CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1335|Reply: 10

Pemerkasaan Golongan Huffaz

[Copy link]
Post time 25-1-2017 02:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 25-1-2017 02:52 AM

Tingkat keupayaan golongan huffaz


24 Januari 2017 6:00 PM
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.IgH2NK7V.dpuf




BUKAN mahu bersaing dalam membina pusat tahfiz di negara ini tetapi hasratnya mahu lebih daripada itu iaitu membantu golongan huffaz mencanai kebolehan yang ada dalam diri mereka.

Itu yang diimpikan oleh Azmil Mustapha, bekas anak seni yang popular suatu masa dahulu menerusi lakonan dalam filem Ali Setan dan Mekanik.


Beliau yang kini terlibat secara serius dalam aktiviti keagamaan termasuk menyampaikan ceramah dalam dan luar negara tidak menyembunyikan hasrat membina sebuah kompleks bagi menempatkan golongan huffaz di daerah Mantin, Negeri Sembilan dalam masa terdekat.


Bakal diberi nama Ummah Hadiqa al-Haq, sebidang tanah seluas lapan hektar hasil wakaf dan sebahagiannya dijual secara murah oleh penduduk setempat bakal digunakan bagi meningkatkan keupayaan golongan huffaz dalam ilmu hadis, bahasa Arab dan al-Quran.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2017 02:25 AM | Show all posts
LAHIRKAN HUFFAZ PROFESSIONAL Menyasarkan seramai 200 orang hafiz untuk menjadi kumpulan pertama ditempatkan di kompleks tersebut, kesemua golongan hafiz itu akan diberi ‘latihan tambahan’ bagi menjadikan mereka seorang usahawan berdaya maju.

Azmil berkata, selain kumpulan huffaz tersebut bakal mendapat bimbingan daripada golongan pakar agama di negara ini, pihaknya akan membantu peserta atau ahli menjalankan tugas berdasarkan kecenderungan dan kepakaran masing-masing.

Katanya, jika seseorang hafiz itu berminat dalam bidang penerbitan, dia akan diberi bimbingan oleh tenaga pakar yang disediakan oleh pihak pengurusan bagi menjadikannya lebih berkemahiran tinggi dan seterusnya memberi sumbangan kepada ummah.

Jelasnya, beliau secara peribadi tidak mahu golongan hafiz di negara ini mensia-siakan bakat yang ada dalam diri, sebaliknya mengembangkannya demi kepentingan agama, bangsa dan negara. “Takkan mereka yang berjaya menghafaz Al-Quran ini sekadar mahu menjadi penceramah agama sahaja? Jika ya, apakah akan ada peluang yang diperoleh sekiranya ramai golongan huffaz dihasilkan pada masa hadapan? Mereka ini perlu dibantu. “Jika di sini, kami akan berusaha membentuk mereka menjadi insan lebih berketerampilan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2017 02:26 AM | Show all posts
Jika mereka ingin menjadi pegawai bank, mereka akan dilatih. Untuk masyarakat, ia satu kelebihan atau bonus kerana mereka mempunyai ilmu agama dan merupakan seorang hafiz al-Quran. Ini satu kelebihan buat ummah,” katanya yang ditemui dalam sidang akhbar di Yayasan Restu, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Yang turut hadir dalam sidang akhbar itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.


Mengulas lanjut, Azmil berkata, kompleks yang bakal dibina di Mantin itu akan turut menempatkan masjid, madrasah pengajian, pusat persidangan, pusat riadah sukan sunah Nabi Muhammad SAW dan pusat penginapan.

Menurutnya, kawasan itu akan turut menjalankan program bermanfaat lain seperti penjanaan elektrik sendiri, sistem tali air, merealisasikan amalan kitar semula dan pembuangan sisa, aktiviti perladangan serta sebuah kawasan taman yang mampu memberi ketenangan.

Apa yang menarik katanya, beliau bersama pihak pengurusan akan membangunkan kawasan tersebut dengan membina 
semua bangunan daripada 
buluh. Jelasnya, perkara itu bukan sahaja bersifat ‘eco-friendly’, malah berupaya mengurangkan penghasilan karbon kepada alam sekitar dan pastinya adalah mesra alam.

Katanya, menerusi penemuan dalam teknologi baharu, buluh merupakan bahan binaan yang jauh lebih kukuh dan sesuai untuk sebarang pembinaan struktur bangunan. “Kanada dan Vietnam telah menggunakan teknologi ini dalam pembinaan mereka bagi digunakan pada peringkat antarabangsa.

