Menteri India desak polis seksa perogol
UMA
NEW DELHI, India – Menteri Bekalan Air di sini mendesak pihak polis supaya menggunakan serbuk garam dan cili untuk menyeksa perogol ketika beliau berkempen di Uttar Pradesh pada Khamis lalu. Uma Bharti menyokong hukuman kejam itu seharusnya dikenakan ke atas perogol di negara ber-kenaan. “Perogol sepatutnya diseksa di hadapan mangsa sehingga memaksa mereka mengemis untuk terus bernyawa selain memohon maaf. Ketika saya menyandang jawatan sebagai Ke-tua Menteri, saya pernah mengarahkan polis berbuat demikian. “Mereka perlu digantung dengan kaki ke atas dan pihak polis seharusnya menggunakan cili dan garam untuk disental pada luka sehingga mereka menjerit sekuat hati,” katanya. Uma, 57, berkata demikian sebagai merujuk kejadian seorang ibu yang menjadi mangsa rogol secara berkumpulan selain seorang remaja yang turut menjadi mangsa ketika dalam perjalanan di sebuah lebuh raya di Bulandshahr dekat sini pada tahun lalu. Beliau turut menyerang Parti Samajwadi dengan mengatakan parti ber-kenaan sering kali membebaskan penjenayah dengan ikat jamin sebaliknya tidak pernah mengambil tindakan tegas. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my
|