Ada satu pepatah menyebut, “Fool me once, shame on you. Fool me twice, shame on me. Fool me three times, shame on both of us”. Ia memberi erti yang sama iaitu supaya kita jangan sesekali mengulangi kesalahan yang sama semasa berada dalam hubungan percintaan.
Memandangkan kita semua sudah dewasa, jadi tidak perlu lagi membuang masa untuk melakukan 8 kesalahan terbesar ini.
Sumber: Tumblr
1. Menunggu panggilan dari si dia
Zaman cinta monyet dulu boleh kalau nak tertunggu-tungu panggilan dari si dia dan kebanyakannya akan menjadi marah bila tiada balasa diterima. Namun, bila dah dewasa kita cenderung untuk tidak mempedulikannya. Kalau seseorang itu tiada inisiatif untuk telefon atau membalas mesej yang kita hantar, mudah sahaja, ia bermakna orang tersebut tidak berminat dengan anda.
2. Berdampingan dengan pasangan yang selalu mengambil kesempatan
Orang yang matang tahu bila mahu berundur dari percintaan yang menyeksakan. Jangan biarkan pasangan anda mengambil kesempatan di atas keabaikan yang diberikan. Jangan biarkan mereka terus-terusan melukai perasaan.
Sumber: Tumblr
3. Merendahkan jangkaaan
Bila tiba satu masa nanti kita belum lagi menemui pasangan yang serasi, masyarakat sekelililng beranggapan yang kita terlalu memilih. Disebabkan itu kita cenderung untuk tangkap muat sahaja sesiapa yang datang. Namun awas, jangan tersalah pilih. Kekal bersendiri lebih baik daripada terpilih teman yang salah.
4. Bazirkan waktu kerana putus cinta
Semakin meningkat dewasa, anda akan bersa lebih senang untuk melupakan cinta lama. Jangan bazirkan air mata, dan terus melangkah lebih jauh ke hadapan.
Sumber: Tumblr
5. Cemburu buta dan selalu syak wasangka
Kebanyakan hubungan berakhir disebabkan cemburu buta dan jangan ulangi kesilapan ini lagi jika anda telah menjalinkan cinta bersama orang lain. Orang yang matang akan akan menukar rasa cemburu itu kepada perasaan bangga kerana pasangannya menjadi perhatian orang lain.
6. Jangan lupakan kawan-kawan
Biasanya pasangan bercinta akan lupakan kawan kerana sedang angau bercinta dengan pasangan. Jangan ulangi kesilapan ini kerana kawan-kawan adalah tulang belakang. Jika anda jatuh, merekalah orang yang dapat dijadikan tempat mengadu dan meluahkan perasaan.
Sumber: Tumblr
7. Bercinta hanya untuk seks
Anggapan ini seharusnya perlu dilupuskan dari minda. Hubungan cinta bukan hanya sekadar keperluan seks, malah lebih besar dari itu. Kalau sebelum ini hubungan hanya untuk nafsu, jangan ulangi lagi kesilapan besar ini!
Sila semak diri anda dan sekiranya masih lagi melakukan kesilapan di atas cepat-cepatlah berubah untuk kebaikan diri sendiri juga, okay? -CARI
Post time 2-12-2016 09:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kdg2 ada pasangan ssh nak faham karier pasangan masing2. Ada yg cemburu marah atau mgamuk bila pasangan lebih kn kerjaya. Dah tkena byk kali. Sikit2 nak video cal lah, nak call wassap semua kena balas. Tgh meeting pun kena selfie. Orang mcm ni elok bg tinggal je lah
Post time 6-12-2016 07:15 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Yg lupakan kawan2 tu mcm betul je. Nak ajak jumpa kemain susah. Padahal dia sendiri yg bgtahu dah ada bf jgn lupa kawan. Rasa nak bagi cermin kat dia. Sori lah ot pula. Harapnya masa iols nak bercinta iols x lupa kawan2.