca

- Pernah mengalami kemurungan, sama ada pada diri sendiri atau ahli keluarga (termasuk skizofrenia)
- Perubahan hormon yang banyak (perubahan hormon mendadak boleh merangsang kemurungan)
- Tekanan
- Kurang sokongan keluarga
- Gangguan psiko sosial seperti masalah perkahwinan atau pergaduhan
- Tidak cukup tidur kerana terpaksa bangun malam untuk menyusukan anak
- Melahirkan anak yang tidak dikehendaki (unplaned pregnancy)
- Kekecewaan akibat terlalu inginkan anak lelaki, tetapi dianugerahkan anak perempuan (atau sebaliknya)

saya pernah kena yg no 1 & no 7... TERJADI selepas melahirkan anak no 1.  dan jarak antara anak no 1 dgn 2 hanya 1thn 3bln..  masa mengandung anak no 2 saya hampir membunuh anak no 1 kerana tekanan perasaan & suami yg pentingkan aktiviti luar bersama kawan2.
Nasib mak cepat perasan & bawa berubat dgn bidan kampung... alhamdulillah skrg ok cuma kadang2 tu ada jgak gangguan suara2 syaitan... cepat2 ishtifar..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2017 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Skrg ni lelaki pn ada yg meghoyan x ketahuan hala lebeh2 lg bila masuk bab politik. X caya try tanya deejeck anti Cina Dap tp Cina Prc is good preng
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 11:43 AM | Show all posts
semua gejala di atas adalah sah utk @dizzzek @dodolgemok dan @Defcon2
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 13-2-2017 11:43 AM
semua gejala di atas adalah sah utk @dizzzek @dodolgemok dan @Defcon2

Kesian        
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 13-2-2017 11:43 AM
semua gejala di atas adalah sah utk @dizzzek @dodolgemok dan @Defcon2

Kesian anda
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 12:51 PM | Show all posts
bengong korang buat lawak pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2017 12:57 PM | Show all posts
informasi yang baik..

tapi bukan isu semasa

@seribulan

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
ha.. baru td pagi pikir nak buka thread pasal ni.. tp xpe.. sm tolong tambah info sikit ya nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2017 02:31 PM | Show all posts
Tidak ramai pasangan yang membicarakan tentang kesan tekanan emosi (BABYBLUES) yang dihadapi oleh wanita khususnya selepas melahirkan anak terutama semasa dan selepas pantang. Malah banyak yang tidak mengetahui bahawa jangka masa berpantang adalah penting untuk menentukan sama ada ibu akan kembali normal seperti sebelumnya atau si ibu akan menderita akibat tekanan emosi seumur hidup.


Tekanan emosi yang diertikan oleh masyarakat terutamanya masyarakat Melayu dengan nama "angin meroyan". Ia dikaitkan sebagai penyakit tekanan emosi bagi ibu-ibu yang mengalaminya sewaktu atau selepas dalam pantang.Dalam istilah perubatan ia dikenali sebagai "postnatal depression". Penyakit angin meroyan bersangkut paut dengan kelakuan aneh sebagai kesan emosi (kejiwaan) yang dihadapi oleh wanita selepas melahirkan anak.


APAKAH BENTUK TINGKAHLAKU IBU 'POSTNATAL DEPRESSION' @ MEROYAN?


Wanita yang mengalami masalah "postnatal depression" - meroyan, seringkali menghadapi masalah sukar untuk tidur dan sentiasa mengalami kepenatan. Mereka kerap merasa tegang (stress), rendah diri dan mudah untuk merasa marah. Mereka bukan sahaja menjauhi hubungan seksual dengan suami malah membencinya. Malangnya kebanyakan wanita yang menghidap "postnatal depression" - meroyan tidak menyedarinya sebagai satu penyakit.

Begitu juga dengan suami dan ahli keluarga. Suami mungkin menganggap isteri berubah laku bukan kerana penyakit "postnatal depression" - meroyan tetapi mengangpap ia hanya perubahan semulajadi yang biasa. Keadaan meroyan akan menjadi semakin teruk apabila suami tidak memahami keadaan tekanan emosi isteri. Kesian si isteri kerana dibiarkan terabai tanpa teman pada waktu-waktu yang amat kritikal dalam tempoh pemulihan si isteri (biasanya sewaktu tempoh berpantang).


