View: 2048|Reply: 4
|
Hukum Meninggalkan Solat Jumaat
[Copy link]
|
|
Soalan: Adakah benar lelaki boleh meninggalkan solat Jumaat tidak melebihi 3 kali disebabkan kerja sedangkan ada staf perempuan yang boleh menggantikannya untuk seketika? Ada yang berkata, boleh meninggalkan solat Jumaat asalkan tidak melebihi 3 kali. |
|
|
|
|
|
|
|
Jawapan:
Meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja adalah termasuk dalam dosa-dosa besar sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Zahabi.[1] Terdapat beberapa hadis yang menyebut tentang ancaman bagi yang meninggalkan solat Jumaat dengan
Sabda Nabi SAW:
مَنْ تَرَكَ الْجُمُعَةَ، ثَلَاثًا، مِنْ غَيْرِ ضَرُورَةٍ، طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali tanpa darurat, Allah SWT akan mengunci hatinya.”
(Riwayat Ibn Majah, no. 1126)
Sabda Nabi SAW:
مَنْ تَرَكَ ثَلَاثَ جُمَعٍ تَهَاوُنًا بِهَا، طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang meninggalkan 3 kali solat Jumaat dengan sengaja, Allah SWT akan mengunci hatinya.”
(Riwayat Abu Daud, no. 1052) |
|
|
|
|
|
|
|
Ada yang memahami hadis-hadis di atas secara salah, dengan menyatakan bahawa dibolehkan meninggalkan solat Jumaat asalkan tidak mencapai 3 kali. Teks hadis itu sendiri telah menjelaskan bahawa ancaman itu disertai dengan pengikat “tanpa darurat” dan “dengan sengaja”. Perlu difahami bahawa antara syarat wajib bagi solat Jumaat adalah tidak ada keuzuran. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW:
مَنْ سَمِعَ الْمُنَادِيَ فَلَمْ يَمْنَعْهُ مِنَ اتِّبَاعِهِ عُذْرٌ فَلَا صَلَاةَ لَهُ قَالُوا: وَمَا الْعُذْرُ؟ قَالَ: خَوْفٌ، أَوْ مَرَضٌ
Maksudnya: Barangsiapa yang mendengar (azan) tukang azan lalu dia tidak memiliki keuzuran yang menghalangnya mengikuti solat (jemaah), maka solatnya tidak diterima. Sahabat bertanya, “Apakah itu keuzuran?” Baginda menjawab: “Perasan takut dan sakit.”
Syeikh Muhammad al-Zuhaili menjelaskan: “Setiap keuzuran yang sama tahap kesusahannya dengan kesusahan akibat sakit, dianggap juga sebagai uzur yang dikiaskan dengan sakit yang dinaskan ke atasnya. Justeru, tidak wajib Jumaat ke atas orang yang berasa takut ke atas dirinya atau hartanya.”[2] |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam situasi saudara, ia tidak termasuk dalam situasi darurat atau keuzuran kerana sudah jelas ada staf perempuan yang boleh menggantikan saudara semasa tempoh saudara menunaikan solat Jumaat. Ia berbeza dengan situasi bagi mereka yang bekerja sebagai pengawal keselamatan atau tentera seperti yang kami jelaskan di sini [https://goo.gl/t7TT8K].
Kesibukan kerja tidak boleh menjadi alasan yang kukuh untuk meninggalkan solat Jumaat. Allah SWT sendiri memerintahkan supaya umat Islam meninggalkan urusan jual beli apabila mendengar azan bagi menunaikan solat Jumaat. Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),”
(Surah al-Jumu’ah: 9)
Kesimpulannya, hukum menunaikan solat Jumaat tetap wajib bagi saudara dan meninggalkannya atas alasan yang dinyatakan adalah tidak dibenarkan syarak.
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
____________________________________
[1] Al-Kaba’ir, hlm. 231.
[2] Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 1/497 |
|
|
|
|
|
|
| |
|