CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1974|Reply: 7

[Tempatan] kawasan zahid midi : nama bagan datoh ditukar kepada bagan datuk

[Copy link]
Post time 29-12-2016 05:56 PM | Show all posts |Read mode
Bagan Datoh ditukar kepada Bagan Datuk

Ejaan baharu itu akan mula digunakan pada pengisytiharan rasmi daerah baharu itu oleh Sultan Nazrin Shah pada 9 Januari nanti.




IPOH: Ejaan baharu bagi Bagan Datoh di Perak ialah Bagan Datuk dan ia akan mula digunakan semasa pengisytiharan rasmi daerah baharu itu oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah pada 9 Januari nanti.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, ia diputuskan dalam persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 22 November lalu.

Sehubungan itu, jabatan dan agensi kerajaan perlu mengguna pakai ejaan baharu tersebut dalam pengurusan masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurut Abdul Puhat, pengisytiharan bersejarah itu akan dilakukan di Dewan Sekolah Menengah Sains dekat Bagan Datoh dengan dihadiri kira-kira 15,000 penduduk daerah itu.

Bagan Datoh secara rasmi diwartakan sebagai daerah pentadbiran ke-12 di Perak pada 15 Jun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sambutan Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2016, Julai lalu, mengumumkan Bagan Datoh dinaik taraf sebagai daerah penuh, hasil persetujuan bersama kerajaan negeri dengan persekutuan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-12-2016 05:57 PM | Show all posts
signboard semua kena tukar la kan
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2016 06:13 PM | Show all posts
apa beza datoh dan datuk ya?

datoh tu refer pd panggilan utk apa?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2016 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Mau tukar IC jugak ka?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2016 07:08 PM | Show all posts
akak ada projek tanah kt sini 6 ekar. tp sebab bagan datoh nak tukar kepada daerah jadi ada misscommunication daripada pejabat tanah teluk intan.

dh ada beberapa projek perumahan lulus di area mukim rungkup bagan datoh. akak dah tengok pelan kelulusan

insya allah ada rezeki kawasan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2016 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Apapun cina tetap akan panggil bagan latuk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2016 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
tukar nama, suey lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2016 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Puak2 third world memang suka tukar2 nama tempat, macam negara keling tuh... negara2 maju jarang2 buat nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.361116 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list