Keadaan wanita ini juga akan menunjukkan perubahan yang mendadak seperti kemurungan, runsing dan kelihatan tidak bermaya. Sikap juga berubah dari periang boleh bertukar menjadi pendiam. Kebanyakannya seakan hilang sentuhan dengan dunia alam realiti. Seolah-olah berada dalam zon khayalan. Waktu ini, wanita ini tidak lagi pedulikan orang lain disekelingnya.


APAKAH FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA TEKANAN POST NATAL?


Sebenarnya terdapat banyak faktor psikologi yang boleh membawa kepada "postnatal depression" - angin meroyan


Kelahiran adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang berkahwin, tetapi tidak semuanya begitu. Berkemungkinan anak yang dilahirkan adalah anak yang tidak dikehendaki (cacat, jantina bukan yang diinginkan dan lain-lain faktor penolakan anak itu)

Tekanan ketika bersalin ditambah pula dengan tekanan perasaan (stress) apabila mengenangkan anak yang dilahirkan. Apatah lagi wanita yang bersalin berkemungkinan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan ibunya sendiri atau mertuanya. Ini akan menambahkan rasa tekanan emosinya.


Kesakitan melahirkan anak diharap dapat difahami bersama oleh suami. Tetapi sebaliknya suami menganggap isteri telah biasa dengan kelahiran. Selepas kelahiran, ibu terpaksa berjaga malam menyusukan bayi dan menukar lampinnya yang basah. Ini membuatkan isteri tidak dapat menikmati masa rehat yang cukup. Baginya tiada kegembiraan dalam menimang cahaya mata sebaliknya merasakan ia sebagai kerja atau beban yang membosankan.


Tekanan emosi dan perasaan isteri akan lebih tertekan apabila suami tidak cuba memahami kepayahan dan kesakitan isteri. Setiap kali suami pulang kerja mengharapkan makanan terhidang, jika rumah bersepah isteri dimarah, sedangkan makan minum isteri ketika berpantang tidak pernah dihiraukan.

Kerja-kerja rumah seperti mencuci pakaian harus dilakukan oleh suami jika tiada pembantu. Apabila keadaan tekanan ini tidak terbendung, rasa kecewa diluahkan dengan keadaan kemurungan dan menjadi pendiam. Yang lebih teruk sehingga menyebabkan isteri menjerit dan menangis seorang diri. Ada yang lebih buruk, apabila si isteri mengambil tindakan membunuh diri atau membunuh / cubaan bunuh bayinya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 02:32 PM | Show all posts
Simunggu replied at 13-2-2017 11:43 AM
semua gejala di atas adalah sah utk @dizzzek @dodolgemok dan @Defcon2

Balik-balik ko sebut nama aku? kenapa? Sebab tak ade orang sudi layan kau kan.

Hatta penyokong umno/bn pun tak sudi nak rapat dengan kau. Sebab apa? Sebab kamu suka menipu dan memaki orang bodoh dan babi. Itulah perangai kamu. Jadi tak heran mengapa penyokong umno pun menjauhkan diri dari kau. Kesian.. kau keseorangan
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 02:32 PM | Show all posts
ATASINYA DENGAN MEMBERIKAN SOKONGAN EMOSI


SOKONGAN EMOSI ORANG TERDEKAT (AHLI KELUARGA) TERDEKAT ADALAH PALING BERKESAN


Tidak banyak kajian yang dilakukan ke atas punca-punca berlaku kesugulan di kalangan ibu selepas melahirkan anak. Walaupun ada kajian yang menyatakan perubahan hormon merupakan punca berlakunya "postnatal depression" - meroyan namun ia hanyalah faktor kecil disamping beberapa faktor penyebab yang lain. Seseorang wanita yang sering berasa kecewa, sentiasa muram dan bimbang juga menjadi punca berlakunya "postnatal depression" - meroyan.


Begitu juga bagi wanita yang belum bersedia menimang cahaya mata tetapi terpaksa menghadapinya juga cenderung mengalami masalah tersebut. Waktu dalam pantang, ibu mudah rasa tertekan kerana kehadiran bayi memerlukan ibu sentiasa berjaga malam.

Ada kalanya keletihan menjadikan ibu mudah tertekan. Oleh itu amat penting bagi bakal ibu mendapat sokongan moral dan emosi yang kuat daripada seseorang khususnya orang terdekat seperti suami terutamanya pada saat-saat menimang cahaya mata dan selepas melahirkannya.