Saya juga telah berhubung dengan pihak kontraktor yang boleh membina bangunan menarik menggunakan buluh,” katanya. Bagi merealisasikan perkara tersebut menjadi realiti menurutnya, sumbangan daripada orang ramai adalah sangat dialu-alukan.

Bekas pelakon itu berkata, pihaknya memerlukan sekurang-kurangnya dana berjumlah RM7 juta untuk membangunkan kompleks tersebut, selain membentuk kumpulan pengurusan dan tenaga kerja profesional.


Ditanya adakah pihaknya berupaya mengutip dana sebanyak itu, beliau secara jujur berkata, dia yakin akan ada pihak yang tampil membantu, selain menyerahkan perkara penubuhan kompleks itu kepada Yang Maha Kuasa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2017 02:51 AM | Show all posts
  • Pengumpulan dana menerusi derma dari RM10 sehingga RM100,000
  • Sumbangan boleh digunakan kembali oleh penderma menerusi penebusan baucar
  • Muamalat di kompleks tersebut bakal guna dinar emas (reload)
  • Tiada had umur untuk huffaz yang berminat
  • Syarat wajib masuk adalah mesti seorang hafiz al-Quran
  • Tambah nilai keupayaan huffaz dalam pengajian hadis, Bahasa Arab, al-Quran
  • Konsep, seni reka bangunan diperbuat daripada buluh, resort eko
  • Lahir kumpulan huffaz yang hebat dalam pelbagai bidang pekerjaan
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/tingkat-keupayaan-golongan-huffaz-1.435807#sthash.IgH2NK7V.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2017 03:33 AM | Show all posts
i have no idea bidang ilmu apa yang dep apelajari selain dari ilmu naqli?

untuk bidang yg status fardhu kifayah dalam dunia ni - i mean - kenapa tidak mengambil pendekatan all rounders ?

cuma kalau nak buat pendekatan pengajian sebegini tempoh pembelajaran tu kena panjang sikit dan  kemahiran sokongan lain pun kena ada sama.

ilmuwan islamterdahulu telah menyediakan model - depa all rounders ...so ...liek Umar bin Abd Aziz - he could be both a muhaditthin and a leader  so...?

model terbaik ada why not adopting such a model??? tapi kita selaraskan ikut kehendak semasa, kalau tak macam Saudara Azmil Mustapha cakaplah - takkan at the end - skop tugas hakiki mereka terhad ?

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2017 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 25-1-2017 03:33 AM
i have no idea bidang ilmu apa yang dep apelajari selain dari ilmu naqli?

untuk bidang yg status  ...

Ambik je lah spm, pastu masuklah kursus apa pun.

Klu lebih mampu ambik yg jenis integrated dari form 1.

Unless yg di Mantin sekadar level sijil ka..... that is different la.Good for huffaz yg malas sikit nk bljr tinggi2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-1-2017 10:05 PM | Show all posts
baulu replied at 25-1-2017 08:28 PM
Ambik je lah spm, pastu masuklah kursus apa pun.

Klu lebih mampu ambik yg jenis integrated dari ...

but you know Baulu , takkan huffaz tak nak belajar tinggi tinggi , isk sangat contradict dengan apa yg depa baca, hayati dan hafalkan , lelebih lagi kumpulan yg dekat dengan Quran, sepatutnya depa lebih bersemangat nak belajar  kejar amal jariah ilmu yg dep amanfaatkan untuk diri dan ummah. untuk redha ALLAh

i would be dissapointed kalau huffaz sekadar  nak hafal and takkuasai ilmu aqli dan benda yg fradhu kifayah juga...

i mean u know...spm tu ya allah tu ambiklah tu basic untuk keperluan akademik dan pekerjaan sekarang...stpm okay selesa...diploma okaky  if bachelor  okay ...


Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2017 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 25-1-2017 10:05 PM
but you know Baulu , takkan huffaz tak nak belajar tinggi tinggi , isk sangat contradict dengan ap ...

Tak taulah..... depa lebih fascinated dgn ilmu islam kot.

But I rarely hear huffaz boleh jadi ustaz. Setakat ustaz ngajar ngaji bolehlah kot. Depa ni hafal je, kdg2 tarannum pun tak dak.

You see, lps depa jadi huffaz, depa normally sambung pengajian hadith for 7 years at least. Ni klu route pengajian pondokla coz unlike yg pilih uni utk bljr hadith, yg 7 thn ni kena bedah kitab ie page by page dr sekecil2 kitab hadith & bila dah master kitab2 kecik baru depa boleh bedah mcm kitab sahih bukhari.

