Ketika turun dari rumah untuk menghantar anak ke sekolah, Mohd Nawi Yaakob yang tinggal di Sungai Tapang, Tumpat mendapati lembu kepunyaannya hilang entah pergi mana, hanya tinggal tali.
Pada mulanya dia memikirkan lembu betina yang sedang bunting tujuh bulan itu hilang dikebas pencuri malam kelmarin, namun apabila melihatkan pada tali ikatan lembunya, barulah perasan tali tersebut jatuh ke dalam lubang kumbahan.
"Bila saya jenguk, memang terkejut kerana nampak kepala lembu sahaja digenangi air bercampur darah."
"Lembu saya kesakitan sebab tanduknya patah, luka-luka di badan dan perlu dibawa keluar segera."
Selepas gagal tarik dengan pancuan empat roda, Mohd Nawi dengan bantuan penduduk kampung berjaya mengeluarkan lembunya yang terperangkap lebih empat jam di dalam lubang kumbahan sedalam dua meter dengan menggunakan jengkaut.
Setelah dua jam operasi mengeluarkan lembu itu dan difahamkan keadaan lembunya semakin pulih walaupun mengalami kecederaan di badan dan kaki.- CARI