Sokongan dan bantuan suami merupakan penawar yang paling mujarab ke arah kestabilan emosi isteri. Kajian yang dilakukan di negara-negara barat mendapati bahawa kaunseling merupakan ubat paling berkesan bagi merawat ibu yang mengalami "postnatal depression" - meroyan.


Di Britain contohnya, kaunseling biasanya dilakukan oleh kaunselor. Kaunselor akan menolong dan datang ke rumah pesakit. Suami perlu turut memberi bantuan sebagai kaunselor dengan memberikan sokongan emosi untuk menenangkan perasaan dan emosi isteri.


Harus difahami bahawa, wanita yang mengalami "postnatal depression"  - meroyan biasanya disebabkan oleh rasa kecewa kerana menyedari keadaan selepas menjadi ibu tidak seperti yang diharapkan. Sebelum kelahiran bayi mereka membayangkan bahawa kehidupan selepas mempunyai anak tentunya lebih indah kerana dikelilingi oleh bayi yang comel dan sihat.


Malangnya apabila mereka mengalami sendiri dalam dunia realiti, keadaannya berbeza. Apa yang dibayangkan dalam fikiran mereka menjadi sebaliknya. Mereka tidak melaluinya dengan mudah. Ini merupakan satu kejutan yang mengganggu emosi dan fikiran wanita tersebut. Maka bagi mereka yang gagal mengawal emosi, ketegangan ini mudah mengalami "postnatal depression" - meroyan.


Bagi bakal ibu, persediaan paling penting sebelum menimang cahaya mata adalah persediaan emosi dan mental yang kuat. Selain daripada pengetahuan mengenai perawatan bayi, bakal ibu juga perlu tahu mengenai kesihatan diri sebelum dan selepas bersalin disamping bersedia untuk menerima kemungkinan buruk selepas bersalin.

Meletakkan harapan yang tinggi tanpa persediaan jiwa dan rohani yang mantap akan hanya membawa kekecewaan yang memungkinkan anda mengalami "postnatal depression" - meroyan.


RAWATAN ALTENATIF KAUNSELING


Kita rujuk kepada pendapat teori yang terdapat dalam Terapi Rasional Emotif yang dipelopori oleh Albert Ellis memberi andaian tentang sifat semulajadi manusia iaitu


'Manusia dilahirkan dengan satu potensi untuk berfikir secara rasional dan tidak rasional'. Di samping itu, manusia berkecenderungan untuk memelihara dirinya, mencapai kebahagiaan, berfikir dan menyampaikan buah fikirannya, ingin dikasihi dan mengasihi serta berkomunikasi dengan orang lain'.



Suatu kaedah yang dianggap berkesan dalam mengatasi masalah tekanan semasa dalam pantang selepas melahirkan anak ialah melalui psikoterapi dan kaunseling.
Bakal ibubapa / ibubapa yang bakal menimang cahaya mata disarankan supaya:


i. Mempunyai persediaan yang cukup dari segi mental, fizikal dan material dalam menghadapi sebelum dan selepas kelahiran cahaya mata.


ii. Bertemu doktor dan pegawai perubatan untuk mendapatkan nasihat bagi membuat persediaan yang berpatutan untuk menghadapi saat-saat kelahiran.


iii. Datang berjumpa kaunselor untuk mengadakan sesi kaunseling perkahwinan bagi membincangkan aspek-aspek persediaan emosi dan kedua-dua pasangan yang akan menimang cahaya mata.


iv. Menimba ilmu kemahiran menghadapi sebelum dan selepas kelahiran anak. Ini supaya kedua-dua pasangan tidak merasa janggal apabila berlakunya situasi tersebut.


Secara kesimpulannya dapat dikatakan bahawa keseimbangan emosi dan mental wanita yang melahirkan anak samada sebelum dan selepas pantang amatlah perlu diberikan perhatian. Bukan wanita itu sahaja bahkan perlu juga sokongan kefahaman dan pertolongan pihak suami dan keluarga. Wanita yang melahirkan anak amat sensitif dan mudah tersinggung kerana perhatian dan bantuan amat di perlukan ketika itu.


Seseorang wanita yang mengalami tekanan postnatal depression ini boleh dipulihkan melalui sesi kaunseling dengan ahli-ahli keluarga terdekat seperti suami, ibu, kakak atau adik beradik yang lain haruslah bekerjasama dalam mengembalikan keriangan di dalam jiwanya.