Itu baru hadith, sambil2 tu depa kena bljr ilmu2 berkaitan bahasa arab, like classic, modern & Quran literature.

Then, klu nak jadi tip top punya utk menyampaikan tafsir, they need to master 10 qiraat etc. Yg ni kena lagi 3 tahun.

Tu tak kira the in betweens.... ilmu tasawuf, nak bertabligh la suluk ke benda tuh. Rasa umur 30 thn tak tentu boleh habis klu start lambat.

Another I discover, depa mungkin fascinated dpt jumpa guru level2 wali, mmg jadi ralit dgr kuliah2 wali ni

Yg betul2 serious tu dpt karomah, kasyaf, their wishes senang2 Allah granted.

So, I dont they feel wasted neither should we. Depa berasa aman & tenang dgn apa yg depa nampak Allah bagi pd depa. Kereta bmw dgn kancil dah nmpk sama, hanya sebuah kereta. Walaupun cara lain2.

I think thats why depa maintain jln keilmuan islam coz ilmu yg depa dpt atas mujahaddah depa & taqwa lg mengasyikkan. Dia org masih ttp bljr walaupun dah mampu mengajar.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2017 12:42 AM | Show all posts
baulu replied at 25-1-2017 10:35 PM
Tak taulah..... depa lebih fascinated dgn ilmu islam kot.

But I rarely hear huffaz boleh jadi u ...

oh okay that is cool , if so then - ada medium depa boleh jariahkan ilmu like publish paper or even i dunno  macam buat  satu self sustain  kelas yg jana sikit pendapatan sekadar cukup untuk sara diri depa dan ahli kelaurga dan we know depa ni zuhud zuhud so  dep aboleh jihad ilmu dengan lebih meluas if depa could provide pendidikan islam juga dalam kalangan yg deprived areas dan pedalaman you know i am sure , ada dalam malaysia area yg  dahagakan ilmu ...so  ada potensi untuk jihad  ekonomi dan ilmu...kedua dua ni  kalau diuruskan dengan elok wow ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2017 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by baulu at 26-1-2017 06:59 AM
mbhcsf replied at 26-1-2017 12:42 AM
oh okay that is cool , if so then - ada medium depa boleh jariahkan ilmu like publish paper or eve ...


Klu ustaz hak byk ilmu mcm ni, silap hb kereta menjalar2 tau..... zuhud depa bkn makna pokai. Zuhud depa maknanya depa beli the best attar, the best jubah, tge fastest car utk beribadah. Tak pyh cerita lah contribution depa. Tu yg tumbuh madarasah2 terkenal seluruh dunia. Kat Msia je nk buat madrasah main income portion derma org ramai kena lebih byk. Tak dpt cukup kutipan derma, madrasah terbengkalai.

Cuba cek zuhud Imam Malik. Mcm Habib Umar dr Yaman, pi mana2, ada kereta2 body guard dok kepit kereta dia. Ada sorang kiyai di Solo, beli kuda breed kuda perang rasulullah, juta2 RM takde hal.

Pastu I tengok sampul duit bersepah2 dlm beg depa mcm tak pernah buka. Org bg sedeqah duit extra krn ilmu depa. Duit kuliah ttp ada.

Yg hak tak brp ada duit tu selalu yg ustaz biasa, ilmu so so. Atau jenis ada duit saja, guna utk keperluan/tenaga beribadah, yg lain utk sedeqah.

Bab nk buku tak buku, tu inclination depa. Tp klu yg tulis buku tu, buku2 tu depa guna balik dlm kelas2 pengajjan. Kitab2 kuning tu contoh la.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2017 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by baulu at 26-1-2017 07:07 AM

Tu klu yg jenis suka nk mengajar.

Tp once depa decided nk terlibat dlm business, normally depa dah takde masa nk mengajar. It seems like Allah tak bagi dah keupayaan umat akhir zmn jadi mcm sahabat2 nabi.... for whatever reason. Klu rajin bolehla cuba2 pikir kenapa jd mcm ni.

Maybe bila dah inclination ke dunia sikit, depa berdepan dgn fitnah2 dunia, tu yg kdg2 tengok deoa struggling dlm bisnes walaupun seorg hafiz.

Ada sorang maulana kat kelantan, kerja tebar roti canai je tp org berduyun ambik ijazah hadith dr dia.

It all boils down pd diri masing2. Ada sesetgh kaya ilmu lg penting dr kaya material.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.045163 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list