CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1258|Reply: 3

Nilai Ilmu dalam Peradaban Abasiyyah & Umaiyah & pemikiran bebas nilai

[Copy link]
Post time 25-1-2017 01:59 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 25-1-2017 02:53 AM

Bahaya liberalisme dan pluralisme agama
DARI JENDELA TOK KI  |  24 Januari 2017 5:00 PM
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.3SiRCFXN.dpuf




MINGGU lalu penulis sempat mengikuti wacana gerakan Illuminati yang memberi fokus kepada bahaya liberalisme dan pluralisme agama di Putrajaya. Wacana itu dianjurkan Badan Muafakat Malaysia dengan kerjasama Jakim dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).



Menariknya wacana ini ialah pendedahan beberapa kelompok Islam yang menganut fahaman ini yang dikatakan bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Liberalisme Islam mengambil pendekatan bahawa al-Quran harus ditafsir semula, hadis Rasulullah SAW tidak boleh dijadikan sumber hukum, tafsir al-Quran banyak bercanggah dengan akidah dan syariah manakala ulama tidak ikut zaman, jumud dan tidak maju.


Sementara pluralisme Islam membuat tanggapan bahawa semua agama adalah sama. Lalu kebenaran (hak) tidak hanya dalam Islam tetapi agama-agama lain juga. Umat Islam harus merujuk kepada model barat dan faham sekularnya jika ingin maju. Kalimah Allah boleh digunakan dalam agama lain seperti Kristian.


















- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.3SiRCFXN.dpuf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2017 02:00 AM | Show all posts
Baik liberalisme mahupun pluralisme Islam tidak berasaskan urutan tafsir dan islah (reform) serta tajdid (transform) yang sekian lama berjalan dalam kalangan ulama dan ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kalangan liberalis dan pluralis harus faham faktor sejarah yang telah menyebabkan barat terhutang ilmu kepada tamadun Islam di tengah-tengah kelompok agama dan negara mengalami konflik dan menyebabkan saintis seperti Galileo Galili menjalani hidup dengan penuh tekanan di abad pertengahan.

Dalam tamadun Islam keadaan seperti ini tidak berlaku. Al-Quran terkandung ribuan ayat mengenai sains dan teknologi seperti isu penciptaan, alam semesta, bumi dan langit, teori Dentuman Besar (Big Bang Theory) dan banyak lagi.

Kitab perubatan Ibn Sina Qanun Fit Tib digunakan di Barat selama 600 tahun sebagai bahan rujukan ilmu perubatan. Ilmu bedah Abu Qasim Az Zahrawi dan peralatannya terkenal di barat dan digunakan sehingga kini. Algoritma, algebra dan konsep sifar al Khuwarizmi rancak diaplikasikan dalam matematik dan teori ilmu bintang al Biruni juga diguna pakai di Eropah bagi mengembangkan tradisi sains dan teknologi.








- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.3SiRCFXN.dpuf


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2017 02:01 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 25-1-2017 02:02 AM

Kemampuan ilmuwan silam menghasilkan tamadun dan dimanfaatkan oleh ilmuwan barat kerana wujud siner-gi ulama-umara di zaman Al Makmun, Al Mansor, Harun Ar Rashid, Omar Ab.Aziz. Mereka tidak menyimpang daripada urutan keilmuan dan tafsir yang bertunjangkan jiwa tadabbur (kaji selidik) yang tinggi bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah.
Kedua, berlaku integrasi ilmu nakliah dan akliah yang menyebabkan teori ilmu dan aplikasinya diurus daripada tasawwur (pandangan) semesta yang mengu-kuhkan epistemologi (binaan ilmu) yang Islami dan alamiah sifatnya. Ketiga, berkembangnya tradisi kecendekia-wanan dan hasil tradisi tadabbur menyebabkan ribuan kitab dalam pelbagai disiplin ilmu lahir dan menjadi rujukan zaman-berzaman.

Keempat, wujud pemanfaatan ilmu berbanding budaya dan tradisi orang lain yang menyumbang kepada pengayaan ilmu. Orang seperti al Biruni menjelajah ke India, menguasai bahasa Hindi dan menyelongkar ilmu bandingan yang bermanfaat untuk umat manusia.

Islam tidak mengambil pendekatan anti-barat semata-mata barat itu barat. Tetapi umat berilmu dididik supaya hati-hati dan teliti dengan proses pembaratan kerana barat mempunyai agenda. Globalisasi yang sedang berjalan, faham sekularisme, provokasi hak asasi manusia, Islamofobia (kegentaran kepada Islam), amalan LGBT, keruntuhan sistem kekeluargaan yang semakin ketara, AIDS dan HIV yang sedang menyerang boleh memberi kesan kepada kehidupan beragama khususnya umat Islam.

Mengembalikan manusia kepada kehidupan yang fitrah berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah tetap relevan. Islah dan tajdid boleh terjadi dalam urutan tradisi pentafsiran yang telah diwujudkan oleh ulama dan ilmuwan terdahulu dan dikembangkan prinsip dan kaedah yang sesuai dengan keperluan zaman.

Para liberalis dan pluralis tidak harus merujuk kepada barat dan sistem sekularnya sebagai model terbaik untuk kemajuan Islam kerana faham sekular itu merintis jalan ke arah pemisahan agama daripada kehidupan.

Tidak timbul menganut Islam mengikut acuan Ahli Sunnah Wal Jamaah menjadikan kita mundur dan ketinggalan.


- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.3SiRCFXN.dpuf

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2017 02:58 AM | Show all posts
okay, sebenarnya  adalah satu tindakan yg amat kurang bijak

a) apabila seseorang yg tidak menguasai ilmu seirah  silam dan sejarah dunia mengambil pemikiran tahap rendah sangat  yg tanpa ada kapasiti menilai menyapu ratakan bahawa SEMUA agama menolak nilai ilmu saintifik , sebab? ini tidak berlaku dalam  Kekhalifah abasiyyah dan umayyah - lihatlah betapa  berkembangnya ilmu ilmu sains  dan ini merujuk kepada ilmu perubatan , ilmu falak etc etc .

b) apabilse seseorang yg berkapasiti rendah pemikiran dan seolah olah tiada upaya langsung berfikir  menganggap bahawa agama menolak terutamanya Islam menolak penilaian saintifik ? sedangkan dalam Al Quran itu allah menyuruh memerhati...

c) menanggap bahawa sejarah  eropah ketika zaman kegelapan dark ages/ middle ages turut tempiasnya kepada  pendokong ilmu dalam tamadun di sebelah timur ...

d) terpedaya dakyah yg agama mengekang pengetahuan ...

so , kita tak mewarisi kebodohan Eropah ye pada zaman pertengahan itu yg menolak ilmu saintifik , kita tidak melakukan itu kepada ilmuwan saintifik ...so tak payah bermain dakyah bernilai rendah ...so u know , tahulah fakta dahulu...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.501934 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list