Pejam celik, pejam celik, tahun 2016 hampir melabuhkan tirai. Hanya beberapa hari sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun 2017. Perkara pertama yang kebanyakan orang lakukan apabila dapat kalendar tahun hadapan, mesti tengok cuti dulu, bukan?
Jika dilihat kalendar tahun 2017, terdapat 12 cuti umum panjang pada tahun hadapan. Wah, banyak tu! Tambahan pula, kebanyakan cuti berkenaan bersambung dengan cuti hujung minggu. Rakyat Malaysia dijangka bakal bercuti panjang pada tahun 2017!
Pasti ramai yang sudah mula merangka-rangka perancangan percutian bagi tahun 2017. Mari kita lihat kalendar tahun 2017!
Sumber foto: Suria fm
Berdasarkan kepada kalendar di atas, Tahun Baru Cina adalah waktu paling menarik untuk bercuti. Jika permohonan cuti rehat selama tiga hari anda diluluskan, anda boleh bercuti selama seminggu penuh! Lebih mantap, jika cuti anda dapat digabungkan dengan cuti persekolahan.
Sumber foto: http://www.kabinet.gov.my
Tunggu apa lagi? Anda sudah boleh mula rancang percutian dan tempah tiket bercuti awal-awal. Pasti 'best'! - CARI |