Pujuk dan bimbing supaya isteri mendekatkan diri kepada Allah agar tidak berputus asa walaupun diberikan dugaan sedemikian rupa.


Dari sudut terapi kerohaniannya seseorang wanita yang menghadapi tekanan adalah disarankan supaya menenangkan diri dengan menanamkan rasa sabar, yakin dan tawaakkal di atas taqdir-Nya di samping menerima realiti yang berlaku.


Cara yang terbaik untuk mengurangkan tekanan perasaan ialah memohon kepada Allah SWT supaya menenangkan fikiran dan perasaan resah gelisah menerusi solat dan doa. InsyaAllah dengan kekuatan ini wanita tersebut akan dapat merasa lega dan selaras antara kognitif, efektif dan tingkahlakunya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 04:06 PM | Show all posts
ni ulasan aku secara peribadi tadi pagi ada dengar sedikit ada doktor ni cerita pasal meroyan.lepastu dari sedikit ilmu yg aku ada..
gila meroyan..perkataan yang teruk ni lah buatkan masyarakat kita takut.. meroyan ni bukan sejenis gila,ianya penyakit yang boleh dirawat..kalau sampai jadi lagi teruk tu dah masuk bab lain ok.gejala babyblues ni semua orang waktu bersalin anak pertama ada hadapi,antara kau sedar ke atau tidak jangan lah tak mengaku.org malas amik kisah pasal gejala ni selain tak da ilmu,tanggapan masyarakat lepastu anggap biasa je.


contohnya bila anak kau nangis,kau rasa ish..asik nangis je bising lah,ko rasa stress,bila kau nak tidurkan baby, anak org lain mcm anak sedara buat bising,kau asik nak marah je sedangkan anak sedara ko tu masih kecik,tetiba kau menengking marah,ko bersalin anak kedua anak pertama buat ragam kau stress jerit marah anak pertama,sikit2 marah.tu pun sebenarnya antara gejala babyblues yang ko nafikan tapi kau tak perasaan yang mungkin pada org lain boleh jadi lebih teruk..contohnya anak pertama buat ragam kau pukul dia sedangkan dia tak da akal pikir,kau menjerit marah,nangis  tu semua gejala..bila kau stress tak boleh menyususkan rasa tak berguna,anak asik nak menyusu kau marah2 pun tu gejala.

PESANAN aku kat SUAMI..kalau bini kau suka marah-marah kelihatan stress masa dalam pantang sila bawak jumpa dokor..jangan pulak kau cakap eh..bini aku dah gila.malangnya nasib aku,dunia aku gelap.lalu ko pun tinggalkan dia dengan cari perempuan lain,kononnya bini kau dah berubah.stop berdrama.org tu alami sikit tekanan,ko tak nak faham pentingkan diri.tekanan kecil tu semua org hadap antara perasan dan tidak,dan kalau kau biarkan bahaya.kalau anak kau mula tengking2 baby sila amik baby bawak jauh.macam pengalaman aku dulu sbb anak aku ni kerap colic,stress sgt.mcm baby asik nangis suami aku je reti itu ini,aku tak reti..so apa aku buat bila stress baby nangis.aku akan pergi jauh dari baby,biar lah dia nangis ke apa,biar seketika.lepastu aku jumpa doktor,doc cakap masalah biasa.babyblues ni mmg biasa sgt pasangan pertama kali timang anak hadap.

aku nak nasihatkan jangan lah sibuk pantang tradisonal yg xboleh keluar rumah 44hari,perap je dalam bilik.ada org keluar dr pintu rumah keluar pun xboleh..duduk perap dlm rumah lagi buat kau stress,skrg ni beban stress bertambah dgn mcm2 isu..jd sila keluar jalan2 diluar amik udara segar,maksud aku diluar tu bukan dipasar malam hokey..luar rumah shj..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
banyaknyer type of meroyan..baru first time tau...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
byk nya meroyan.. cmna kaedah rawatan? sama or lelain?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2017 12:01 PM | Show all posts
PongKang replied at 14-2-2017 02:20 AM
byk nya meroyan.. cmna kaedah rawatan? sama or lelain?

tgk tahap meroyan... mcm saya bidan kampung urut n bg minum air herba. lg 1 bykkan solat, zikir...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak jenis meroyan ni rupenye..teringat iol lecturer andartu suke meroyan lagi2 time kpi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2017 02:02 PM | Show all posts
bahaya meroyan ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.054525 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list