Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor(Jais) untuk membatalkan arahannya kepada guru-guru agama di negeri ini untuk menghadiri seminar mengenai ‘Pemikiran Anwar Ibrahim’ yang dijadualkan akan diadakan di Shah Alam hari ini.
Pengerusi Mais Mohamad Adzib Mohd Isa berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini pegawai JAIS yang mengeluarkan perintah itu melakukannya atas dasar peribadi, tanpa merujuk kepada pihak atasan beliau.
Beliau juga mengingatkan kerajaan negeri dan pemimpin-pemimpin PKR Selangor tidak melibatkan JAIS dalam hal-hal politik.
Walau bagaimanapun, pengarah JAIS Haris Kasim berkata dalam satu kenyataan berasingan, Jabatan itu menerima perintah daripada kerajaan negeri untuk menjemput guru-guru agama untuk menghadiri seminar itu, tetapi ia tidak wajib bagi mereka untuk berbuat demikian.