View: 1196|Reply: 5
|
Masa Untuk Himpunkan dan Ringkaskan Solat - Rukhsah Solat ..
[Copy link]
|
|
Al-KAFILI AL-FATAWI
AL-KAFI LI AL-FATAWI SIRI KE - 513: MASA SOLAT JAMAK QASAR
Ditulis oleh Mohamad Razif Mohamad FuadDiterbitkan: 16 Januari 2017
sumber asal :http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/1374-al-kafi-li-al-fatawi-siri-ke-513-masa-solat-jamak-qasar
|
|
|
|
|
|
|
|
Soalan:
Tiket keretapi pulang jam 4 petang. Bolehkah saya keluar daripada tempat saya sebelum Zohor dan solat Jamak Qasar Zohor dan Asar secara taqdim di KL Sentral? Adakah dibenarkan saya untuk keluar selepas Zohor dan solat Jamak Qasar Zohor dan Asar secara taqdim? |
|
|
|
|
|
|
|
Jawapan:
Kami i’tibarkan jarak ke kampung saudara melebih 2 marhalah maka ia dibolehkan.
Sememangnya antara syarat yang membolehkan seseorang solat qasar adalah dia telah keluar memulakan perjalanan sebelum masuk waktu solat.
Tidak dibenarkan melakukan Jamak Qasar Zohor dan Asar secara taqdim kerana telah masuk waktu Zohor tetapi saudara masih belum keluar memulakan perjalanan.
Solat yang telah masuk waktunya tetapi belum ditunaikan sebelum memulakan perjalanan tidak harus diqasarkan kerana seseorang itu belum dikatakan bermusafir ketika solat tersebut wajib atasnya. Maka, wajib untuk solat secara tamam. [1]
Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
16 Januari 2017 bersamaan 17 Rabi’ al-Akhir 1438 H
____________________________
[1] Al-Fiqh al-Manhaji, 1/186.
|
|
|
|
|
|
|
|
saya ada persoalan..sah ke jamak zohor dan asar secara taqdim jika saya lakukan pada waktu rehat kerja (1-2 ptg) kerana saya pulang ke selangor selepas habis kerja pukul 3..saya tinggal di johor.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|