Seorang juruterbang helikopter terpaksa membuat pendaratan cemas di padang sekolah selepas cermin hadapan pesawat itu pecah akibat berlanggar dengan seekor burung.
Juruterbang yang mengalami kecederaan ringan dalam kejadian kira-kira pukul 3.05 petang itu berjaya mendaratkan helikopter berkenaan dengan selamat di Sekolah Kebangsaan Tanjong Agas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, DSP Zainudin Ahmad berkata pesawat yang dinaiki lima penumpang itu sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Johor Baru.
"Alhamdulillah, semua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan."
Juruterbang yang mengalami kecederaan pada lengannya itu kemudian dirujuk ke hospital daerah.- CARI
Post time 9-12-2016 12:14 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pilot tu melayu ke atau kaum pendatang, tp melayu pun kene divide jugak melayu ori ke melayu pelesu, kalu melayu ori pulak kene divide lg melayu pas lobai2,melayu dap liberal ala siti kasim atau melayu dedak, kalu tau keturunan pilot baru sedap sikit nak menganjing2..